HERBA

HERBA
SERINGAN

Tuesday, August 13, 2013

Travell 2 USA Part 8
Selepas packing n masukkan barang2 ke dalam kargo untuk dibawa pulang ke Malaysia, malam tu kami dinner di Restaurant Thai. Tidur awal kerana keesokkan harinya akan meneruskan perjalanan ke Washington DC. Perjalanan mengambil masa hampir 7 jam dengan menaiki honda fiesta yang dipandu oleh anakku. Dari Rochester ke Washington kami melalui highway, tiada tol dikenakan. US masih mempunyai hutan yg luas dan ladang gandum yang besar cantik, senang mata memandang. disetiap ladang ada seperti rumah yg dibentuk curve di bahagian atap. Rumah itu dipanggil apa, aku pun lupa tapi dipercayai menyimpan hasil ladang. Disepanjang jalan aku merakamkan keindahan pemandangan dan tasik or sungai yang sangat jernih dan bersih. Kelihatan juga beberapa kali rusa mati kena langgar kenderaan.


Melalui kawasan angin bertiup kuat terdapat beberapa kincir angin yang dibina.. Di Washington kami pergi ke White House, Washington Monument , National World War II Memorial, Abraham Lincoln Temple dan bangunan Duta Malaysia. Di White House kami cuma boleh bergambar dari luar pagar , kawalan agak ketat di sana sini terdapat polis. Tempat yang kami boleh masuk cuma National World War II Memorial dan Abraham Lincoln temple. Manakala Washington Monument sedang diselenggara, so kami cuma melihat dari luar bangunan sahaja.Kemudian kami berangkat ke Virginia ke rumah pegawai JPA bermalam di sana. Layanan baik diberikan dan kami dapat menikmati makanan Malaysia, rindunya! Kami juga berkunjung di rumah pegawai Kedutaan Malaysia. Di Virginia kami berkunjung ke Great Falls Park, menikmati keindahan sungai, air terjun, terusan potomac serta pemandangan yang sangat menarik. Tempat ini bersempadan dengan Maryland, di mana terdapat C & O Canal National Park. Di sini kami menaikki cruise 19th century. Cruise di tarik oleh kuda, dengan pekerja yang memakai pakaian pada abad tersebut, sangat klassik. Kami disaji dengan alat muzik dan nyanyian zaman tersebut serta mendengar captain tersebut bercerita sepanjang kami berada di atas cruise. Kemudian kami berjalan merentasi hutan dengan menggunakan jambatan kayu yang dibina disepanjang hutan tersebut. Kami berada selama 3 hari di sana. Perjalanan sebelum pulang semula ke Rochester, NY state kami singgah di Letchworth State Park, juga dikenali sebagai Grand Canyon Timur. Memang cantik permukaan semulajadi yang terbina dari hakisan menyebabkan bentuk batu yang menarik seperti yang aku postkan di bawah. Seterusnya kami singgah di Pennsylvania, di mana disanalah kami pergi membeli coklat yang mmg ternama Hershey's chocholate world. Nyumm..nyummm. Terdapat theme park di sebelahnya, roller coaster yg sangat tinggi. Tumpuan kami cuma chocholate world! Kami dibawa naik troli mengelilingi tempat bagaimana coklat itu diproses. Dan kejutan terakhir sebaik habis mengelilingi tempat memproses coklat itu tiba2 kami terkejut dengan kilasan cahaya lampu...opp..kamera! Candid!
Grand Canyon Timur



Travel 2 USA part 7

Alhamdulillah selesai part 6 (19 Mei 2013)
Hari ini awal2 lagi aku, anak, suami dan 2 orang rakan anakku  meneruskan program seterusnya. Awal pagi selepas bersarapan di sebuah restoran di sana (lupa namanya), western food kami berangkat ke Niagara Falls, Buffalo-Toronto (USA-Canada). Perjalanan mengambil masa 1 1/2 jam. Aku tertarik dengan lampu isyarat di sana tergantung dan ada word serta arrow. Sape yang baru di sana confirm tidak reti dan sukar memahami jalan or lampu isyarat itu.  'left driving' lak tu. Masakkk!
lampu isyarat

Niagara falls

 Kat niagara ni mcm taman gak, cantik kt taman tu ada macam2 bunga yg cantik, tulip, ros, heart. Ada orang main muzik..kita blh derma kt pemusik jalanan tu. Tu..kat luar bukan kat cave n cruise tmpt tumpuan utama tu., lepas dapatkan tiket kami pergi ke tempat ambil kasut n ponco (yellow) pastu berjalan ke cave tmpt air terjun tu. wah ramai gak orang. Diseberang sungai tu Kanada. Kagum dengan kuasa Allah yg menjadikan falls yang sangat3 cantik! Tiada yg lbh cantik falls di dunia ini, inilah dia patutlah ia merupakan salah satu benda ajaib di dunia, tgk ya gambar yg aku postkan.
Merentasi jambatan itulah Toronto, Kanada.
Setelah menaiki curise (maid of the mist) dan wind of the cave menikmati keindahan Niagara falls kami menonton movie history of the Niagara falls.

Monday, July 8, 2013

Travel 2 USA part 6

Hari ini memang hari ditunggu 18 Mei 13. Hari inilah kemuncaknya  bagi anakku belajar di USA.
Graduation day. Akhirnya anakku berjaya mendapatkan ijazah. Congrats! Seawal 4.00 am kami dah bangun. Solat subuh pukul 4.11am. Pukul 7.30 am kami sudah berada di U dengan menaikki kereta Honda Fiesta yang disewa khas oleh anakku selama aku n suami berada di sana. Tidak banyak foto yg dapat ku letakkan di sini kerana ia di dalam simpanan anakku.
Sempat juga kami mengambil gambar di studio percuma yang dikhaskan kepada pelajar, gambar individu dan gambar family.  Siap disediakan gula2 dan coklat lagi...Sedapnya! Selepas itu menikmati jamuan yang disediakan yang memang halal buah2an, sayauran mentah, jus. Petang itu seperti kebiasaan bak kata anakku pelajar2 mengadakan makan-makan. Kali ni di luar rumah kediaman pelajar lelaki. Wah, not bad..pelajar lelaki pandai masak nasi kerabu. sate pun ada, kuih muih, ayam panggang dan pelbagai. Berhimpunlah pelajar2 dan  family yang datang dari Malaysia meraikan anak2 tamat pengajian.

Tuesday, July 2, 2013

Travell 2 USA part 5

17 May 2013, Pagi ni, aku dan suami agak letih, kami berehat di kediaman anak Pork Point Dr., selepas lunch baru kami keluar shopping di Walmart dan Saver. Menarik di walmart ni macam2 ada, aku xpernah tengok jerok timun pun kat sini ada, maka kami beli 1 botol. Then ada kentang color maroon, bawang besar yang sangat besar dengan 3 color...kuning, putih dan merah macam kat Malaysia . Terdapat ayam halal dijual disini. Selepas itu kami pergi ke Saver..mmg save..Rambang mata. Macam2 ada. Aku xpernah tengok suamiku berbelanja sakan...hari ini aku dan anak terkejut, "Mana ayah, nak bayar dah ni..xpernah pun tengok ayah shopping camni. Selalunya xminat pun bak beli belah ni", agak terkejut anakku..Tu..dia banyak betul yang ayah beli..Jeans Levis, Lee, Wrangler semua ada..murah! Lepas ni siaplah kena packing untuk masuk cargo..23boxes/student. Pukul 4.00pm ikut anak ke U, kerana hari ini adalah graduation satu Universiti dan petang ni ada perjumpaan bersama lectuters and foreigner. Makanan yang dijamu memang halal sebab makanannya hanyalah buah-buahan yang dipotong, anggor, sayur-sayuran mentah bersama thousand highland, lemon juice, air botol, oren juice serta biskut yang ada dijual dikedai.
                                                              

kentang kulit merah sangat sedap dan lembut isinya










Thursday, June 13, 2013

Travell 2 USA part 4, Day 3

Hari 3 seawal 10.00am kami sudah bertolak ke RIT univ. tempat anakku belajar. Jarak dari rumah ke U tidaklah jauh. Kami cuma berjalan kaki saja, mengambil masa lebih kurang 30 min. Tempat yang mula2 kami kunjungi adalah Post Office, dimana di sinilah tempat anakku bekerja bila lepas kelas/kuliah. Berjumpa dengan bossnya Mdm Megan n ex-colleaguenya. Mereka sangat friendly. Bolehlah faham slang american. They look so happy n excited when met us.















Afterthat, we went to lab. tempat anakku menjalankan kerja2 projeknya.Lab tidaklah begitu luas tapi tersusun rapi dan sangat bersih. Terdapat seorang Professor yang sedang mencuci glasswares yang telah digunakannya...My god! I was touched , cause Prof. sanggup lakukan sendiri! Then kami berjalan2 dan bergambar di dalam kampus..sangat cantik dan bersih kampus tu sukar nak jumpa kertas or bekas makanan di sekitar.
Dean's list

Bersama lecturer Bahasa Mandarin
Bersama rakan2 sekuliah anakku


Pintu gerbang pengasan U George Eastman Kodak

Sebelah petang dalam pukul 5.00pm kami pergi ke Higland Park. di sana ada event, ada band , orang memang ramai. ada juga berbagai jualan. Kami berjalan di dalam tanam yang dipenuhi pelbagai pokok bunga-bungaan dari tumbuhan kecil hinggalah yang besar. Melalui bukit, kelihatan remaja bermain bola di lereng yang terdapat padang.


Bunga tulip yang sangat cantik dan besar, macam bunga plastik! tetapi harum...Mashaallah cantiknya..wow! gila bunga dibuatnya. Lama kami di sana sampai pukul 8.00 pm. disana waktu maghrib lambat masuk 8.30pm baru masuk waktu .




Sunday, June 9, 2013

Travell 2 USA part 3- day 2 (15 Mei 2013)

Perbezaan masa sebabkan aku jeklet...mata xleh tidor, pukul 3am kat sini kat Malaysia 3pm. Pukul 4.11am waktu subuh masuk n pukul 5.11am waktu subuh habis. Lepas Subuh baru boleh lena sat. Pukul 8.00am dah bangun balik. Lepas breakfast aku n hubby berjalan2 di sekitar kediaman RIT. Cantik, kediaman ini bersebelahan dengan hutan..terdapat rusa, angsa dan itik2 yang hidup liar maksudnya bukan dibela. Haiwan ni jinak jer...tapi xnampak kucing maupun anjing. Kami juga melihat jalan raya dan tiang letrik yg diperbuat dari kayu. Jalan raya kat sini tidaklah secantik jalan raya kat Malaysia. Kat Malaysia memang class! Kena berhati2 berjalan dijalan kerana di sini pemandu kiri so terbalik dengan tempat kita.


Di sini kebersihan amatlah terjaga. suhu ketika ini 9oC. Walaupun ada matahari tapi angin yang sangat kuat menjadikan cuaca sejuk. Rasa nak melayang badan ditiup angin. Selalu kita pelik tgk kat TV org2 barat blh picnic di tengahari, di sini pun camtu ..pukul 1 tgh 2 pm kelihatan budak bermain dan ibu membawa anak bersiar2 dengan kereta sorong. Awesome! Tengahari anak balik dari kerja terakhirnya di Post Office kat U dia study tu dengan membawa nasi bungkus Pakistan.  Petang tu anak bawa kami ke Niagara falls outlet.  Dari Park Point ke Niagara Falls outlet ambil masa dalam 1 1/2 jam perjalanan. Memang berbeza..aku tertarik dengan traffic light kat sana. Kalau tak biasa memang susah tau....

Wow! kalau yang kaki shopping gila dibuatnya..tengok brg2 branded yg jauh lebih murah jika dijual kat Malaysia sprt coach, corelle, corning, pyrex, clark, samsonite, skectchers, burberry, guess dengan 50%, 70% off, clearance..klu boleh bawa mmg dah borong dah.


Niagara ni, tempatnya bersempadan antara USA dan Canada. Kalau kita pi sana nampaklah dua2 bendera ada. Waktu siang semasa saya di sana panjang. Pukul 8.30pm di sana masih cerah macam pukul 6.30pm jer. Tapi 5.30 pagi dah macam pukul 8.00 pagi kat Malaysia. Nak ikutkan masa yang diperuntukkan utk shopping 3 jam memang tidak cukup, tapi nak buat cam mana masa mencemburui kami ;( , Nanti cerita hari ke3 di USA pula.


Wednesday, June 5, 2013

Travel 2 USA Part 2


Oleh kerana masa US lewat 12 jam dari Malaysia maka tarikh kami tiba dan hari kami tiba di NY sama dgn hari bertolak dari Malaysia. Aku tiba di NY JFK airport pukul 6.45pm hari Selasa. Turun dari kapal terbang ditunjukkan arah mana harus dilalui. Airport JFK memang besar klu salah lorong mmg susahlah jwpnya. Kami beratur mengikut lorong yg diarahkan oleh pekerja di Aiport tersebut. Siapa yg tidak menaikki kapalterbang dilorong lain dan yang akan menaikki kapalterbang lagi dilorong lain. Melalui kastam akan ada interview sbgmana membuat visa dulu. soalan yang sama. Alhamdulillah clear. Selepas itu kami mencari tempat di mana pesawat seterusnya Jetblue untuk ke Rochester pula. Kena banyak bertanya. Alhamdulillah pekerja kat sana friendly dan sedia membantu. Wah jauhnya untuk pergi ke tempat menaiki Jetblue berpusing2 kena naik escalator lagi. Bila dah jumpa ok..camne nak call anak. WIFI ok ada tapi xblh . nak guna plak. Nak guna public phone kat NY pun aku xreti,minta tlg seorg gadis orang putih. Gadis tu bermurah hati menggunakan hpnya.

Aku menaikki Jetblue yang memang cantik untuk menuju ke Rochester. Masa untuk sampai keRochester 45 minit. Aku sampai ke Rochester pukul 11.30pm. Anakku sudah menunggu ditempat kami mengambil luggage

Tuesday, June 4, 2013

Travel 2 USA 3 wks part 1

As salam,
Tidak pernah termimpi dan tidak pernah terlintas dihatiku untuk menjejakkan kamiku dimuka bumimu Amerika kerana aku tahu aku tidak mampu untuk ke sampai ke sana. Alhamdulillah pertama kalinya aku melangkah kaki ke barat adalah di bumimu memang tersangat jauh dari tempat tumpah darahku. Rezeki ini dariMu Allah, untuk aku melihat negara orang rezeki yang Engkau beri ke atas anakku yang ditawarkan melajutkan pelajaran ke New York selepas mencapai keputusan cemerlang dalam SPMnya. Banyak dugaan yang dilalui sewaktu mendapatkan visa dengan berhujan dan kurang pengetahuan cara pengisian borang. 14 Me 2013 aku dan suamiku berangkat ke New York bagi menghadiri Majlis Konvokesyen anakku yang telah berjaya mendapatkan Degree Kepujian Tinggi.(High honors).Kami menaiki kapalterbang Kuwait Airways yang berlepas jam 3.15am. Penerbangan mengambil masa 8 jam untuk sampai ke Kuwait dan berhenti selama 3 jam di situ. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik, kaki aku juga tidak mengalami kebas2, makanan juga mewah, pendek kata Kuwait cuba memberi yang terbaik kepada customernya. Yang paling bagusnya sebelum memulakan penerbangan doa menaikki kapalterbang dibaca terlebih dahulu :). Di Kuwait sempatlah saya membeli cenderahati. Waktu Kuwait lewat 5 jam dari Malaysia, kami tiba 6.30 am waktu Kuwait.
Tukar kapal terbang lain. Penerbangan seterusnya mengambil masa 6 jam untuk sampai Ke London. Dan berhenti di sana. Semua penumpang turun dan melalui pemeriksaan kastam. Tidak lama di London, tapi sempatlah untuk bergambar. Suhu di London 10oC.

 
Dari London ke New York mengambil masa 8 jam. Ok seterusnya aku akan coret selepas ini

Thursday, January 31, 2013

Memohon visa USA

Starting from blank n nothing in my head...itulah yg aku alami semasa nak memohon visa USA. Try google..
Bermula dengan mengisi borang yang salah. 1 malam yg membengangkan. tiada tmpt untuk kami refer.
kemudian msg anak yg belajar di US. Dengan bantuan anak dapatkan website yag berkaitan, sekali lagi kami cuba mengisi borang yang diberi. . Akhirnya borang berjaya diisi dengan sempurna. Tiba masa pula untuk ke bank dengan membawa borang dan passport. Aah..keliru lagi, sampai kat bank dia tanya pula slip baucer..mana nak cari..Balik rumah dalam keadaan basah kuyup kerana hujan. Berhenti disini saja. Malam tu aku cuba google lagi melalui website yg anak bagi. Baca keterangan 1 persatu..click satu persatu..jumpa slip untuk bayaran ke bank. Memandang esoknya aku akan bertolak ke Bengkulu, Indonesia, slip tidak diprint kerana ia ada tarikh expired. Check pula permohonan anak ke SMT Tuanku Jaafar. succeed! Tapi belum di jwb kerana menunggu SBP pula. alright. Aku dan anakku ini meneruskan penerbangan ke Jakarta -Bengkulu.menghadiri majlis perkahwinan. 5 hari kami di sana.
Sekembalinya dari Bengkulu, 17 Jan, aku dan suami membayar permohonan visa di Sandard Chartered bank, kat Kajang. Malam tu baru kami isi secara online lagi untuk booking tarikh interview visa. 
Invt taikh yg xsama degn hubby. Ok finally, semua ok.. Everything ok. Menunggu Matta fair untuk booking ticket bagi menghadiran majlis graduation anak. Bagi yg first time nak mohon visa blhlah layari website ini.
1. gamba 2x2 white bground (nti kene upload kat ds-160 form)
2. ds-160 form : https://ceac.state.gov/genniv/
3. pay visa fee : http://www.ustraveldocs.com//my/my-niv-visapay.asp
4. schedule appointment :https://cgifederal.secure.force.com/

Tuesday, January 1, 2013

Jenna beranak lagi

Pagi 29 disember 2012

Hai xdan nak dikasi dah beranak lagi. 5 ekor lak anaknya tu. 4 light grey, 1 dark grey. Jantina xtgk lagi. First time beranak dulu (21 Julai 2012) pun 5 ekor gak. 1 ekor mati, 1ekor hilang. emaknya Jenny pun beranak seblm tu lagi tapi xtau kat mana. Adalah balik sekali sekala. Jerry lak dah seminggu xbalik. xtau pegi mana. Mary pun sama dah 5 bulan xbalik rumah. Tapi tau masih hidup sbb adalah dia menegur. Rupanya duduk kat  rumah orang belakang rumah(bersilang) jer. Entahlah kucing ni..org buat terbaik kat diorg pun nak lari gak.
Buat masa ni ada 10 ekorlah kucing. Kucing blh buat kita happy tgk gelagatnya.