HERBA

HERBA
SERINGAN

Monday, November 15, 2010

Hari Ikhtifal




14 November aku dan suami menghadiri mesyuarat SAR Rhaudatul Ilmi.Selepas mesyuarat diadakan majlis ikhtifal. Fahmi mendapat 3 hadiah. Mendapat tempat kedua dalam kelas, subjek terbaik jawi dan khat serta mencapai markah Mumtaz. Fahmi amat gembira. Apa yang menggembirakan aku sebagai ibu apabila melihat anak gembira..melihat anak berjaya dalam pelajaran, sihat dan menjadi anak yang beriman. Beberapa minggu ini aku agak sibuk dengan tugas harian dan sering melawat anak yang belajar di Johor. 30 oktober menghadiri majlis restu pelajar, sembahyang hajat dan baca yaasin untuk anakku dan murid di MRSM yang akan menduduki SPM bermula 23 November ini. Ya Allah ya tuhanku, aku bermohon ke atasMu agar dipermudahkan anakku menghadapi SPM, sihat dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010.Amin.