HERBA

HERBA
SERINGAN

Thursday, January 27, 2011

Coretan

Agak lama tidak menulis di blog ni..Sibuk dengan tugas harian di rumah atau di pejabat.
Aku merasa amat berbangga dan bersyukur jadi anak Malaysia negaraku yang tercinta. Malaysia negaraku yang terbaik...Bulan lepas aku melancong dan menziarah saudara di Jakarta dan ke Bengkulu. Jika dibandingkan kedua negara ini Malaysia jauh lebih maju dan baik. Memang aku akui, di Jakarta dan Bengkulu harga barangan agak murah samada pakaian mahupun handphone, tapi dari segi lain mereka banyak kecacatannya. Di mana saja nak parking motorsikal mahu pun kereta dikenakan bayaran..Jika berhenti pam angin kereta pun kena bayar. Keluar dari pasar minggu, ada orang yang akan datang tolong angkatkan barang/beg ke kereta..dan mereka kemudiannya akan meminta bayaran. Kehidupan penduduk di sana agak susah. Ada yang menjual makanan, minuman kepada pemandu dan penumpang kenderaan, mencelah-celah dari kenderaan ke kenderaan lain. Banyak juga rumah di bina bawah jambatan dari kotak-kotak kayu..ditepi-tepi sungai..begitulah..Aku benar-benar bersyukur di lahirkan di Malaysia sebagai anak Malaysia. Ada di satu pekan di Indonesia, aku terasa amat pelik kerana untuk membeli tuala saja pun kena timbang dahulu seperti membeli ikan di pasar. Jadi anda yang tinggal di Malaysia patut bersyukur dengan negara anda..yang diberi macam-macam kemudahan.