HERBA

HERBA
SERINGAN

Wednesday, June 5, 2013

Travel 2 USA Part 2


Oleh kerana masa US lewat 12 jam dari Malaysia maka tarikh kami tiba dan hari kami tiba di NY sama dgn hari bertolak dari Malaysia. Aku tiba di NY JFK airport pukul 6.45pm hari Selasa. Turun dari kapal terbang ditunjukkan arah mana harus dilalui. Airport JFK memang besar klu salah lorong mmg susahlah jwpnya. Kami beratur mengikut lorong yg diarahkan oleh pekerja di Aiport tersebut. Siapa yg tidak menaikki kapalterbang dilorong lain dan yang akan menaikki kapalterbang lagi dilorong lain. Melalui kastam akan ada interview sbgmana membuat visa dulu. soalan yang sama. Alhamdulillah clear. Selepas itu kami mencari tempat di mana pesawat seterusnya Jetblue untuk ke Rochester pula. Kena banyak bertanya. Alhamdulillah pekerja kat sana friendly dan sedia membantu. Wah jauhnya untuk pergi ke tempat menaiki Jetblue berpusing2 kena naik escalator lagi. Bila dah jumpa ok..camne nak call anak. WIFI ok ada tapi xblh . nak guna plak. Nak guna public phone kat NY pun aku xreti,minta tlg seorg gadis orang putih. Gadis tu bermurah hati menggunakan hpnya.

Aku menaikki Jetblue yang memang cantik untuk menuju ke Rochester. Masa untuk sampai keRochester 45 minit. Aku sampai ke Rochester pukul 11.30pm. Anakku sudah menunggu ditempat kami mengambil luggage

No comments:

Post a Comment