HERBA

HERBA
SERINGAN

Thursday, April 28, 2011

KPLSPM INTERVIEW

Beginilah rupa budak2 tu..byk persoalan?



20 APRIL 2011
Se awal pagi dah bangun siapkan sarapan, selain Fahmi yg mesti sampai before 7am kat SJKC, nak hantar anak gi interview kat IPG, Ilmu Khas, Cheras.Jam 7am bertolak dari rumah..takut jalan jam. Sampai lokasi interview jam 7.20am..ha..ha..kira oklah tu..tapi kenapa lengang jer..adlah dalam 4 keluarga sampai..xlama tu barulah lama. First interview yg aku tgk org xramai..ternyata pemilihan perguruan ini terlalu berhati2, itu pasal peserta interview tidak ramai..brp org yg depa nak ambil yek? Aku tgk yg hadir semua pakat smart belaka..ada tie.., name tag , blazer..pwit....bersemangat betul, klu kat UiTM marin adui..ada pakai selipar..rambut panjang...mcm2 kerenah budak2 ni..
Aku yg menunggu perut dah mula berkeroncong sbb blm breakfast..kepala dah pening, panas.letih berdiri duduk..letih duduk berdiri..suami plak pergi balik rumah ambil gambar passport anak..katanya nak 4 keping, alih2 xpakai pun gambar tu..Ni dijadikan cerita boleh kat form peribadi tu xditamapl gambar..aku lak lupa nak gi tau..nasiblah gambar sekeping ada tuk ditampal kat form tu..itu pun ambil gambar dari sijil taekwan do..hai..budak2 gi interview cam tu lar..Terima kasih kat peserta lain yg ada bawa gam.Tapi aku tenang jer camnilah rupa aku...
tapi bila balik rumah adui..kepala sakit berdenyut..angin dah masuk badan..btw aku berdoa, semoga anakku berjaya dalam interview itu..amin...

Saturday, April 23, 2011

Interview

16 April...
Seawal pagi dah bangun siapkan breakfast, anak nak gi interview kat UiTM bagi kursus Art and Design. Pukul 7.30am bertolak. Jalan agak ok. Tiba di UiTM pukul 8.15 lebih kurang. Masa interview dijangka 9.00 am. Parking punyalah jauh dari Fakulti Seni Lukis dan seni reka ni..UiTM, Parking memang kurang. Tiba di lokasi ramainya orang..berasak2 semak nama kat papan putih. Bila semak.semua peserta temuduga ada 826 orang ni baru kat Shah Alam belum tempat lain lagi.Hampir 12.00pm barulah segalanya selesai. Next interview 20 April di IPG, Ilmu Khas, Cheras

Wednesday, April 13, 2011

Sudah Lama Tak berblog

Wah...lamanya tidak berblog..bukan ape..tersangatlah sibuknya.selepas result SPM anak keluar sampai hari ini sibuk..Sibuk menguruskan anak memohon masuk UPU,IPG dan lain2.Keputusan cemerlang juga..Tahniah buat anakku..walaupun sebelum ini dia sering mengatakan susah..tetapi dia tetap dapat A dalam subjek yang sukar itu. Pagi 12 April aku cuba check permohonan anak untuk pengambilan guru lepasan SPM..tapi tidak berjaya..aku rasa agak kecewa tapi tak apalah..Sebaliknya dia dipanggil interview untuk UiTM - Art and Design..Dia kelihatan gembira..Hari ini 13 April aku terfikir nak berblog. Bila aku buka blog..blog yang aku follow e-putra..mempaparkan..sekian hari menunggu akhirnya jam 10.30 pm (12 April) baru keputusan panggilan temuduga KPlSPM keluar. aku terfikir untuk check semula.sebab ari tu aku check sebelah pagi mungkin ada kesilapan..Yes..aku terkejut..TAHNIAH anda berjaya untuk ditemuduga. Berjaya untuk ditemuduga bagi perguruan cemerlang ke luar negara. Alhamdulillah sekurang2nya sudah melangkah setapak ke hadapan. Semoga berjaya! Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang semoga anakku berjaya dalam temuduga ini, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar rayuan doa hambamu...Amin..