Jumaat 11 Disember, daftar anak belajar guitar, pastu ni gi South City Plaza beli baju sekolah dan keperluan lain. Penat juga, pas tu hantar anak gi tusyen.
Sabtu 12 Disember, ada panggilan dari Do Zam, "nga diye balik kapung, anak cik yah ngan anak wan soib kawin. Itan tupah darah, beranak kat umah, ade kat pusrawi. gi surang naik ambulan, kami balik kapung, nga buli diye jingok"Jadi tanyalah ngan wo ani untuk pengesahan. Jadi Kak Chik fikir, kak chik cuma ada sorang je adik, emak ayah dah tak de. Kak Chik pilih untuk ambil berat kat adik. Adik kak chik ini anak bongsu dah ada anak 7 orang masuk baru lahir ni 8 orang.Umur anak antara 2-15 tahun. Kesian sorang -sorang kat wad. Suami uruskan anak kat rumah. So, kak chik datang dengan suami dan anak-anak bawa makanan dan sembang panjang.Adik ni bersalin sorang-sorang kat rumah, anak-anak kelam kabut panggil jiran, tapi jiran pun tak tahu nak buat apa. Jadi adik bangun sendiri telentangkan anak. Suami cal ambulan, 15 minit baru ambulan sampai. Uri keluar sendiri. Pengalaman yang sungguh menakutkan. Adik dibawa ke hospital pusrawi, KL. Baby perempuan belum ada nama. comel berat 2.86kg. Bila Kak Chik nak balik je.. baby tu menangis. So, Kak Chik angkat dan dodoi, dah tidur kak chik letak dalam tempat baby, eh.. bantal tak de, kepala baby rendah dari badan. kak chik bedungkan elok-elok iringkan sikit alas ngan towel baby pun lena, kak chik minta diri. Adik kata susu badan tak de lagi.
Ahad 13 Disember
Pagi lagi dah masakan lauk untuk adik. sop ayam dan ikan bilis lada hitam. Gi pusrawi dengan suami dan anak-anak. Sampai je adik ada dengan anak no.3 tapi baby tak de, adik kata baby ada kat nursery nurse yang jaga. Oh.. senang ya bersalin kat hospital swasta, anak nurse jaga. Kak chik dulu sakit-sakit anak sendirilah yang jaga (hospital kerajaan) sembang dengan adik je.. balik awal sebab nak gi kenduri kahwin.
Isnin 14 Disember
Dah siap nak gi kerja, tiba-tiba dapat call dari Do Zam, anak Intan(adik) meninggal. Rasa terketar-ketar mendengar berita baru je 3 hari dilahirkan dah pergi. Walhal Dr sahkan anak sihat sebelum ni. Adik kata baby bersama adik sampai 12 malam. Lepas tu nurse ambil (jaga).Nurse kata 4.00 pagi tengok baby dah biru cuba beri CPR. Pukul 7.00am baru inform kat adik baby dah tak ade. Dr. kata terdapat susu di dalam paru-paru baby, sedangkan adik tidak susu kan baby sebab susu badan tidak ada. Siapa bagi susu?Nurse bagi lepas ambil baby dari adik. Nurse kata masa tidurkan baby, baby ok je.. Ade ke bagi susu kat baby guna syringe?
Dengar memang geram..kalau kak chik ada kat situ ....memang kena bahasa lah... macam mana ye.. nampaknya eloklah hospital kerajaan dari swasta, Dulu anak kak chik yang sulung lahir tak cukup bulan. Nurse juga jaga (incubator) tapi anak alhamdulillah dijaga baik. Ok pastu Dr kata kalau tak puas hati boleh buat post mortem. Tak payahlah buat sakitkan arwah je.Ia tak kan mengembalikan nyawa baby tu. Manusia memang tak lepas dari melakukan kesilapan.Redha je lah kalau itulah takdirnya. Kita memang sayangkan baby tapi Allah lebih sayangkan nya. Pada adik kak chik tenangkan,banyak bersabar jangan ikutkan perasaan, jaga kesihatan diri tiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Baby yang pergi akan membantu ibubapanya akhirat nanti. Baby dikebumikan kat perkuburan islam dewan bandaraya KL. Al fatihah buat arwah.
innalillah buat anak buah akak... ngeri tul baca pengalaman bersalin adik akak...kalau na la bersalin sorang sorang..pasti panic habis..
ReplyDeletekak lang sempat jugak jumpa adk tu.. =)
ReplyDeletemmg sht..
tp nk wat cmner..