HERBA

HERBA
SERINGAN

Sunday, June 9, 2013

Travell 2 USA part 3- day 2 (15 Mei 2013)

Perbezaan masa sebabkan aku jeklet...mata xleh tidor, pukul 3am kat sini kat Malaysia 3pm. Pukul 4.11am waktu subuh masuk n pukul 5.11am waktu subuh habis. Lepas Subuh baru boleh lena sat. Pukul 8.00am dah bangun balik. Lepas breakfast aku n hubby berjalan2 di sekitar kediaman RIT. Cantik, kediaman ini bersebelahan dengan hutan..terdapat rusa, angsa dan itik2 yang hidup liar maksudnya bukan dibela. Haiwan ni jinak jer...tapi xnampak kucing maupun anjing. Kami juga melihat jalan raya dan tiang letrik yg diperbuat dari kayu. Jalan raya kat sini tidaklah secantik jalan raya kat Malaysia. Kat Malaysia memang class! Kena berhati2 berjalan dijalan kerana di sini pemandu kiri so terbalik dengan tempat kita.


Di sini kebersihan amatlah terjaga. suhu ketika ini 9oC. Walaupun ada matahari tapi angin yang sangat kuat menjadikan cuaca sejuk. Rasa nak melayang badan ditiup angin. Selalu kita pelik tgk kat TV org2 barat blh picnic di tengahari, di sini pun camtu ..pukul 1 tgh 2 pm kelihatan budak bermain dan ibu membawa anak bersiar2 dengan kereta sorong. Awesome! Tengahari anak balik dari kerja terakhirnya di Post Office kat U dia study tu dengan membawa nasi bungkus Pakistan.  Petang tu anak bawa kami ke Niagara falls outlet.  Dari Park Point ke Niagara Falls outlet ambil masa dalam 1 1/2 jam perjalanan. Memang berbeza..aku tertarik dengan traffic light kat sana. Kalau tak biasa memang susah tau....

Wow! kalau yang kaki shopping gila dibuatnya..tengok brg2 branded yg jauh lebih murah jika dijual kat Malaysia sprt coach, corelle, corning, pyrex, clark, samsonite, skectchers, burberry, guess dengan 50%, 70% off, clearance..klu boleh bawa mmg dah borong dah.


Niagara ni, tempatnya bersempadan antara USA dan Canada. Kalau kita pi sana nampaklah dua2 bendera ada. Waktu siang semasa saya di sana panjang. Pukul 8.30pm di sana masih cerah macam pukul 6.30pm jer. Tapi 5.30 pagi dah macam pukul 8.00 pagi kat Malaysia. Nak ikutkan masa yang diperuntukkan utk shopping 3 jam memang tidak cukup, tapi nak buat cam mana masa mencemburui kami ;( , Nanti cerita hari ke3 di USA pula.


No comments:

Post a Comment