HERBA

HERBA
SERINGAN

Sunday, November 20, 2016

Coretan sepanjang 2016
Lamanya tak bersiaran.. Pelbagai suka duka dilalui sepanjang tahun 2016. Bermula dengan kedua anak perempuan di sunting, pernikahan, resepsi dan kejayaan kedua anak perempuan mendapat ijazah dan masternya di universiti. Hujung tahun 2015 anak ke 3ku telah dirisik. Kami menerima kerana itu jodaohnya dan mereka telah kenal lama antara satu sama lain sejak di zaman persekolahnnya hingga ke universiti. Perjanjian dibuat pertunangan selama 1 tahun. 2 bulan berselang kakaknya pula dirisik. Pada awalnya majlis resepsi akan dibuat bersama dengan tarikh nikah yang berbeza. Bila sudah dipersetujui maka saya mula mencari tempat dimana majlis akan dijalankan. Tetapi disebabkan ada perkara yang tidak dapat dielakan maka majlis  resepsi dipisahkan antara kakak dengan adek. So kakak bernikah pada 2 Mei 2016 di masjid UPM dan majlis resepsinya dijalankan di Muzium Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden, UPM pada 28 ogos 2016. Dengan package RM20,000.00, majlis dijalankan dengan meriah dan ramai jemputan yang hadir. Alhamdulillah. 16 September juga hari Malaysia adalah hari pernikahan anak perempuan bongsu saya di Masjid Neger, Shah Alam.

24 September, berita sedih apabila pak njangnya menghembuskan nafas terakhir di hospital Selayang dengan berbaki lagi 1 bulan majlis perkahwinan anak perempuan bongsunya. Maka majlis dianjak lewat sebulan ke belakang dari tarikh asal. Kemudian diikuti oleh berita sedih, sebelum berita gembira apabila kedua anak perempuan di anugerahkan dengan Master Sains, UPM 24 Oktober serta adeknya Ijazah Sarjana Muda dengan Anugerah Naib Canselor dari UiTM, Shah Alam 25 Oktober . Dan 26 November pula majlis resepsi puteri bongsu saya di Dewan Banquet, UPM>

No comments:

Post a Comment