HERBA

HERBA
SERINGAN

Monday, April 30, 2012

Suka duka

As salam...Lamanya xupdate blog. Sampai nak buka pun dah lupa..Masa dah semakin berlalu banyak benda yag berlaku dalam hidupku..suka duka, asam garam hidup manusia..Cuma bila kedukaan melanda kita itu adalah ujian dari Allah. Memang berat untuk menghadapi saru ujian itu tapi setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.

Apa yg telah ku lalui pertengahan April amat memeritkanku...hanya aku bukan orang lain. ,Agak lama aku bekerja, inilah ujian paling perit aku lalui. Alhamdulillah semuanya telah berlalu. Hanya perlu bersabar dan terus bersabar, berdoa dan redha. Setelah melalui dugaan itu aku dikhabarkan dengan berita gembira yang membuatkan aku menangis kerana gembira apabila anak sulungku berjaya menjawat jawatan Jurutera di Petronas Cari Gali, KLCC. Alhamdulillah Ya Allah atas rezeki yang kau limpahkan untuk anakku untuk keluargaku., diikuti dengan keputusan cemerlang anakku dalam peperiksaan. Dan semalam kami baru saja membeli tapak rumah n sawah padi di kg. Insya'Allah ada rezeki, panjang usia, bila pencen kami akan balik kg dan menetap di sana.

Agak sedih juga negara yang aman ini dikotori dengan demontrasi atau perhimpunan yang merosakkan harta benda, kenderaan dan mencederakan orang serta memalukan di mata dunia. Ya Allah peliharalah negara kami ini agar sentiasa aman damai.