HERBA

HERBA
SERINGAN

Tuesday, August 9, 2011

Salam Aidilfitri berita harian 6 ogos 2011



Hari Sabtu kami memang tak beli paper sbb xkeluar rumah pun. Tak tau pulak hari itu tersiar gambar anak dalam Salam perantau..Salam Aidilfitri berita harian. Aku dapat tahu pun pada hari Isnin bila rakan sekerja beritahu aku tentang perkara itu..Mana nak cari news paper sabtu ni..tanya member semua xbeli. Nasib baik kawan sekerja aku tu tak buang lagi..ha..dialah yang bawa ke pejabat. Inilah gambarnya..sama dengan yang tersiar dalam utusan malaysia..tapi yang ini kecil sikit. Rasa bangga apabila melihat anak, bagi pengubat rindu..

Sunday, August 7, 2011

Salam Perantau Berita Harian online

http://klikkhas.bharian.com.my/salamaidilfitri/Foto2/salam090?display=small
SELAMAT menyambut Ramadan Al-Mubarak dan Salam Aidilfitri kepada ibu bapa, Suhaimi Hasan dan Normayati Sulaiman serta adik-beradik di Seri Kembangan, Selangor. Tidak lupa kepada sanak-saudara, guru di SK Serdang, SAR Raudhatul Ilmi, SMK Seri Serdang, Kolej Tunku Kurshiah, INTEC, rakan-rakan dan penaja JPA di Malaysia. Maaf zahir dan batin daripada Nur Faseeha Suhaimi, Rochester Institute of Technology, New York, Amerika Syarikat.

Thursday, August 4, 2011

SALAM PERANTAU UTUSAN MALAYSIA


1 OGOS birthday anakku Ayuni yang mengikuti pengajian di Amerika Syarikat. Tahun ini tahun kedua anakku tidak berhari raya bersama keluarga di Malaysia. Apapun aku tetap membeli baju raya, tudung dan keperluan lain termasuk dodol dan serunding untuknya. 1 ogos anakku dan rakan2nya yang mengikuti pengajian di RIT menghantar gambar di Utusan Malaysia bagi ruangan Salam Perantau..Rasa bangga melihat anak dan rakan2nya. Walaupun dihati kecilku terasa amat rindu kepadanya. Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Anak dikandung 9 bulan dan dibesarkan dari tapak kaki sebesar dua jari hingga besar seperti sekarang. Hari ini sekali lagi Salam Perantau utusan Malaysia RTM menyiarkan lagi gambar anakku di New York City secara individu..So sweet! Tengoklah gambar yang aku scan dari News paper ini.


Monday, August 1, 2011

Ramadhan

Permulaan puasa tdur pukul 12.00 pukul 5.00am dah bangun..Imsak lambat bolehlah bangun lewat sikit..5.15am semua dah ready..tinggal gerakan anak2 n hubby. Pagi ni simple jer..rendang daging, tom yam , sambal kuas. Air horlic. Petang ni nak buat kerabu sotong..ayam masak sambal. Bulan puasa ni balik awal 4.30 pm..sempatlah untk menyiapkan juadah puasa. Bulan Ramadhan ni rasanya ada banyak masa waktu siang sebab masa minum dan makan tengahari tidak digunakan seperti biasa. Masa ni lah kalau nak beramal, membaca quran atau yaasin. Malam agak padat lepas berbuka akan pergi sembahyang tarawih. Tidur kena awal kerana bangun awal untuk sahur. Persiapan untuk baju raya semua sudah ok.Yang belum lagi nak hantar parcel kepada anak di luar negara.Hari ini bila dah beli ikan bilis bolehlah post.