HERBA

HERBA
SERINGAN

Thursday, September 22, 2011

Bercuti di Pasir Salak
menonton movie di bilik
menjala di sungai perak
kawasan challet
16 september aku n family bercuti ke Pasir Salak Resort..Kedengaran tempat ini sangat menarik serta mempunyai kesan sejarah, pembunuhan J.W.W Birch oleh Dato' Maharaja Lela dan 3 orang rakannya. Aku bayangkan tempat yang menarik dan dalam suasana desa yang moden. Mungkin 2 tahun yang lepas memang tempat ini cantik sesuai untuk berehat, bersantai bersama family dengan menghirup udara yang nyaman. Agak jauh juga kediaman ini dari Pekan Seri Iskandar(Tronoh). Apa yang aku dapati dia tidaklah seperti yang aku bayangkan..Tapi Alhamdulillah boleh juga untuk berehat kerana jauh dari bunyi bising. Challet agak sempurna tapi tiada fridge, walaupun kaya dengan aircond. Juga tiada dapur mahupun pinggan mangkuk. Ada disediakan tempat makan. Percuma untuk 2 orang hanya untuk sarapan pagi sahaja. Bagi makan tengahari, petang atau pun malam dikenakan bayaran. Bagi kami yang terdiri dari 5 orang lebih selesa untuk masak atau makan diluar. Kelemahan di sini jauh dari pekan/kedai runcit untuk membeli keperluan asas. Ada terdapat orang menjual makanan seperti keropok lekor, laksa , makanan ringan dan sedikit keperluan asas di luar kawasan penginapan kami. Jadi dapat juga kami makan jajan disebelah malam.Satu lagi perkara yang amat menyukarkan tiada ATM machine yang boleh menerima ATM card di pekan Pasir Salak. Kami terpaksa memandu hingga ke pekan Seri Iskandar bagi membolehkan kami mengeluarkan wang menggunakan kad ATM maybank. WIFI ada disediakan tapi hanya boleh access di sekitar kawasan pendaftaran masuk (pejabat). Challet kami agak jauh dari pejabat jadi kalau nak access internet terpaksalah datang ke kawasan berhampiran office. Padang permainan tidak diselenggara dengan baik, rosak..dengan rumputnya yang panjang..Aku berasa alangkah sayang tempat yang amat menarik dan cantik ini tidak diselenggara dengan baik.. Di sini ada juga tempat seminar/dewan..mungkin boleh diadakan hari keluarga, seminar atau bengkel. Yang menarik perhatian kanak2 di sini adalah kolam renang. Bagi mereka yang suka memancing, menjala ikan boleh datang ke sini. Challet ini memang betul2 tepi sungai Perak. Itulah yang menarik dan menghiburkan hati aku. Aku memang sukakan sungai. Aku sangat berharap suatu hari nanti tempat ini disenggara dengan baik terutama padang permainan dan jambatan di tepi sungai itu, supaya ada tempat untuk kanak2 bermain dan bersukan. Dan pastinya nanti lagi ramai institusi, jabatan yang datang untuk mengadakan seminar , family day .Muzium terowong betul2 bersebelahan penginapan ini, bayaran masuk dewasa RM4.00 dan kanak-kanak RM2.00. Muzium ok mencerita sejarah Perak dan lain-lain yang berkaitan. Buku sejarah negeri, kesultanan dll ada jugadijual di sini , bukunya agak murah. Aku ingin datang kembali ke sini kerana aku sangat sukakan suasana challet ini, suasana desa, agak sunyi dan tepi sungai..ikut suami memancing....Dan kami sudah tahu apa yang di bawa bila berkunjung ke sini lagi.
sekitar challet (di depan challet tu sungai)

Sunday, September 11, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2011


Selamat hari Raya Aidil Fitri...Tahun ni tahun kedua kami beraya tanpa anakku Nur Faseeha(Ayuni). Tahun ini aku tidak pulang beraya di kg halamanmu, kg Paya Lebar. Cuma pulang beraya di kg ibu mertuaku, Kota Kuala Muda Kedah...Memang terasa rindu beraya bersama adek beradekku..abang, kakak dan adek serta anak2 sedaraku(nakan), Apa kan daya..Anak2 ku pula sangat busy kerana habis cuti raya ada exam.Mohon maaf abang2, kakak dan adek kerana tidak dapat bersama. Tidak mengapa, tidak semestinya hari raya saja kita boleh berjumpa..I love all of u my sibling..Tidak juga dapat menziarahi pusara ibubapaku, nenek/datuk..hanya doa yang mampu ku hadiahkan, semoga rohmu dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang2 yg beriman...Beraya bersama keluarga suami memang tidak sama beraya bersama keluarga sendiri..Tapi di sini kami masih ada ibu, selagi ada ibu the best kenalah beraya bersama ibu..Kena ingat bayangkan diri kita di tempat ibu tua itu..Bagaimanakah perasaannya bila anak2 tidak pulang beraya bersamanya?Aku amat memahami perasaan itu keana aku sudah ada anak walaupun anak2 belum berkahwin lagi. Aku dapat rasakan bagaimana anak tidak beraya bersamaku..Tapi aku bersyukur kerana anakku tidak beraya bersamaku kerana menuntut ilmu demi masa depannya..Doa ibu sering mengiringi anak2ku..amin.