HERBA

HERBA
SERINGAN

Thursday, June 5, 2014

UPMTACT
Lawatan sambil belajar ke Korea Selatan 2014 (12-17 Mei).
Episod 1
Lawatan sambil belajar ke luar negara dengan dibiayai universiti. Kumpulan saya yang diberi nama Medic Team terdiri daripada 17 orang dan diketuai oleh Cik Zamzarina bt Ahmad Bajari.Penerbangan ke Korea (Incheon) mengambil masa 6 jam. Waktu di Korea awal 1 jam dari Malaysia. Setibanya di lapangan terbang Incheon,  Pemandu pelancong dari Korea telah menanti kami. Kami tiba di Incheon pada pukul 3.00 petang. Kemudian kami terus dibawa ke Central Mosque di Itaewon yang mengambil masa  perjalanan selama 1 jam setengah untuk menunaikan solat. Masjid terletak di atas bukit. Di sebelah masjid terdapat sekolah agama. Reka bentuk masjid adalah sangat menarik dan bersih. Kemudian kami dibawa makan malam di Restoran Halal Taj Mahal. Makanan memang lazat. Dari Itaewon kami dibawa melawat Menara Seoul yang terletak di atas bukit, curam dan memang tinggi. Untuk sampai ke sana kami hanya dibenarkan berjalan kaki. Saya dapat melihat begitu ramai orang yang berpusu-pusu mendaki menuju ke menara tersebut.  Menara kelihatan sangat cantik dengan warna lampu yang menyinari kegelapan malam. Berhampiran dengan menara terdapat longgokan kunci dan mangga kunci yang tergantung. Tempat ini diberi nama ‘Kunci cinta’. Kunci tersebut ditulis dengan pelbagai perkataan oleh pasangan kekasih. Tidak lupa kami bergambar sebagai kenangan. Kami kemudiannya dibawa menginap di Hotel Crown, Itaewon. Saya diberitahu Itaewon adalah tempat yang didiami oleh ramai orang Islam.

Selasa:             Seawal 8.00 pagi kami telah bertolak ke Restoran Taj Palace untuk bersarapan dan seterusnya mengunjungi universiti, Korea Advanced of Science and Technology (KAIST), salah satu universiti yang mempunyai struktur binaan berteknologi tinggi dan moden. Antara jabatan yang kami lawati ialah Biomedical Research Center. Persekitaran bangunan sangat cantik dan bersih, pokok-pokok bunga terdapat di sekitar bangunan.  Saya melihat pelajar dan staf di sini gemar berbasikal dan berjalan kaki. Dari sini kami bertolak ke istana peninggalan sejarah beraja Korea. Terdapat 5 buah istana di Seoul dan ‘Gyeongbokgung Palace’ adalah yang terbesar dan merupakan pusat pemerintahan zaman king of Sejong. Di luar kawasan istana saya melihat bunga yang dihias dan dikelilingi reben-reben kuning yang bertulisan. Rupa-rupanya itu memorial bagi memperingati mangsa feri karam di Pulau Jeju. Seterusnya kami mengunjungi tempat yang diwajibkan oleh kerajaan Korea untuk dikunjungi iaitu National Ginseng Center, Soeul. Ginseng menjadi kekuatan penyembuhan dan merupakan sebahagian daripada tradisi bangsa Korea. Di sini kami diberi penerangan cara penanaman pokok ginseng. Untuk mendapat hasil yang baik, akar ini perlu matang dalam tempoh enam tahun. Kami juga diberi penerangan akan khasiat ginseng ini. Untuk hari ini kami diberi kesempatan menikmati  makanan Korea. Terdapat pelbagai jenis kimchi yang dihidang. Kami mencuba budaya dan cara makan masyarakat Korea. .....ok sambung ke episod 2