HERBA

HERBA
SERINGAN

Tuesday, June 4, 2013

Travel 2 USA 3 wks part 1

As salam,
Tidak pernah termimpi dan tidak pernah terlintas dihatiku untuk menjejakkan kamiku dimuka bumimu Amerika kerana aku tahu aku tidak mampu untuk ke sampai ke sana. Alhamdulillah pertama kalinya aku melangkah kaki ke barat adalah di bumimu memang tersangat jauh dari tempat tumpah darahku. Rezeki ini dariMu Allah, untuk aku melihat negara orang rezeki yang Engkau beri ke atas anakku yang ditawarkan melajutkan pelajaran ke New York selepas mencapai keputusan cemerlang dalam SPMnya. Banyak dugaan yang dilalui sewaktu mendapatkan visa dengan berhujan dan kurang pengetahuan cara pengisian borang. 14 Me 2013 aku dan suamiku berangkat ke New York bagi menghadiri Majlis Konvokesyen anakku yang telah berjaya mendapatkan Degree Kepujian Tinggi.(High honors).Kami menaiki kapalterbang Kuwait Airways yang berlepas jam 3.15am. Penerbangan mengambil masa 8 jam untuk sampai ke Kuwait dan berhenti selama 3 jam di situ. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik, kaki aku juga tidak mengalami kebas2, makanan juga mewah, pendek kata Kuwait cuba memberi yang terbaik kepada customernya. Yang paling bagusnya sebelum memulakan penerbangan doa menaikki kapalterbang dibaca terlebih dahulu :). Di Kuwait sempatlah saya membeli cenderahati. Waktu Kuwait lewat 5 jam dari Malaysia, kami tiba 6.30 am waktu Kuwait.
Tukar kapal terbang lain. Penerbangan seterusnya mengambil masa 6 jam untuk sampai Ke London. Dan berhenti di sana. Semua penumpang turun dan melalui pemeriksaan kastam. Tidak lama di London, tapi sempatlah untuk bergambar. Suhu di London 10oC.

 
Dari London ke New York mengambil masa 8 jam. Ok seterusnya aku akan coret selepas ini

No comments:

Post a Comment