HERBA

HERBA
SERINGAN

Friday, January 29, 2010

Mula join UpM
Hari 1 dtg keje kayuh gerek, pi cari opis xjumpe sampai kul 10am. Sempat balik rumah lagi.Pi blk jumpa 1 staf namanya Meree, dialah bawa kat opis.Pi jumpa boss, oo..yg interbiew saya tu..namanya Dr. Abu Bakar, la ni dah Prof. Dato', orang besar kat UpM. Rasa pelik nape ramai sgt Dr. tapi xde mcm klinik.Oo..rupenya Dr. PHD. Kite baru lepas sekolah dtg dari kg mana tau semua tu kan. Masuk lab lagilah pelik, eh..apa ni alat xpernah tgk fridge pun ada ingatkan ada ice cream, lain lak dlmnya. Syok gak keje kat sini buat research pakai lab.coat. Tanam cendawan, slama ni xtau pun cendawan blh ditanam. Jumpa ramai org. org putih, jepun mcm2 org ada. Hah.. nnt saya tunjukkan gambar masa baru keje. Tapi 16 1/2 tahun je keje kat sini.

Thursday, January 14, 2010

Kenangan silam

Mengimbau kembali sejarah silam sesuatu yang menjadikan aku happy, ada juga yang duka. Tapi aku lebih suka kisah-kisah lucu dan manis. Aku mula melangkah ke UPM ni ketika berusia 12 tahun kira-kira 33 tahun yang lepas. Aku mengikut abang yang bekerja di Fakulti Veterinar, bagaimana ayam telor di tempatkan dan bagaimana telor ayam digredkan. UPM dulu amat jauh berbeza dari sekarang ini. Rata-rata orang bekerja naik basikal, ada juga jalan kaki. Terlalu sukar melihat yang datang dengan kereta. 8 tahun kemudian aku pula diterima bekerja di Jabatan Biokimia dan Mikrobiologi, ketika itu jabatan ini di bawah Fakulti Sains dan Peng. Alam Sekitar. Yang sebenarnya aku langsung tidak menduga utk bekerja di sini pada masa itu kerana cita2 aku nak jadi Nurse. Bukan xberjaya, aku ditawarkan mengikuti latihan Jururawat(nurse) di Hospital Ipoh. Masa itu Nurse menjalani latihan di hospital2 besar bukan mcm skg ada kat Kolej, Inst. atau U. Aku sgt gembira, aku telah bernazar dan tunaikan nazar tersebut. Tapi aku terpaksa menolak tawaran itu kerna dlm masa yang sama aku dpt tawaran bekerja kat UPM. Emak tidak membenarkan aku meneruskan cita2 aku dan disokong kuat oleh abang. Ya.. aku memang amat-amat sedih tapi apa kan daya.. aku anak yang memang akan mendengar kata ibu.
Maknanya rezeki aku bkn kat situ. Itu dulu.. ok. pasni bila free tulis lain.

Wednesday, January 6, 2010

First day

4 jan 10 Bermula hari persekolahan anak-anak. Semalam 2 orang anak K.Ngah dan K.Lang pulang ke asrama , INTEC Shah Alam dan MRSM Muar. Ari ni awal pagi dah mendaftar SAR untuk Fahmi, petang hantar ke sekolah SJKC Serdang Baru 2. Memang agak sibuk gak ari. Tengok tahun 1 dekat SJKC ni ramai gak. Tahun 2 dari kelas A-M. Baiklah Aiman mendaftar 30 Disember. Tapi dari kul 8.00am sampai 1.30 pm baru abis. Tingkatan 1 je ada 18 kelas. Agak lega sikit dua-dua depa ni sekolah petang. Lagi pun abang Caq depa dok ada lagi, klu dah balik ke UTP nanti kenalah uruskan sendiri. Abang Caqlah dok hantaq depa sekolah. SJKC ni memang banyak home work, kesian budak-budak ni sepanjang hari gi sekolah mlm pula ada home work. Kat Universiti pun tak kurang, kelas dah bermula jadi bertambah busylah. Tapi terima kasihlah pada Ustazah Sumimi dan suami kerana sudi uruskan Fahmi, dari pulang dari sekolah agama, makan tengahari dan menghantar ke sekolah SJKC sebelum ini(Tahun lepas) dan akan datang(bila abang Caqnya pulang keUTP)