HERBA

HERBA
SERINGAN

Sunday, September 11, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2011


Selamat hari Raya Aidil Fitri...Tahun ni tahun kedua kami beraya tanpa anakku Nur Faseeha(Ayuni). Tahun ini aku tidak pulang beraya di kg halamanmu, kg Paya Lebar. Cuma pulang beraya di kg ibu mertuaku, Kota Kuala Muda Kedah...Memang terasa rindu beraya bersama adek beradekku..abang, kakak dan adek serta anak2 sedaraku(nakan), Apa kan daya..Anak2 ku pula sangat busy kerana habis cuti raya ada exam.Mohon maaf abang2, kakak dan adek kerana tidak dapat bersama. Tidak mengapa, tidak semestinya hari raya saja kita boleh berjumpa..I love all of u my sibling..Tidak juga dapat menziarahi pusara ibubapaku, nenek/datuk..hanya doa yang mampu ku hadiahkan, semoga rohmu dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang2 yg beriman...Beraya bersama keluarga suami memang tidak sama beraya bersama keluarga sendiri..Tapi di sini kami masih ada ibu, selagi ada ibu the best kenalah beraya bersama ibu..Kena ingat bayangkan diri kita di tempat ibu tua itu..Bagaimanakah perasaannya bila anak2 tidak pulang beraya bersamanya?Aku amat memahami perasaan itu keana aku sudah ada anak walaupun anak2 belum berkahwin lagi. Aku dapat rasakan bagaimana anak tidak beraya bersamaku..Tapi aku bersyukur kerana anakku tidak beraya bersamaku kerana menuntut ilmu demi masa depannya..Doa ibu sering mengiringi anak2ku..amin.

No comments:

Post a Comment