HERBA

HERBA
SERINGAN

Monday, June 29, 2015

Hari ke 3 (1 februari 15)

Sebelah malamnya kami makan di rumah makcik Jakiah , rumah pengantin..Makanan tadisional Bengkulu dijamu.
ocong2

Pendap

Hari ketiga merupakan hari kemuncak, hari akad nikah yang dilakukan di Masjida dan majlis resepsi.Upacara akad nikah yang penuh dengan tradisi.


selepas akad nikah


persandingan yang ditemani kedua belah ibubapa pengantin.
Sebelah petang setelah habis kenduri kami dibawa melawat ke tepi pantai berhampiran pulau tempat berlabuhnya kapal.Makan di tepi pantai dengan ikan segar yang dibakar. Memang enak! Pada sebelah malam kami dibawa makan di restoran di tepi pantai Panjang dengan makanan laut yang segar. Selepas ini dibawa menaiki beca malam mengayuhnya sendiri.


Keesokannya kami dibawa berjalan melihat Universiti, Rumah Soekarno dan tempat menarik di sekitar. Kami pulang tengahari dengan menaiki citi link. Seperti biasanya sekali lagi cukai airport dikena dengan Rp 20,000.00 setiap orang. Kami transit di Jakarta dan bermalam di sana. Dari Airport, Jakarta  ke Pasar Minggu (Jakarta Selatan) di rumah mak cik tempat kami menginap mengambil masa 45 minit jika tidak jam. Kami menaiki teksi dengan bayaran Rp350,000.00 tidak termasuk cukai. Keesokkan paginya sebelum bertolak pulang ke Malaysia kami berkunjung ke pasar minggu. Pakaian batik, telekung sangat murah di sana. Dari rumah mak cik ke Jakarta Hatta Airport kami menaiki kereta sewa dengan bayaran Rp120,000.00. Percutian yang amat menarik kami rasakan Thanks ...sanak saudara yang sangat baik, layanan yang tip top!

Friday, June 12, 2015

Bengkulu aku datang lagi 29-1 till 2/2/15

Selepas balik bercuti dari Semporna dan Hong Kong aku bersama suami dan anak bongsu berangkat ke Kota Bengkulu, Sumatera, Indonesia. Ini kali ke 3 aku berkunjung ke sana. Pertama kali mencari saudara mara, diiringi oleh ibu saudaraku yang tinggal di Jakarta. Kali kedua bersama adek beradekku, menghadiri kenduri kahwin sepupuku. Kali ini aku membuat keputusan dalam masa seminggu. Mencari tiket pesawat dan memohon kelulusan cuti keluar negara. Aku buat keputusan kerana tiada langsung wakil dari Malaysia yang dapat menghadiri kenduri kahwin anak bongsu ibu saudaraku yang ketiga kecil. Aku mengetuai perjalanan ini kerana my hubby belum pernah sampai ke Bengkulu. So dalam masa seminggu aku uruskan tiket dari KL ke Jakarta menaikki MAS dan dari Jakarta ke Bengkulu aku meminta bantuan saudara dari sana untuk membeli tiket..OK settle. Aku kena study pula bagaimana untuk pergi ke Bengkulu dari Jakarta. Ok aku sudah dapat jawaban kat sini. Dengan menaiki MAS kami sampai ke Jakarta jam 1.00 am. di Terminal 2D.Mudah turun saja terus jalan,  ambil bagasi kemudian melalui kastam--keluar. Kerana penerbangan seterusnya jam 6.55am kami lepaklah kat airport tu, Ada bangku di sana, ramai juga orang di sana. Bolehlah anakku tidur sementara aku bersengkang mata..berjaga. Jam 5.00am kami mendapatkan taxi blue bird untuk berpindah ke terminal 1B. Boleh jer naik bas DAMRI percuma..tapi dengan bawa beg banyak ni, naik taxi lagi mudah. Bayaran dikenakan RP40,000.00, tax ada kena dalam berapa ribu jer. Kira oklah kalau naik taxi sapu( gelaran kat Malaysia) kena RP150,000.00. Imagine berapa kali ganda. So terus masuk dengan menunjukkan tiket, scan beg . untuk check in (tunjuk ticket online serta passport). Jalan ke kanan scan lagi dan bayar RP40,000.00 seorang sebelum pergi ke waiting room(gate B7) Muatan luggage 20kg sahaja.,ok tunggulah pesawat apa Srivijaya ke, Lion ke Citylink. Tempat menunggu dah cantik dan selesa. ke ground floor ada tandas dan surau untuk solat klu belum sempat solat subuh. musola campur lelaki dan perempuan, bukan berasingan. Untuk samapai ke Bengkulu dalam masa lebih kurang 1 jam sahaja. Aiport Bengkulu kecil saja. Nama airport tersebut seperti di bawah.Seawal 7.45am kami sampai di Bengkulu.
Di Bengkulu kami dijemput oleh saudara Wan Yuddin, isteri dan anak2. Kami dibawa sekitar Kota Bengkulu. Ternyata dalam masa setahun sudah banyak perubahan di Bengkulu. Cantik dan menarik. Tengok gambar dibawah. Kemudian kami dibawa menikmati bakso urat dan air kelapa muda gula merah. Memang enak.
Oleh kerana kami tiba awal, walaupun dalam keadaan letih dan mengantuk kami dibawa menikmati keindahan kota Bengkulu sebelum dibawa dibawa ke kediaman ibu saudaraku yang akan mengadakan kenduri kahwin untuk anak bongssunya, Dina. Sungguh enak dengan hidangan makanan tradisional Bengkulu, pendap, ocong-ocong, tempoyak, sambal totok dan pelbagai lagi. Keesokkannya kami dibawa menziarahi pusara nenda kami( atok) yang terletak bersebelahan dengan pasar bengkulu. Seterusnya kami dibawa ke tempat bersejarah. Bengkulu sedang membangun kerana 2 tahun yang lepas, tidak seperti ini, ada menara, memorial park dan lain-lain



menara Bengkulu

Sebelah petangnya kami ke Pantai Panjang, mandi manda sambil menikmati makanan laut yang segar, sotong, udang goreng, sate dan air kelapa gula merah , memang power!

ok..tunggu sambungan part 2

Thursday, April 16, 2015

BISA GETAH KULIT BIJI GAJUS

BISA GETAH KULIT BIJI GAJUS

Saya telah membakar biji gajus di dalam oven selama 10 minit dengan suhu 200 C. Bila telah siap masak saya dapati banyak minyak berwarna oren-coklat keluar dari biji gajus tersebut. Saya basuh buah tersebut dan ketuk kulitnya lalu saya makan isinya. Wah memang sedap. Saya makan dalam 4 biji. Kemudian saya rasa bibir dan tapak tangan gatal sedikit. Saya cuci kesan minyak tersebut menggunakan sabun cuci GLO. Saya rasa tangan saya melekit. Lalu saya cuci dengan sabun cuci tadi. Saya dapati kulit dijari saya sebelah telapak tangan saya kecut dan sejuk. Saya bilas tangan. selepas bila dan keringkan tangan saya dapati kulit tangan saya berkedut dan terdapat kesan seperti kena minyak panas iaitu putih2 dikulit. Lalu saya sapukan telapak dan belakang telapak tangan dengn minyak kelapa dara. Tidak lama kemudian saya lihat kesan putih dan kedut dikulit hilang, normal seperti biasa begitu juga di tapak tangan. 2 hari selepas itu, apabila saya bangun tidur disebelah pagi saya dapati kulit di telapak tangan saya berkilat seperti berminyak dan rasa tebal serta keras. Lalu saya cuci dengan sabun namun tidak berubah. Menjelang tengahari saya dapati telapak tangan saya pecah- pecah dan ada seperti bulu2 kulit. Saya serta gambarnya di sini. Walaupun disapu losen namun tetap begitu. Malahan lagi  teruk. Bila dibasuh dengan air kulit nampak elok tapi bila kering ia akan menjadi pecah2 dan bersisik semula terutama sebelah siang. Bila malam sisik tetap ada tapi berkurangan. Jadi saya terus menyapu tapak tangan dan sekeliling dengan minyak kelapa dara.  Selepas 5 hari saya lihat tapak tangan saya tidak lagi keluar sisik. Saya membersihkan tangan saya dengan menyapu minyak kelapa darah dan mengeluarkan sisik2 tersebut. Sekarang tapak tangan saya sudah pulih dan kelihatan licin dan                                                      

 selepas 2 hari






selepas 5 hari