HERBA

HERBA
SERINGAN

Sunday, December 23, 2012

Selamat Datang 2013 n selamat tinggal 2012

Hari ini 24 Dec 2012, hanya beberapa hari saja akan meninggalkan tahun 2012. Banyak kenangan indah n tidak kurang juga yang menyedihkan. Aku tindak mahu menyentuh cerita duka. Untuk menyambuat kehadiran tahun baru ini lebih baik menyentuh pengalaman indah. Tahun ini dikira banyak juga aku dan family bercuti bermula di Vietnam dan berakhir di kg Kedah. Dan banyak juga kisah kejayaan anak2ku dalam pelajaran mereka juga pekerjaan. Bermula bulan Mei, dimana anak sulungku ditawarkan pekerjaan sebagai Engineer di Petronas, kemudiannya Konvokesyennya di UTP. Diikuti kejayaan anakku mendapatkan CGPA yang tinggi menghampiri 4.0, kecemerlangan anakku di USA juga anak bongsuku di SJKC dan sekolah KAFA. Akhir sekali keputusan diluar jangkaanku apabila keputusan PMR diumum pada 19 Dec 2012, sekali berita gembira yang kami terima apabila anak keempatku mencapai keputusan cemerlang peperiksaan tersebut. Alhamdulillah dan bersyukur ke atas Ilahi kerana nikmat yang diperolehi datangnya dariNya. Terima kasih Allah atas kurniaanMu.
Bercuti ke Singapura, bercuti di Perak mengujungi Kellie's Castle dan Menara Condong di Telok Intan. Banyak juga tinggalan yang menarik terdapat di Perak, apatah lagi di Malaysia. Dan buat pertama kalinya kami bercuti lama di kg Kedah. Banyak yang menarik terdapat di sana. Semoga tahun2 mendatang akan menambahkan kejayaan dan keindahan, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan dan dipanjang umur, Insya'Allah dengan usaha dan doa berterusan akan di makbulkan Allah. Aamiin. :)