HERBA

HERBA
SERINGAN

Thursday, June 13, 2013

Travell 2 USA part 4, Day 3

Hari 3 seawal 10.00am kami sudah bertolak ke RIT univ. tempat anakku belajar. Jarak dari rumah ke U tidaklah jauh. Kami cuma berjalan kaki saja, mengambil masa lebih kurang 30 min. Tempat yang mula2 kami kunjungi adalah Post Office, dimana di sinilah tempat anakku bekerja bila lepas kelas/kuliah. Berjumpa dengan bossnya Mdm Megan n ex-colleaguenya. Mereka sangat friendly. Bolehlah faham slang american. They look so happy n excited when met us.















Afterthat, we went to lab. tempat anakku menjalankan kerja2 projeknya.Lab tidaklah begitu luas tapi tersusun rapi dan sangat bersih. Terdapat seorang Professor yang sedang mencuci glasswares yang telah digunakannya...My god! I was touched , cause Prof. sanggup lakukan sendiri! Then kami berjalan2 dan bergambar di dalam kampus..sangat cantik dan bersih kampus tu sukar nak jumpa kertas or bekas makanan di sekitar.
Dean's list

Bersama lecturer Bahasa Mandarin
Bersama rakan2 sekuliah anakku


Pintu gerbang pengasan U George Eastman Kodak

Sebelah petang dalam pukul 5.00pm kami pergi ke Higland Park. di sana ada event, ada band , orang memang ramai. ada juga berbagai jualan. Kami berjalan di dalam tanam yang dipenuhi pelbagai pokok bunga-bungaan dari tumbuhan kecil hinggalah yang besar. Melalui bukit, kelihatan remaja bermain bola di lereng yang terdapat padang.


Bunga tulip yang sangat cantik dan besar, macam bunga plastik! tetapi harum...Mashaallah cantiknya..wow! gila bunga dibuatnya. Lama kami di sana sampai pukul 8.00 pm. disana waktu maghrib lambat masuk 8.30pm baru masuk waktu .




Sunday, June 9, 2013

Travell 2 USA part 3- day 2 (15 Mei 2013)

Perbezaan masa sebabkan aku jeklet...mata xleh tidor, pukul 3am kat sini kat Malaysia 3pm. Pukul 4.11am waktu subuh masuk n pukul 5.11am waktu subuh habis. Lepas Subuh baru boleh lena sat. Pukul 8.00am dah bangun balik. Lepas breakfast aku n hubby berjalan2 di sekitar kediaman RIT. Cantik, kediaman ini bersebelahan dengan hutan..terdapat rusa, angsa dan itik2 yang hidup liar maksudnya bukan dibela. Haiwan ni jinak jer...tapi xnampak kucing maupun anjing. Kami juga melihat jalan raya dan tiang letrik yg diperbuat dari kayu. Jalan raya kat sini tidaklah secantik jalan raya kat Malaysia. Kat Malaysia memang class! Kena berhati2 berjalan dijalan kerana di sini pemandu kiri so terbalik dengan tempat kita.


Di sini kebersihan amatlah terjaga. suhu ketika ini 9oC. Walaupun ada matahari tapi angin yang sangat kuat menjadikan cuaca sejuk. Rasa nak melayang badan ditiup angin. Selalu kita pelik tgk kat TV org2 barat blh picnic di tengahari, di sini pun camtu ..pukul 1 tgh 2 pm kelihatan budak bermain dan ibu membawa anak bersiar2 dengan kereta sorong. Awesome! Tengahari anak balik dari kerja terakhirnya di Post Office kat U dia study tu dengan membawa nasi bungkus Pakistan.  Petang tu anak bawa kami ke Niagara falls outlet.  Dari Park Point ke Niagara Falls outlet ambil masa dalam 1 1/2 jam perjalanan. Memang berbeza..aku tertarik dengan traffic light kat sana. Kalau tak biasa memang susah tau....

Wow! kalau yang kaki shopping gila dibuatnya..tengok brg2 branded yg jauh lebih murah jika dijual kat Malaysia sprt coach, corelle, corning, pyrex, clark, samsonite, skectchers, burberry, guess dengan 50%, 70% off, clearance..klu boleh bawa mmg dah borong dah.


Niagara ni, tempatnya bersempadan antara USA dan Canada. Kalau kita pi sana nampaklah dua2 bendera ada. Waktu siang semasa saya di sana panjang. Pukul 8.30pm di sana masih cerah macam pukul 6.30pm jer. Tapi 5.30 pagi dah macam pukul 8.00 pagi kat Malaysia. Nak ikutkan masa yang diperuntukkan utk shopping 3 jam memang tidak cukup, tapi nak buat cam mana masa mencemburui kami ;( , Nanti cerita hari ke3 di USA pula.


Wednesday, June 5, 2013

Travel 2 USA Part 2


Oleh kerana masa US lewat 12 jam dari Malaysia maka tarikh kami tiba dan hari kami tiba di NY sama dgn hari bertolak dari Malaysia. Aku tiba di NY JFK airport pukul 6.45pm hari Selasa. Turun dari kapal terbang ditunjukkan arah mana harus dilalui. Airport JFK memang besar klu salah lorong mmg susahlah jwpnya. Kami beratur mengikut lorong yg diarahkan oleh pekerja di Aiport tersebut. Siapa yg tidak menaikki kapalterbang dilorong lain dan yang akan menaikki kapalterbang lagi dilorong lain. Melalui kastam akan ada interview sbgmana membuat visa dulu. soalan yang sama. Alhamdulillah clear. Selepas itu kami mencari tempat di mana pesawat seterusnya Jetblue untuk ke Rochester pula. Kena banyak bertanya. Alhamdulillah pekerja kat sana friendly dan sedia membantu. Wah jauhnya untuk pergi ke tempat menaiki Jetblue berpusing2 kena naik escalator lagi. Bila dah jumpa ok..camne nak call anak. WIFI ok ada tapi xblh . nak guna plak. Nak guna public phone kat NY pun aku xreti,minta tlg seorg gadis orang putih. Gadis tu bermurah hati menggunakan hpnya.

Aku menaikki Jetblue yang memang cantik untuk menuju ke Rochester. Masa untuk sampai keRochester 45 minit. Aku sampai ke Rochester pukul 11.30pm. Anakku sudah menunggu ditempat kami mengambil luggage

Tuesday, June 4, 2013

Travel 2 USA 3 wks part 1

As salam,
Tidak pernah termimpi dan tidak pernah terlintas dihatiku untuk menjejakkan kamiku dimuka bumimu Amerika kerana aku tahu aku tidak mampu untuk ke sampai ke sana. Alhamdulillah pertama kalinya aku melangkah kaki ke barat adalah di bumimu memang tersangat jauh dari tempat tumpah darahku. Rezeki ini dariMu Allah, untuk aku melihat negara orang rezeki yang Engkau beri ke atas anakku yang ditawarkan melajutkan pelajaran ke New York selepas mencapai keputusan cemerlang dalam SPMnya. Banyak dugaan yang dilalui sewaktu mendapatkan visa dengan berhujan dan kurang pengetahuan cara pengisian borang. 14 Me 2013 aku dan suamiku berangkat ke New York bagi menghadiri Majlis Konvokesyen anakku yang telah berjaya mendapatkan Degree Kepujian Tinggi.(High honors).Kami menaiki kapalterbang Kuwait Airways yang berlepas jam 3.15am. Penerbangan mengambil masa 8 jam untuk sampai ke Kuwait dan berhenti selama 3 jam di situ. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik, kaki aku juga tidak mengalami kebas2, makanan juga mewah, pendek kata Kuwait cuba memberi yang terbaik kepada customernya. Yang paling bagusnya sebelum memulakan penerbangan doa menaikki kapalterbang dibaca terlebih dahulu :). Di Kuwait sempatlah saya membeli cenderahati. Waktu Kuwait lewat 5 jam dari Malaysia, kami tiba 6.30 am waktu Kuwait.
Tukar kapal terbang lain. Penerbangan seterusnya mengambil masa 6 jam untuk sampai Ke London. Dan berhenti di sana. Semua penumpang turun dan melalui pemeriksaan kastam. Tidak lama di London, tapi sempatlah untuk bergambar. Suhu di London 10oC.

 
Dari London ke New York mengambil masa 8 jam. Ok seterusnya aku akan coret selepas ini