Sudah lama tak berblog. sibuk sangat. 15 mac 94 tarikh yang amat pahit untuk diingati, di mana ibu yang amat ku sayang telah pergi meninggalkan kami di pagi hari raya puasa kedua. Semasa ibu menghembuskan nafas terakhir aku tiada di sisi kerana berhariraya di kg mertua. Panggilan talipon pukul 6 am mengejutkan aku, maka segera bersiap pulang ke kg ibu. Walhal ibu memang tinggal bersamaku di serdang. Ibu kelihatan sihat sebelum itu. Sebelum pulang ke kg mertua aku sempat memohon maaf dan air mata ibu bercucuran. Rupanya ibu telah mengemaskan pakaiannya untuk pulang ke rumahku di Serdang. al fatihah buat ibu yang amat ku sayangi.
15 mac 2010 aku bercuti ke Cameron Highland bersama family dan family adek. Kami menginap di apartment puncak arabella. gembira melihat anak-anak dan anak saudara happy dan meriah.
No comments:
Post a Comment