HERBA

HERBA
SERINGAN

Monday, July 26, 2010

Peristiwa dalam seminggu





sambung...
Balik dari Kuching sampai kat rumah 1.00 pagi. Keesokkannya kena bangun awal pula hantar anak ada taklimat kat JPA Putra Jaya. Petang terus gi cari barang kat South City plaza pulak. Kul 6.30 pm baru sampai rumah. Selasa ambil cuti pergi hantar anak yg belajar kat MRSM tu ambil sijil PMR kat MRSM Kuala Klawang, Jelebu, NS. Hari rabu dtg keje dah ada kelas amali..bak kata aku ni jadi segala2nya express...dan minggu ini 31 Julai kami akan mengadakan kenduri 4 dalam 1, kesyukuran anak(AYU) nak belajar kat USA, sempena anak nak periksa SPM(Ema), menyambut puasa dan birthday Ayu.Minggu ni juga aku dan rakan belanja satu jab. pulut kuning dan rendang ayam.Dapat wang ganjaran
cemerlang ..mengalir pun macam air. Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan, syukur ke hadrat Ilahi.

Wednesday, July 21, 2010

Peristiwa dalam seminggu


15 Julai hari Majlis Gemilang Putra, aku penerima perkhidmatan cemerlang APC.Gembira dan..16 Julai aku dan anak ke 2 aku berangkat ke Kuching, tiba di Kuching 4.15pm.Pelajar kat lab aku dan adek serta anak jiran dtg menjemput kami di airport.Tiba di mahligainya sudah ramai saudara maranya, majlis pertunangan akan di adakan pada hari ahad. Pada mlmnya rehat sebentar. keesokkan paginya saya dan anak di hantar melawat ke Perkampongan Budaya Sarawak. Nice..best..Selepas tu ke Waterfront dan melawat bandar Kuching, akhir sekali ke Pasar Satok. Di sini ada berbagai barangan yang dijual. Kami beli t-shirts, tabaloid, sagu, key chains dll. Malam tu di rumah pelajar (Yon) ada karaoke. Seterusnya cite kemudian..

Wednesday, July 7, 2010

Hari Penuh Bermakna







5 Julai, jbt saya mengadakan lawatan ke ladang herba Nasuha, Pagoh, Johor. Byk terdapat pokok herba, antaranya kembang semangkuk, buah keras, buah ajaib dan lain-lain lagi. Luas ladang tersebut 1,200 ekar.. suka sgt tengok pemandangan kat ladang tersebut..challet pun ada..ada restoran herba..jbat kami bercadang nak buat MOU dgn Nasuha. Nak buat kajian herba..Bos saya dan ramai pensyarah serta staf makmal yang pergi..Sesekali keluar dgn jbat best gak..mcm family.
7 Julai..saya terima surat..my god.. saya terpilih penerima anugerah perkhimatan cemerlang universiti 2009 bagi jabatan saya (APC). Memang saya tak sangka, ok..itu namanya rezeki bersyukur terhadap Ilahi yang memberinya, jadi baju apakah yg akan saya pakai pada hari yang bersejarah tersebut ye..15 Julai 2010. Kena tanya anak saya yang akan menjadi tetamu saya nanti. Apa pun terima kasih kpd penilai pertama dan kedua saya.