HERBA

HERBA
SERINGAN

Thursday, March 4, 2010

Beberapa mandian kesihatan

sembong

Terdapat berbagai mandian kesihatan yang diamalkan oleh masyarakat melayu zaman dahulu dan masih dikekalkan hingga kini serta dipermodenkan. Yang biasanya ada 6 jenis iaitu:
1. Mandi herba

2. Mandi tangas
3.Mandi limau
4. Mandi bunga
5. Mandi wap

6. Mandi bagi bayi yang terkena kuning
Mandi herba biasanya digunakan sebagai rawatan lepas bersalin untuk:
Kembalikan kecantikan
seri wajah
mental yang sihat
kekalkan kesihatan badan
memperbetulkan perjalanan darah
Ianya dilakukan pada waktu pagi sebelum mengurut(otot masih kecut)

Menggunakan ramuan terpilih contoh:
Jerangau-Kesegaran
Sirih- antiseptik
Serai wangi-hilangkan hanyir, bau badan
Lengkuas (daun)-Kuatkan otot, dalaman dan kesegaran
Pandan wangi- Bangkitkan aroma wangian

Bonglai- Hilangkan letih, sakit kepala
Sembong- Hilangkan meroyan, angin

No comments:

Post a Comment