HERBA

HERBA
SERINGAN

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan

Esok 1 ramadhan ..dan esok juga birthday anakku yang kedua yang kini menuntut di USA. Bagi menyambut puasa aku menyediakan persiapan untuk anak2 dan hubbyku. Rendang bengkulu yang baru saja aku dapatkan resepinya dari mak cik ruhana, melalui perbualan skype petang tadi..Lebih kurang sama dengan yang ibu ajarkan cuma ada tambahan daun salam. Tidak lupa juga aku memasak sambal kuas yang sangat digemari oleh arwah ibuku. Setiap kali bulan puasa ibu tidak pernah lupa masak sambal ini, kerana sambal itu tahan lama dan boleh membuang angin dalam badan. Ramadhan terakhir sebelum ini menemui yang Maha Esa ibu meminta aku memasak sambal kuas ini. Ya ..aku masak sambal ini. Dan aku meneruskan makanan kegemaran ibuku, memasak sambal ini setiap bulan ramadhan. Suami dan anak2 juga gemarkan sambal ini

3 comments:

  1. Kalau la ibu bole post ke sini...

    ReplyDelete
  2. ibu, akak dah tukar blog address
    orangeismyname.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. sambal ni tak bolehlah tahan sampai 2 minggu kat luar. post laju ke US ambil masa 2 minggu

    ReplyDelete