HERBA

HERBA
SERINGAN

Wednesday, April 13, 2011

Sudah Lama Tak berblog

Wah...lamanya tidak berblog..bukan ape..tersangatlah sibuknya.selepas result SPM anak keluar sampai hari ini sibuk..Sibuk menguruskan anak memohon masuk UPU,IPG dan lain2.Keputusan cemerlang juga..Tahniah buat anakku..walaupun sebelum ini dia sering mengatakan susah..tetapi dia tetap dapat A dalam subjek yang sukar itu. Pagi 12 April aku cuba check permohonan anak untuk pengambilan guru lepasan SPM..tapi tidak berjaya..aku rasa agak kecewa tapi tak apalah..Sebaliknya dia dipanggil interview untuk UiTM - Art and Design..Dia kelihatan gembira..Hari ini 13 April aku terfikir nak berblog. Bila aku buka blog..blog yang aku follow e-putra..mempaparkan..sekian hari menunggu akhirnya jam 10.30 pm (12 April) baru keputusan panggilan temuduga KPlSPM keluar. aku terfikir untuk check semula.sebab ari tu aku check sebelah pagi mungkin ada kesilapan..Yes..aku terkejut..TAHNIAH anda berjaya untuk ditemuduga. Berjaya untuk ditemuduga bagi perguruan cemerlang ke luar negara. Alhamdulillah sekurang2nya sudah melangkah setapak ke hadapan. Semoga berjaya! Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang semoga anakku berjaya dalam temuduga ini, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar rayuan doa hambamu...Amin..

1 comment: