HERBA

HERBA
SERINGAN

Monday, June 29, 2015

Hari ke 3 (1 februari 15)

Sebelah malamnya kami makan di rumah makcik Jakiah , rumah pengantin..Makanan tadisional Bengkulu dijamu.
ocong2

Pendap

Hari ketiga merupakan hari kemuncak, hari akad nikah yang dilakukan di Masjida dan majlis resepsi.Upacara akad nikah yang penuh dengan tradisi.


selepas akad nikah


persandingan yang ditemani kedua belah ibubapa pengantin.
Sebelah petang setelah habis kenduri kami dibawa melawat ke tepi pantai berhampiran pulau tempat berlabuhnya kapal.Makan di tepi pantai dengan ikan segar yang dibakar. Memang enak! Pada sebelah malam kami dibawa makan di restoran di tepi pantai Panjang dengan makanan laut yang segar. Selepas ini dibawa menaiki beca malam mengayuhnya sendiri.


Keesokannya kami dibawa berjalan melihat Universiti, Rumah Soekarno dan tempat menarik di sekitar. Kami pulang tengahari dengan menaiki citi link. Seperti biasanya sekali lagi cukai airport dikena dengan Rp 20,000.00 setiap orang. Kami transit di Jakarta dan bermalam di sana. Dari Airport, Jakarta  ke Pasar Minggu (Jakarta Selatan) di rumah mak cik tempat kami menginap mengambil masa 45 minit jika tidak jam. Kami menaiki teksi dengan bayaran Rp350,000.00 tidak termasuk cukai. Keesokkan paginya sebelum bertolak pulang ke Malaysia kami berkunjung ke pasar minggu. Pakaian batik, telekung sangat murah di sana. Dari rumah mak cik ke Jakarta Hatta Airport kami menaiki kereta sewa dengan bayaran Rp120,000.00. Percutian yang amat menarik kami rasakan Thanks ...sanak saudara yang sangat baik, layanan yang tip top!

No comments:

Post a Comment