As salam...Lamanya xupdate blog. Sampai nak buka pun dah lupa..Masa dah semakin berlalu banyak benda yag berlaku dalam hidupku..suka duka, asam garam hidup manusia..Cuma bila kedukaan melanda kita itu adalah ujian dari Allah. Memang berat untuk menghadapi saru ujian itu tapi setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.
Apa yg telah ku lalui pertengahan April amat memeritkanku...hanya aku bukan orang lain. ,Agak lama aku bekerja, inilah ujian paling perit aku lalui. Alhamdulillah semuanya telah berlalu. Hanya perlu bersabar dan terus bersabar, berdoa dan redha. Setelah melalui dugaan itu aku dikhabarkan dengan berita gembira yang membuatkan aku menangis kerana gembira apabila anak sulungku berjaya menjawat jawatan Jurutera di Petronas Cari Gali, KLCC. Alhamdulillah Ya Allah atas rezeki yang kau limpahkan untuk anakku untuk keluargaku., diikuti dengan keputusan cemerlang anakku dalam peperiksaan. Dan semalam kami baru saja membeli tapak rumah n sawah padi di kg. Insya'Allah ada rezeki, panjang usia, bila pencen kami akan balik kg dan menetap di sana.
Agak sedih juga negara yang aman ini dikotori dengan demontrasi atau perhimpunan yang merosakkan harta benda, kenderaan dan mencederakan orang serta memalukan di mata dunia. Ya Allah peliharalah negara kami ini agar sentiasa aman damai.
YanYatie
*NOTHING AND NOBODY CAN AFFECT ME IN ANY WAY*
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Welcome 2 my blog
Monday, April 30, 2012
Friday, March 16, 2012
Tonton Drama Melayu & Filem Melayu Online: Bicara Hati
Tonton Drama Melayu & Filem Melayu Online: Bicara Hati: E1 , E2 , E3 ( P1 , P2 , P3 ), E4 ( P1 , P2 , P3 ), E5 ( P1 , P2 , P3 ), E6 ( P1 , P2 , P3 ), E7 ( P1 , P2 , P3 ), E8 ( P1 , P2 , P3 ), E9 ...
Tuesday, February 7, 2012
11 Januari 2012 Ho Chin Minh
Esoknya seawal pagi kami pergi ke Cu Chi Tunnel, wah! Tempatnya yg sangat menarik..sebelum tu sepanjang perjalanan kami..kami melalui suasana jalan raya yg agak kelam kabut tapi jarang2 berlaku accident..saya dah tgk kat Jakarta tapi kat sini lagi merisaukan..kalau saya pasti tak berani nak tunggang basikal, motor mahu pun drive. Nak lintas jalan tu takut..tapi kata tour guide klu nk lintas jaln just angkat tangan ...jaln slow2 jgn berlari., pemandu akan bagi laluan betapa hebat dan berhemahnya pemandu di sini..tgk ye gambar yg saya ambil..beginilah suasana jaln..kat sini amat sukar nak jumpa lampu isyarat.
Cu Chi tunnel tempat tinggalan sejarah bagaimana komunis vietnam bersembunyi dan berperang dengan tentera Amerika yg menyerang mereka. O..saya mmg xpernah tengok tempat kediaman komunis..ya, mereka ni memang bijak. Dalam kawasan tunnel ada mcam2, ada bilik mesyuarat, bengkel buat senjata, bilik masak , byk perangkap..patutlah...mcmana mereka boleh survive dalam tempt mcm ni..Saya dan rakan2 masuk dlam tunnel ni sejauh 40M jer dah xtahan, kepanasan, genap, susah nak bernafas. Orang yg ada asma, tua memang xblh masuklah dalam tunnel ni. Lagi satu org yg berbadan besar pun xmuat nak masuk. Klu dah masuk tunnel kena jalan terus ke depan xboleh nak pusing belakang. tunnel muat untuk 1 org sekali msuk. Maksudnya xleh masuk beriringan, org ke2 akan ikut kat belakang. Jaga barang berharga klu dah jatuh confirn xkan jumpa dah. Dalam tunnel memang xbleh berdiri kena membongkok atau jalan itik. Wah! Sakit lutut, sakit belakang..nasib lepas 40M ada lubang untuk keluar, apa lagi bagi tau guide tu nak keluar xnak teruskan pembongkokan ke depan lagi. Sape nak cuba menembak pun ada tempat menembak..10x tembak kena bayar 60,000 dong kira2 RM10.
Lawatan terakhir kami dijamu ubi kayu rebus cecah sambal (kacang+gula+lada hitam).
Petang tu saya relax jer kat bilik. Kwn2 lain ada yg gi Ben Thaein..dan pergi museum. Tengahari tu kami lunch di D'Nyonya. Banyak2 restoran di sinilah masakan paling sedap . Ada ayam serai !
Thursday, January 19, 2012
Trip 2 vietnam part 2


- Lepas gi China Town kami gi butik Hong Ann(klu xsilap) dan Mai Collection..kata Tour guide tu..klu nak murah gi kat Mai tapi klu nak yg ada kualiti gi Hong Ann tapi mahal sikit dari Mai..gitu. Di sini aku cuma beli 1 blouse jer..tapi my boss tu kat foto tu..shopping sakan. Harga blouse lepas tawar-menawar dptlah dong 310,000.00. Lepas round kat mall kat situ..sini aku cuma beli handphne bag..RM6.00. Aku terpikat sesuatu kat luar mall ni..yup..yup..aku mmg penggemar herba dan mahir gak pasal herbs ni..tapi aku xprh lak tgk pokok setawar ada buah...My God! xcaye cuba tgk kat foto ni

- Lepas tu tgk jam dah 6pm..wow..dah gelap, kami gi dinner kat Restoran Melayu (Four season)
okelah...klu minat nak dengar aku babbler tunggulah part 3 lak..bye
Wednesday, January 18, 2012
Trip to Vietnam 9-12 januari 2012
2. satay house


Lamanya tidak berblog.Hari ini aku ingin mencoret sikit pengalaman di Vietnam. Tujuan ke Vietnam adalalh seminar 'Biomedical engineering" di samping lawatan sambal belajar dan meluaskan pemandangan ke negara orang. Ahli rombongan terdiri 11 0rang, 9orang menaiki MAS dan 2 orang Air Asia. Bila kata Vietnam difikiranku negara yg amat mundur dan penduduknya tidak berpelajaran (bukan semua). Itu tanggapanku sebelum menjejakkan kaki ke bumi Vietnam. Lokasi dituju Ho Chi Minh(Saigon nama lamanya).Alhamdulillah setelah menaiki kapal terbang lebih kurang 1 1/2 jam akhirnya kami tiba di Airport. Kami bertolak jam 5pm dan tiba 6.30pm hari sudah malam. rupanya Vietnam lewat 1 jam dari Malaysia bermakna 7.30pm waktu Malaysia. Setiba di Airport kami telah ditunggu oleh Tour Guide-Mr Kwang. Terus dibawa makan ke hotel halal 'Satay house'. Lihat foto di atas
3. 
4.
Ben Thein
Selepas makan kami dibawa ke hotel Kingston. Bertaraf 3 bintang. Pekerja hotel menyambut kami. Beg2 kami dihantar ke bilik. No bilik aku 1005, level 10. Tak ku sangka antara kami ramai2 hanya bilik aku saja yang 'executive room' yang lain 'guest room'. Betapa selesanya dengan kelengkapan dan layanan istimewa. Hanya aku dan anakku. Lihat fotonya
3. 
4.Malam itu, kami pergi night market..mcm2 ada jual..Wah! suprise..imagine...peniaga kat situ amat fasih berbahasa inggeris dan bahasa melayu! Jadi senanglah berurusan dengan diorg.currency US, RM dan dong diterima kat situ..Spoil, klu aku tahu xyahlah tukar ke dong. rupanya berurusan dengan RM lagi murah dari dong..imagine 1RM = dong 6,600.00
Nak beli telekung satu RM35.00 klu guna dong 245,000.00. Klu convert ke RM balik dah jadi RM37.00 tgk camne ruginya. Aku cuma beli 3 psg vietnam silk, 3 telekung dan 2 t-shirt. Hem ..terkena aku mlm ni..terkena harga mahal..tapi xpelah.
Esok pagi sebahagiannya pergi universiti Ho Chi Minh. Aku, anakku dan Asmara pergi ke Ben Thein . kat sini org kata macam bukit kayu hitam/rantau panjang..syurga beli-belah. Yup..mmg rambang mata..Tapi aku xde nak beli..cuma beli jersey Adidas dan kemeja utk my hubby. Tapi my freind, Asmara beli byak gak..kain ela, vietnam silk. Tengahari kami lunch kat D'Nyonya restaurant n then solat kat masjid. Di belakang masjid terdapat tempat org membuat telekung, jubah, baju kurung sulam dan ada juga vietnam silk. Di sini lebih murah dari night market dan Ben Thein. Seperti biasa urusniaga dlm currency RM lebih murah dari dong...mcmana yek aku dah ada wang dong. So sedaya upaya aku menawar kat tokehnya sendiri..sehingga RM30.00 sepasang telekung (dong 200,000.00)
)





masjid
Ben Thein
Ok..nanti citer lagi...to be continued
Subscribe to:
Posts (Atom)

