HERBA

HERBA
SERINGAN

Thursday, April 16, 2015

BISA GETAH KULIT BIJI GAJUS

BISA GETAH KULIT BIJI GAJUS

Saya telah membakar biji gajus di dalam oven selama 10 minit dengan suhu 200 C. Bila telah siap masak saya dapati banyak minyak berwarna oren-coklat keluar dari biji gajus tersebut. Saya basuh buah tersebut dan ketuk kulitnya lalu saya makan isinya. Wah memang sedap. Saya makan dalam 4 biji. Kemudian saya rasa bibir dan tapak tangan gatal sedikit. Saya cuci kesan minyak tersebut menggunakan sabun cuci GLO. Saya rasa tangan saya melekit. Lalu saya cuci dengan sabun cuci tadi. Saya dapati kulit dijari saya sebelah telapak tangan saya kecut dan sejuk. Saya bilas tangan. selepas bila dan keringkan tangan saya dapati kulit tangan saya berkedut dan terdapat kesan seperti kena minyak panas iaitu putih2 dikulit. Lalu saya sapukan telapak dan belakang telapak tangan dengn minyak kelapa dara. Tidak lama kemudian saya lihat kesan putih dan kedut dikulit hilang, normal seperti biasa begitu juga di tapak tangan. 2 hari selepas itu, apabila saya bangun tidur disebelah pagi saya dapati kulit di telapak tangan saya berkilat seperti berminyak dan rasa tebal serta keras. Lalu saya cuci dengan sabun namun tidak berubah. Menjelang tengahari saya dapati telapak tangan saya pecah- pecah dan ada seperti bulu2 kulit. Saya serta gambarnya di sini. Walaupun disapu losen namun tetap begitu. Malahan lagi  teruk. Bila dibasuh dengan air kulit nampak elok tapi bila kering ia akan menjadi pecah2 dan bersisik semula terutama sebelah siang. Bila malam sisik tetap ada tapi berkurangan. Jadi saya terus menyapu tapak tangan dan sekeliling dengan minyak kelapa dara.  Selepas 5 hari saya lihat tapak tangan saya tidak lagi keluar sisik. Saya membersihkan tangan saya dengan menyapu minyak kelapa darah dan mengeluarkan sisik2 tersebut. Sekarang tapak tangan saya sudah pulih dan kelihatan licin dan                                                      

 selepas 2 hari






selepas 5 hari 

1 comment:

  1. assalam, saya pun baru je kena bisa getah gajus ni. kena dekat pergelangan tgn sy. dia gatal dan sy basuh dengan sabun sunlight. pg td sy bangun tgn sy naik bintik bintik macam kena minyak panas. bila sy mandi atau terkena air dia jadi warna putih. saya cuba sapu minyak kalapa dan gamat tapi tak reda dan semakin menjadi. awak ada petua lain tak? kalau ada, mohon email sy wawaabdhadi@gmail.com terima kasih ya.

    ReplyDelete