HERBA

HERBA
SERINGAN

Monday, December 14, 2009

Cuti yang penuh kenangan

Jumaat 11 Disember, daftar anak belajar guitar, pastu ni gi South City Plaza beli baju sekolah dan keperluan lain. Penat juga, pas tu hantar anak gi tusyen.
Sabtu 12 Disember, ada panggilan dari Do Zam, "nga diye balik kapung, anak cik yah ngan anak wan soib kawin. Itan tupah darah, beranak kat umah, ade kat pusrawi. gi surang naik ambulan, kami balik kapung, nga buli diye jingok"Jadi tanyalah ngan wo ani untuk pengesahan. Jadi Kak Chik fikir, kak chik cuma ada sorang je adik, emak ayah dah tak de. Kak Chik pilih untuk ambil berat kat adik. Adik kak chik ini anak bongsu dah ada anak 7 orang masuk baru lahir ni 8 orang.Umur anak antara 2-15 tahun. Kesian sorang -sorang kat wad. Suami uruskan anak kat rumah. So, kak chik datang dengan suami dan anak-anak bawa makanan dan sembang panjang.Adik ni bersalin sorang-sorang kat rumah, anak-anak kelam kabut panggil jiran, tapi jiran pun tak tahu nak buat apa. Jadi adik bangun sendiri telentangkan anak. Suami cal ambulan, 15 minit baru ambulan sampai. Uri keluar sendiri. Pengalaman yang sungguh menakutkan. Adik dibawa ke hospital pusrawi, KL. Baby perempuan belum ada nama. comel berat 2.86kg. Bila Kak Chik nak balik je.. baby tu menangis. So, Kak Chik angkat dan dodoi, dah tidur kak chik letak dalam tempat baby, eh.. bantal tak de, kepala baby rendah dari badan. kak chik bedungkan elok-elok iringkan sikit alas ngan towel baby pun lena, kak chik minta diri. Adik kata susu badan tak de lagi.
Ahad 13 Disember
Pagi lagi dah masakan lauk untuk adik. sop ayam dan ikan bilis lada hitam. Gi pusrawi dengan suami dan anak-anak. Sampai je adik ada dengan anak no.3 tapi baby tak de, adik kata baby ada kat nursery nurse yang jaga. Oh.. senang ya bersalin kat hospital swasta, anak nurse jaga. Kak chik dulu sakit-sakit anak sendirilah yang jaga (hospital kerajaan) sembang dengan adik je.. balik awal sebab nak gi kenduri kahwin.
Isnin 14 Disember
Dah siap nak gi kerja, tiba-tiba dapat call dari Do Zam, anak Intan(adik) meninggal. Rasa terketar-ketar mendengar berita baru je 3 hari dilahirkan dah pergi. Walhal Dr sahkan anak sihat sebelum ni. Adik kata baby bersama adik sampai 12 malam. Lepas tu nurse ambil (jaga).Nurse kata 4.00 pagi tengok baby dah biru cuba beri CPR. Pukul 7.00am baru inform kat adik baby dah tak ade. Dr. kata terdapat susu di dalam paru-paru baby, sedangkan adik tidak susu kan baby sebab susu badan tidak ada. Siapa bagi susu?Nurse bagi lepas ambil baby dari adik. Nurse kata masa tidurkan baby, baby ok je.. Ade ke bagi susu kat baby guna syringe?
Dengar memang geram..kalau kak chik ada kat situ ....memang kena bahasa lah... macam mana ye.. nampaknya eloklah hospital kerajaan dari swasta, Dulu anak kak chik yang sulung lahir tak cukup bulan. Nurse juga jaga (incubator) tapi anak alhamdulillah dijaga baik. Ok pastu Dr kata kalau tak puas hati boleh buat post mortem. Tak payahlah buat sakitkan arwah je.Ia tak kan mengembalikan nyawa baby tu. Manusia memang tak lepas dari melakukan kesilapan.Redha je lah kalau itulah takdirnya. Kita memang sayangkan baby tapi Allah lebih sayangkan nya. Pada adik kak chik tenangkan,banyak bersabar jangan ikutkan perasaan, jaga kesihatan diri tiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Baby yang pergi akan membantu ibubapanya akhirat nanti. Baby dikebumikan kat perkuburan islam dewan bandaraya KL. Al fatihah buat arwah.

Wednesday, December 9, 2009

9 disember

sibuk kat lab. kene update files. freeze dryer ok, next week kene ganti vacuum oil. Ada banyak sampel nak run. Ada pembantu selalu sangat cuti, tapi dah nak cuti nak buat cam ne kan. Esok ada kursus guna peralatan baru sampai. kat rumah kang ni dah mula sibuk nak check buku anak, nak beli baju sekolah, kasut dan lain-lain. Cuti sekolah ni terasa cepat sangat berlalu. Ada anak-anak kat rumah seronok, rasa macam penuh satu rumah. Tapi anak yang tinggal kat asrama ni bila balik suka sangat berkurung kat dalam bilik. Masing-masing ada lap top kan. Kurang bersembang dengan family. Hari dah petang ni nak masak untuk makan malam. bye bye

Friday, December 4, 2009

Hari Ahad

5 disember 09
malam tadi makan buah berangan besar, pagi ni dah 5 x buang air besar. sakit perutlah. Jiran sebelah buat kenduri kahwin, kene pi lah. Depa guna catering. Anak-anak no.1,3 dan 4 asyik tidoq je agaknya dek dengaq lagu dari rumah kenduri kahwin tu..Apa pun belajaq janganlah lupa ye.. SPM next year. No.2 ada test. Ok ibu doakan successlah, malam ni tentu menyeronokkan ada orang nak treat steam boat. No. 5 bangun awal, seronok ada kenduri pastu nak gi wusyu.
ngantuk laq dah kul 12.15 kena siap gi kenduri. Kesian kat Ogi sakit, pada no'4 tu kalau nak bela kucing kenalah take care ya

Thursday, December 3, 2009

Kerja lepas Holiday

3 disember 09
Baru je abih cuti seminggu ni. Rasa penat nak pi keje. Tapi kene pi gak kalau tak keje jadi bertimbunlah. Sat ni baru abeh meeting aset. Ingatkan dah settle rupenya ada 1 item lagi. Abeh meeting terus gi check 15 aset kat 6 lab. Hu.. kene gak check kat bilik pensyarah. Ok semua ade cume satu je student gune kat 'U' lain. Kak Chik ni memang busy kat tempat kerja selain uruskan pengurusan lab, ISO, aset, students (under grad. n post grad.) dan kene gak tengok-tengok std buat 'attachment' dari Kolej Mara Kuala Nerang. Kat lab ada banyak mice, utk kajian students lah. Ni lagi satu kene buat Fail Meja pulak. Tapi sibuk mana pun keje Kak Chik tetap "HAPPY". Kat rumah pun keje tak pernah abeh tapi cuti ni ringan sikit sebab tak perlu nak urus anak sekolah, tak perlu risau sangat pasal belajar cuma pantau sikit-sikit. Cuti ni depa pun nak ringankan otak no..
Kat rumah sekarang anak-anak semua ada yang sulung belajar kat Universiti Teknologi Petronas pun ada jadi tak risau sangat sebab dia rajin masak untuk adek-adek, tapi petang dengan hobbynya di gym.Yang no.2 tu..cuti ni keje nak simpan duit sambung belajar kat USA. No.3 ni kat umahlah, dialah yang create blog ni kene belajar lebih nak SPM. No.4, sibuk main game kot. Yang bongsu rajin buat homework, sekolah cina kan. bila marah keluarlah bahasa cinanya.