HERBA

HERBA
SERINGAN

Thursday, January 14, 2010

Kenangan silam

Mengimbau kembali sejarah silam sesuatu yang menjadikan aku happy, ada juga yang duka. Tapi aku lebih suka kisah-kisah lucu dan manis. Aku mula melangkah ke UPM ni ketika berusia 12 tahun kira-kira 33 tahun yang lepas. Aku mengikut abang yang bekerja di Fakulti Veterinar, bagaimana ayam telor di tempatkan dan bagaimana telor ayam digredkan. UPM dulu amat jauh berbeza dari sekarang ini. Rata-rata orang bekerja naik basikal, ada juga jalan kaki. Terlalu sukar melihat yang datang dengan kereta. 8 tahun kemudian aku pula diterima bekerja di Jabatan Biokimia dan Mikrobiologi, ketika itu jabatan ini di bawah Fakulti Sains dan Peng. Alam Sekitar. Yang sebenarnya aku langsung tidak menduga utk bekerja di sini pada masa itu kerana cita2 aku nak jadi Nurse. Bukan xberjaya, aku ditawarkan mengikuti latihan Jururawat(nurse) di Hospital Ipoh. Masa itu Nurse menjalani latihan di hospital2 besar bukan mcm skg ada kat Kolej, Inst. atau U. Aku sgt gembira, aku telah bernazar dan tunaikan nazar tersebut. Tapi aku terpaksa menolak tawaran itu kerna dlm masa yang sama aku dpt tawaran bekerja kat UPM. Emak tidak membenarkan aku meneruskan cita2 aku dan disokong kuat oleh abang. Ya.. aku memang amat-amat sedih tapi apa kan daya.. aku anak yang memang akan mendengar kata ibu.
Maknanya rezeki aku bkn kat situ. Itu dulu.. ok. pasni bila free tulis lain.

2 comments:

  1. alah.. orang da mula melangkah ke UPM since i'm 3 years old.. hehe..
    dalam dunia pascamodenisasi nih,mmg la byk yg da lain.. sumer pakat naek kete..

    ReplyDelete