HERBA

HERBA
SERINGAN

Thursday, February 25, 2010

Hari yang bermakna


  • sawah
  • padi



Hari ini 11 Feb adalah anniversary ke 21 saya. Hari ini juga ada bengkel PINTAR kat UPM. Saya dapat lucky draw. Moga Allah akan terus merahmati kami, dipanjangkan umur/sihat, dimurahkan rezeki, anak-anak yang soleh/soleha dan pintar serta keluarga yang bahagia.
13 Feb kami pulang ke kampung Kedah, tersangatlah sesak, 10 jam baru sampai 1.30 pagi. Tapi sebab emak nak buat kenduri kena balik gak. Adik dan family pun ikut sama, tidur kat rumah mertua.Cuaca sangatlah panas. Petang Ahad bawa adik n family ke tempat kejadian tsunami dan beli barang kat Tanjung dawai (naik bot), lepas tu bawa mereka makan mee udang kat Pulau Sayak. pemandangan kat sana memang menarik. Cuba tengok

adek dan family-Tanjung Dawai


tempat tsunami



Sunday, February 21, 2010

Fahmi dapat hadiah


Hari ini 5 feb. hari Penyampaian hadiah kat sek. agama raudatul ilmi. Fahmi dapat hadiah tempat pertama dan pelajar terbaik keseluruhan darjah 1 (2009). Disebabkan lepas balik sekolah agama fahmi tinggal kat rumah Ustazah dan pergi sekolah rendah (Cina) dihantar suami ustazah, gambar cuma diambil selepas balik sekolah SJK(C). Fahmi sangat gembira dan ceria hari ini.

Wednesday, February 10, 2010

Bekerja kat Institut Biosains


Sabun

penanaman pokok


Mula kerja kat Biosains, boss saya Prof. Madya Dr. Said. Memang baik, sporting. Baru 1 1/2 tahun kerja kt situ saya dapat Anugerah Khidmat Cemerlang, masa tu hadiahnya lumayan plug bernilai RM300, check RM300,sijil, kenaikan menegak dan tunggakan RM1,000 lebih.Ini gambarnya sebelah kanan.Bila boss pindah saya dipindahkan ke lab Fitoubatan, kemudiannya ke unit Biodiversti dan pemuliharaan herba. Saya mula belajar bagaimana menghasilkan "essential oil" dari tumbuhan herba, menghasilkan sabun herba dan pengkulturan tumbuhan.Sabun pertama dihasilkan, ada nama saya tu..Juga belajar membuat tanah campuran.Banyak terlibat dengan bengkel-bengkel herba yang dianjurkan di lab kami. tahun 2005 saya menerima anugerah setia putra hadiah berupa jam tangan roscani dan sijil.Kemudian dapat anugerah dr Biosains sijil dan jam roscani juga. Di sini juga saya diberi peluang belajar dan melayakkan saya naik ke jawatan yang lebih baik.Yang berikut beberapa petua dan penggunaan tumbuhan herba dalam perubatan tradisional.

Monday, February 8, 2010

8 februari

Hari ni 8Feb..
Pagi2 pergi kat lab. radioisotop nak check fail ISO. Eeh.. tau tau ada penggambaran filem kot, dibuat kat depan makmal anatomi dan radioisotop. Tak bape kenal pelakun-pelakun tu.. cuma yang kenal Sharifah Amani. Kecil molek orangnya, putih, muka licin dan sorang lagi Aflin Shaufki. Apa tajuk filem tu yek.. Tak taulah. Tak boleh tgk lame-lame kan waktu keje. Ari ni ada banyak keje kene buat. Kena demo dan cite pasal lab dan aktiviti lab kat pelajar latihan industri. Balik lewat sikit ari ni sbb student guna lab, pembantu ada latihan kebakaran kat balai bomba Serdang.

Sunday, February 7, 2010

foto kat keje lame


belah kiri ni foto mase baru masuk keje kat upm.
belah kanan ni foto semua pegawai kat jabatan biokimia dan mikrobiologi tahun 89.
Lepas tu bertukar tempat keje kat Institut Biosains, bermula dengan genetik tumbuhan. Masa tu keje kat opis jap, dan terlibat dengan penanaman tumbuhan herba sebelum masuk kat makmal natural product. kat biosains banyak belajar benda yang baru. mengenal tumbuhan yang berpotensi untuk ubatan, mengenal compound yng ada dalam tumbuhan dll. Lepas tu aku ditukarkan ke Unit yang baru dibuka iaitu Unit Biodiversiti dan Pemuliharaan Tumbuhan. Unit ni amat menyeronokkan. nanti akan cite panjang....

Wednesday, February 3, 2010

boring

31 januari, selepas menghadiri kenduri kahwin anak kawan, hantar anak pulang ke MRSM. Perjalanan pulang, agak sibuk di highway rupanya accident 4 buah kete. Bila dah ok tak lame tu jem lagi.. o.. kali ni.. kete proton waja terbakar. Besar sungguh api. xbawa cmera, ambil gambar guna h'phone xclear lak.
3 februari.. hari yang sangat membosankan. aku dan rakan se office je tau.. bile jadi cam ni rasa nak je retire. dok kat rumah, uruskan rumah dan family sepenuh masa. Seronok kot.