HERBA

HERBA
SERINGAN

Sunday, December 23, 2012

Selamat Datang 2013 n selamat tinggal 2012

Hari ini 24 Dec 2012, hanya beberapa hari saja akan meninggalkan tahun 2012. Banyak kenangan indah n tidak kurang juga yang menyedihkan. Aku tindak mahu menyentuh cerita duka. Untuk menyambuat kehadiran tahun baru ini lebih baik menyentuh pengalaman indah. Tahun ini dikira banyak juga aku dan family bercuti bermula di Vietnam dan berakhir di kg Kedah. Dan banyak juga kisah kejayaan anak2ku dalam pelajaran mereka juga pekerjaan. Bermula bulan Mei, dimana anak sulungku ditawarkan pekerjaan sebagai Engineer di Petronas, kemudiannya Konvokesyennya di UTP. Diikuti kejayaan anakku mendapatkan CGPA yang tinggi menghampiri 4.0, kecemerlangan anakku di USA juga anak bongsuku di SJKC dan sekolah KAFA. Akhir sekali keputusan diluar jangkaanku apabila keputusan PMR diumum pada 19 Dec 2012, sekali berita gembira yang kami terima apabila anak keempatku mencapai keputusan cemerlang peperiksaan tersebut. Alhamdulillah dan bersyukur ke atas Ilahi kerana nikmat yang diperolehi datangnya dariNya. Terima kasih Allah atas kurniaanMu.
Bercuti ke Singapura, bercuti di Perak mengujungi Kellie's Castle dan Menara Condong di Telok Intan. Banyak juga tinggalan yang menarik terdapat di Perak, apatah lagi di Malaysia. Dan buat pertama kalinya kami bercuti lama di kg Kedah. Banyak yang menarik terdapat di sana. Semoga tahun2 mendatang akan menambahkan kejayaan dan keindahan, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan dan dipanjang umur, Insya'Allah dengan usaha dan doa berterusan akan di makbulkan Allah. Aamiin. :)

Tuesday, October 9, 2012

Ingatkan beli tanah dgn org skrg dah melalui cara moden. Rupanya masih menggunakan cara lama. Taip menggunakan typewriter lama bkn letrik lagi. xtau lak zaman la ni dok ada lagi mesin pesen ni. Ada jual lagi ke ribonnya. Ternyata masih ada, Itu pasai mesin lagu ni guna lagi...we..we..we...

Wednesday, October 3, 2012

Jalan2

Anak balik bercuti selama 2 bulan setengah di Malaysia banyak aktiviti dijalankan. Sempat juga anak bekerja sambil belajar di Fkl Bioteknologi n Biomolekul, belajar menunggang kuda, kenduri kesyukuran dan peperiksaan PMR n jalan2 ke Singapura.

Singapura negara yang kecil. Kami hanya berjalan kaki n naik MRT untuk pergi dari satu lokasi ke  lokasi lain. N naik cable ke untuk pergi ke pulau sentosa dimana terdapat Universal studio di sana. Nilai wang di singapura lebih tinggi dari Malaysia. Kami menginap di Geylang. Berhampiran dengan hotel kami terdapat pusat jualan durian...wow..banyaknya durian.

Di Singapura kami pergi ke Bugis street, China Town, Arab street..tempat membeli belah..singgah di Masjid n kg Melayu. Kami juga makan beriani di Indian street. Balik dari Singapura kami pula terus pulang ke kg Kedah, dimana anak nak makan mee udang sebelum pulang semula ke USA.....nntlah sambung
Masjid
kat Sentosa
Cable car Pulau Sentosa tuk ke Universal studio

Wednesday, August 29, 2012

Selamat Hari Kebangsaan. ke 55 ! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Semoga Malaysia aman selamanya.Hentikan persengketaan.Sayangi negara kita. Mari kita kibarkan jalur gemilang.Jom pergi tengok sambutan kemerdekaan di Bukit Jalil dan Dataran Merdeka..

Tuesday, July 24, 2012

Jenny and Jenna beranak

Molek anak Jenny ke2
Marry anak Jenny ke4(hilang)

Hari pertamaku puasa di Kedah. Sabtu aku sampai kat rumah pukul 11.30 mlm. rupanya hari Sabtu(21/7/12) tu Jenny beranak .3 ekor anaknya semuanya berwarna hitam, 2 ekor hitam arang n seekor hitam berbelang. Esok paginya (22/7/12) dalam pukul 10.30am Jenna pula beranak 5 ekor. 2 ekor berwarna putih dan 3 ekor berwarna hitam belang2 putih. Banyaknya anak kucing.. 8 ekor. Masya Allah., bermakna ada 13 ekor kucing tambah dengan kucing hitam kembang ekor(Mini) yang dari mana datangnya tak mahu pergi dari rumah pulak. Jenna adalah anak ke5 Jenny. Jenna kembar 4 (2 ekor mati) 1 ekor lagi Jerry (jantan). Nanti nak  post gambarnya kat sini. Jantina belum tau lagi. Jenny sangat sayang dengan cucu2nya. Cucunya dibawa bersama anaknya. Jadi 2 ekor ibu kucing dengan 8 ekor anak kucing dalam 1 kotak kecil. Now dah dipindahkan ke kotak besar. Anak2 Jenny lain yg still ada Mary.
Anak2 Jenny (3) hitam,anak Jenna 5  Jerry anak Jenny no.5(Jerry,Jenna)

Friday, June 15, 2012

Setelah hampir sebulan memikirkan untuk terus menulis, akhirnya aku terima juga tawaran itu..memandangkan persediaan untuk ISO dah selesai dan semester ni dah habis. Pelajar akan bercuti tidak lama lagi.Aku mula mencari bahan utk dimuatkan dalam buku nnt. ..13/6/2012

Monday, April 30, 2012

Suka duka

As salam...Lamanya xupdate blog. Sampai nak buka pun dah lupa..Masa dah semakin berlalu banyak benda yag berlaku dalam hidupku..suka duka, asam garam hidup manusia..Cuma bila kedukaan melanda kita itu adalah ujian dari Allah. Memang berat untuk menghadapi saru ujian itu tapi setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.

Apa yg telah ku lalui pertengahan April amat memeritkanku...hanya aku bukan orang lain. ,Agak lama aku bekerja, inilah ujian paling perit aku lalui. Alhamdulillah semuanya telah berlalu. Hanya perlu bersabar dan terus bersabar, berdoa dan redha. Setelah melalui dugaan itu aku dikhabarkan dengan berita gembira yang membuatkan aku menangis kerana gembira apabila anak sulungku berjaya menjawat jawatan Jurutera di Petronas Cari Gali, KLCC. Alhamdulillah Ya Allah atas rezeki yang kau limpahkan untuk anakku untuk keluargaku., diikuti dengan keputusan cemerlang anakku dalam peperiksaan. Dan semalam kami baru saja membeli tapak rumah n sawah padi di kg. Insya'Allah ada rezeki, panjang usia, bila pencen kami akan balik kg dan menetap di sana.

Agak sedih juga negara yang aman ini dikotori dengan demontrasi atau perhimpunan yang merosakkan harta benda, kenderaan dan mencederakan orang serta memalukan di mata dunia. Ya Allah peliharalah negara kami ini agar sentiasa aman damai.

Friday, March 16, 2012

Tonton Drama Melayu & Filem Melayu Online: Bicara Hati

Tonton Drama Melayu & Filem Melayu Online: Bicara Hati: E1 , E2 , E3 ( P1 , P2 , P3 ), E4 ( P1 , P2 , P3 ), E5 ( P1 , P2 , P3 ), E6 ( P1 , P2 , P3 ), E7 ( P1 , P2 , P3 ), E8 ( P1 , P2 , P3 ), E9 ...

Tuesday, February 7, 2012

11 Januari 2012 Ho Chin Minh


10 jan, mlm pergi night market lagi...My god..girl (may be 10yrs old) sangat fasih berbahasa bukan Inggeris saja malah melayu..dia menjual alat2 permainan so cute! Xbyk beli brg sekadar temankan kwn saja.. Nak tahu..bila nak balik ke hotel kami lupa jalannya..SESAT lah. Akhirnya kami pergi bertanya kat counter sebuah hotel..Alhamdulillah lps tu dapatlah kami balik ke hotel dengan selamatnya.

Esoknya seawal pagi kami pergi ke Cu Chi Tunnel, wah! Tempatnya yg sangat menarik..sebelum tu sepanjang perjalanan kami..kami melalui suasana jalan raya yg agak kelam kabut tapi jarang2 berlaku accident..saya dah tgk kat Jakarta tapi kat sini lagi merisaukan..kalau saya pasti tak berani nak tunggang basikal, motor mahu pun drive. Nak lintas jalan tu takut..tapi kata tour guide klu nk lintas jaln just angkat tangan ...jaln slow2 jgn berlari., pemandu akan bagi laluan betapa hebat dan berhemahnya pemandu di sini..tgk ye gambar yg saya ambil..beginilah suasana jaln..kat sini amat sukar nak jumpa lampu isyarat.

Cu Chi tunnel tempat tinggalan sejarah bagaimana komunis vietnam bersembunyi dan berperang dengan tentera Amerika yg menyerang mereka. O..saya mmg xpernah tengok tempat kediaman komunis..ya, mereka ni memang bijak. Dalam kawasan tunnel ada mcam2, ada bilik mesyuarat, bengkel buat senjata, bilik masak , byk perangkap..patutlah...mcmana mereka boleh survive dalam tempt mcm ni..Saya dan rakan2 masuk dlam tunnel ni sejauh 40M jer dah xtahan, kepanasan, genap, susah nak bernafas. Orang yg ada asma, tua memang xblh masuklah dalam tunnel ni. Lagi satu org yg berbadan besar pun xmuat nak masuk. Klu dah masuk tunnel kena jalan terus ke depan xboleh nak pusing belakang. tunnel muat untuk 1 org sekali msuk. Maksudnya xleh masuk beriringan, org ke2 akan ikut kat belakang. Jaga barang berharga klu dah jatuh confirn xkan jumpa dah. Dalam tunnel memang xbleh berdiri kena membongkok atau jalan itik. Wah! Sakit lutut, sakit belakang..nasib lepas 40M ada lubang untuk keluar, apa lagi bagi tau guide tu nak keluar xnak teruskan pembongkokan ke depan lagi. Sape nak cuba menembak pun ada tempat menembak..10x tembak kena bayar 60,000 dong kira2 RM10.
Lawatan terakhir kami dijamu ubi kayu rebus cecah sambal (kacang+gula+lada hitam).

Petang tu saya relax jer kat bilik. Kwn2 lain ada yg gi Ben Thaein..dan pergi museum. Tengahari tu kami lunch di D'Nyonya. Banyak2 restoran di sinilah masakan paling sedap . Ada ayam serai !

Thursday, January 19, 2012

Trip 2 vietnam part 2



  1. Lepas gi China Town kami gi butik Hong Ann(klu xsilap) dan Mai Collection..kata Tour guide tu..klu nak murah gi kat Mai tapi klu nak yg ada kualiti gi Hong Ann tapi mahal sikit dari Mai..gitu. Di sini aku cuma beli 1 blouse jer..tapi my boss tu kat foto tu..shopping sakan. Harga blouse lepas tawar-menawar dptlah dong 310,000.00. Lepas round kat mall kat situ..sini aku cuma beli handphne bag..RM6.00. Aku terpikat sesuatu kat luar mall ni..yup..yup..aku mmg penggemar herba dan mahir gak pasal herbs ni..tapi aku xprh lak tgk pokok setawar ada buah...My God! xcaye cuba tgk kat foto ni
  2. Lepas tu tgk jam dah 6pm..wow..dah gelap, kami gi dinner kat Restoran Melayu (Four season)
okelah...klu minat nak dengar aku babbler tunggulah part 3 lak..bye




















Wednesday, January 18, 2012

Trip to Vietnam 9-12 januari 2012

  1. bathroom

2. satay house

Lamanya tidak berblog.Hari ini aku ingin mencoret sikit pengalaman di Vietnam. Tujuan ke Vietnam adalalh seminar 'Biomedical engineering" di samping lawatan sambal belajar dan meluaskan pemandangan ke negara orang. Ahli rombongan terdiri 11 0rang, 9orang menaiki MAS dan 2 orang Air Asia. Bila kata Vietnam difikiranku negara yg amat mundur dan penduduknya tidak berpelajaran (bukan semua). Itu tanggapanku sebelum menjejakkan kaki ke bumi Vietnam. Lokasi dituju Ho Chi Minh(Saigon nama lamanya).Alhamdulillah setelah menaiki kapal terbang lebih kurang 1 1/2 jam akhirnya kami tiba di Airport. Kami bertolak jam 5pm dan tiba 6.30pm hari sudah malam. rupanya Vietnam lewat 1 jam dari Malaysia bermakna 7.30pm waktu Malaysia. Setiba di Airport kami telah ditunggu oleh Tour Guide-Mr Kwang. Terus dibawa makan ke hotel halal 'Satay house'. Lihat foto di atas

Selepas makan kami dibawa ke hotel Kingston. Bertaraf 3 bintang. Pekerja hotel menyambut kami. Beg2 kami dihantar ke bilik. No bilik aku 1005, level 10. Tak ku sangka antara kami ramai2 hanya bilik aku saja yang 'executive room' yang lain 'guest room'. Betapa selesanya dengan kelengkapan dan layanan istimewa. Hanya aku dan anakku. Lihat fotonya
3. 4.
Malam itu, kami pergi night market..mcm2 ada jual..Wah! suprise..imagine...peniaga kat situ amat fasih berbahasa inggeris dan bahasa melayu! Jadi senanglah berurusan dengan diorg.currency US, RM dan dong diterima kat situ..Spoil, klu aku tahu xyahlah tukar ke dong. rupanya berurusan dengan RM lagi murah dari dong..imagine 1RM = dong 6,600.00
Nak beli telekung satu RM35.00 klu guna dong 245,000.00. Klu convert ke RM balik dah jadi RM37.00 tgk camne ruginya. Aku cuma beli 3 psg vietnam silk, 3 telekung dan 2 t-shirt. Hem ..terkena aku mlm ni..terkena harga mahal..tapi xpelah.

Esok pagi sebahagiannya pergi universiti Ho Chi Minh. Aku, anakku dan Asmara pergi ke Ben Thein . kat sini org kata macam bukit kayu hitam/rantau panjang..syurga beli-belah. Yup..mmg rambang mata..Tapi aku xde nak beli..cuma beli jersey Adidas dan kemeja utk my hubby. Tapi my freind, Asmara beli byak gak..kain ela, vietnam silk. Tengahari kami lunch kat D'Nyonya restaurant n then solat kat masjid. Di belakang masjid terdapat tempat org membuat telekung, jubah, baju kurung sulam dan ada juga vietnam silk. Di sini lebih murah dari night market dan Ben Thein. Seperti biasa urusniaga dlm currency RM lebih murah dari dong...mcmana yek aku dah ada wang dong. So sedaya upaya aku menawar kat tokehnya sendiri..sehingga RM30.00 sepasang telekung (dong 200,000.00)
)
masjid

Ben Thein

Ok..nanti citer lagi...to be continued