HERBA

HERBA
SERINGAN

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan

Esok 1 ramadhan ..dan esok juga birthday anakku yang kedua yang kini menuntut di USA. Bagi menyambut puasa aku menyediakan persiapan untuk anak2 dan hubbyku. Rendang bengkulu yang baru saja aku dapatkan resepinya dari mak cik ruhana, melalui perbualan skype petang tadi..Lebih kurang sama dengan yang ibu ajarkan cuma ada tambahan daun salam. Tidak lupa juga aku memasak sambal kuas yang sangat digemari oleh arwah ibuku. Setiap kali bulan puasa ibu tidak pernah lupa masak sambal ini, kerana sambal itu tahan lama dan boleh membuang angin dalam badan. Ramadhan terakhir sebelum ini menemui yang Maha Esa ibu meminta aku memasak sambal kuas ini. Ya ..aku masak sambal ini. Dan aku meneruskan makanan kegemaran ibuku, memasak sambal ini setiap bulan ramadhan. Suami dan anak2 juga gemarkan sambal ini

Saturday, July 30, 2011

Investment in old age

Terima kepada UPM kerana memberi kursus persediaan sebelum pencen kepada stafnya. Persedaan paling baik adalah lebih dari 10 years before retire. Aku salah seorang terpilih mengikuti kursus bersiri ini, 27 julai adalah siri yang ke 4. siri terakhir dijangka by september. Selain dibei pengetahuan aku dapat berkenalan dan merapatkan diri dengan rakan2 lama daari pelbagai fakulti dan jabatan dalam UPM. Aku dalam group pegawai pengurusan dan professional..so.kursus kami lebih pada presentation. Penceramah yang dijemput memang power2. Bermula dengan siri pertama..merancang ekonomi diikuti kesihatan, perhubungan dan keseimbangan. Aku dan rakan2 memang happy giller. Penceramah pun macam rakan kepada kami..Mereka sangat friendly..banyak info yang kami dapat. Tahu apa nak buat bila pencen nanti, diharap persaraan nanti persaraan sihat, persaraan positif, persaran aktif...alahai sleepylah pulak...tidoq dululah...