HERBA

HERBA
SERINGAN

Monday, July 8, 2013

Travel 2 USA part 6

Hari ini memang hari ditunggu 18 Mei 13. Hari inilah kemuncaknya  bagi anakku belajar di USA.
Graduation day. Akhirnya anakku berjaya mendapatkan ijazah. Congrats! Seawal 4.00 am kami dah bangun. Solat subuh pukul 4.11am. Pukul 7.30 am kami sudah berada di U dengan menaikki kereta Honda Fiesta yang disewa khas oleh anakku selama aku n suami berada di sana. Tidak banyak foto yg dapat ku letakkan di sini kerana ia di dalam simpanan anakku.
Sempat juga kami mengambil gambar di studio percuma yang dikhaskan kepada pelajar, gambar individu dan gambar family.  Siap disediakan gula2 dan coklat lagi...Sedapnya! Selepas itu menikmati jamuan yang disediakan yang memang halal buah2an, sayauran mentah, jus. Petang itu seperti kebiasaan bak kata anakku pelajar2 mengadakan makan-makan. Kali ni di luar rumah kediaman pelajar lelaki. Wah, not bad..pelajar lelaki pandai masak nasi kerabu. sate pun ada, kuih muih, ayam panggang dan pelbagai. Berhimpunlah pelajar2 dan  family yang datang dari Malaysia meraikan anak2 tamat pengajian.

Tuesday, July 2, 2013

Travell 2 USA part 5

17 May 2013, Pagi ni, aku dan suami agak letih, kami berehat di kediaman anak Pork Point Dr., selepas lunch baru kami keluar shopping di Walmart dan Saver. Menarik di walmart ni macam2 ada, aku xpernah tengok jerok timun pun kat sini ada, maka kami beli 1 botol. Then ada kentang color maroon, bawang besar yang sangat besar dengan 3 color...kuning, putih dan merah macam kat Malaysia . Terdapat ayam halal dijual disini. Selepas itu kami pergi ke Saver..mmg save..Rambang mata. Macam2 ada. Aku xpernah tengok suamiku berbelanja sakan...hari ini aku dan anak terkejut, "Mana ayah, nak bayar dah ni..xpernah pun tengok ayah shopping camni. Selalunya xminat pun bak beli belah ni", agak terkejut anakku..Tu..dia banyak betul yang ayah beli..Jeans Levis, Lee, Wrangler semua ada..murah! Lepas ni siaplah kena packing untuk masuk cargo..23boxes/student. Pukul 4.00pm ikut anak ke U, kerana hari ini adalah graduation satu Universiti dan petang ni ada perjumpaan bersama lectuters and foreigner. Makanan yang dijamu memang halal sebab makanannya hanyalah buah-buahan yang dipotong, anggor, sayur-sayuran mentah bersama thousand highland, lemon juice, air botol, oren juice serta biskut yang ada dijual dikedai.
                                                              

kentang kulit merah sangat sedap dan lembut isinya