HERBA

HERBA
SERINGAN

Wednesday, April 28, 2010

Oggy kembali

Syukur alhamdulillah.. pagi ni tatkala aku bersiap untuk gi kerja... terdengar suara Oggy..eh.. betullah Oggy dah balik. Oggy kelihatan letih, jalan terhinjut-hinjut.Sebelah kakinya bengkak.Saya sambut Oggy.. Tom dan Jenny pun berlari kejar Oggy..Saya rasa happy..bawa Oggy ke dapur dan bagi Oggy makan..Oggy makan sungguh..laparnya dia. Lepas tu bagi Oggy makan ubat tahan sakit dan antibiotik..Saya masukan Oggy dalam sangkarnya, supaya Oggy boleh berehat dan pulih.Saya ambil pokok galak kucing (acalypa indica). Oggy makan akarnya dengan penuh selera. Galak kucing sejenis tumbuhan yang memang disukai kucing. Ia banyak khasiatnya.
Malam ini saya akan bertolak ke Kelantan dan kemudian Terenggaanu. Malam ini juga Aiman ada progam khatam al-quran kat rumah ustazahnya. Aiman dah khatam 2 tahun lepas cuma ari ni ustazah ada kesempatan. Telor untuk khatam dan keperluan pun saya dah sediakan. Siapa yang tak kenal pokok kucing galak nanti saya tunjukkan

Oggy hilang




Pagi Ahad 25April, Oggy keluar macam biasa, tapi tak balik-balik sampai la ni.. Ke mana Oggy telah pergi. Masak ikan dan ayam untuk Oggy, tapi Oggy tak balik.. Sebelum ni, Comel dan Anne juga hilang.. Ke mana ye..kena tangkap dengan orang? Kena Langgar? Mati? tak tahu..Aku sangat sayang dengan Oggy.. Oggy kucing yang sangat baik, Oggy tidak pandai mencuri, tak pandai panjat pagar pun..Oggy selalu mengalah dengan kucing lain bila diberi makan. Oggy tidak meronta2 bila dimandikan.. Tapi kini Oggy telah pergi.. Aku sangat sedih..malam tadi pun termimpikan Oggy..Oggy sangat sayang dengan Tom n Jenny. Sekarang hanya ada Tom n Jenny. Kesihan betul dengan Oggy..tuhan lebih sayangkan Oggy..Oggy hanya tinggal kenangan

Friday, April 16, 2010

16 april



Satu kelegaan bila audit dari SIRIM tidak datang ke Fakulti kami, tapi verifikasi aset dan inventori pula menunggu. Ok je..kalau diberitahu awal, kerja kan.. tu kan tanggung jawab..buat je selagi termampu..Kalau kita menjalankan tugas dengan baik tentunya satu ketenangan dan keseronokkan dalam bekerja...Semalam birthday Aiman..sempat gak luangkan masa masak chicken chop dan burger, tengok anak happy..itulah yang boleh menggembirakan dan menghilangkan kiranya ada tekanan.
Fahmi pun dah lulus dalam ujian penggredan Wushunya.. begitu gembiranya dia...

Thursday, April 8, 2010

Ari ni terasa sgt sakit belakang leher dan pening sikit. Bnyk berfikir ke.Aku sgt bengang smlm dan ari ni.Ingatkan pagi ni blh settle tapi subjectnya xhadir. Klu diberi pilihan aku lebih rela menjaga mesin dari org. Mesin kita yg prog. dan ianya xblh bercakap. Aku ada bbrapa org staf yang di bawah seliaanku. Depa ni selalu ambil kesempatan dari kebaikan aku. Tapi klu dah melampau aku pun tahu gak angin. Ada ke patut bila ada kerja yang perlu dibereskan segera diye ambik el. Bukan sekali diye buat gini..tapi aku masih boleh sabaq sbb aku xsuka nak rosakkan periuk nasi org. Begini ke cara org muda skrg kerja? Apa pun aku akan cari penyelesaian cara patut. Ada yg bagus tu.. memang baguslah..Ok ari ni sekadar nak lepaskan stress je.

Wednesday, April 7, 2010

Minggu yang memang sibuk


Bulan lepas banyak juga masa utk rehat yek..29 mac birthday.. selain family kekawan dan stud. pun ingat sampai hadiah kan kek kiwi sedap giller. Terima kasih Ina.
April bulan yg sgt busy. Yalah minggu depan 4hari kena standby ISO. Boringnya dahlah kena check fail kat lab sendiri kena lak check fail kat 6 lagi lab. Macamana tak buat kan dah dilantik jadi AJK Tentukur Dalaman bagi fakulti perubatan & sains kesihatan. Selain check fail kena juga sediakan SOP bagi setiap aset, pengurusan makmal pun kena laksana, perolehan dan pelbagailah. Dah macam mesinlah pulak. Apa pun kesihatan kena jaga juga. Waktu rehat tghari adalah kesempatan terbaik untuk bersukan.. maka pergilah stadium UPM main badminton dgn geng2. Aku ni dah lama tinggalkan sekolah last week dpt contact kawan sek. men. dulu, memang menggembirakan cuma belum ada kesempatan untuk berjumpa.

Saturday, April 3, 2010

kenangan pahit dan manis






Sudah lama tak berblog. sibuk sangat. 15 mac 94 tarikh yang amat pahit untuk diingati, di mana ibu yang amat ku sayang telah pergi meninggalkan kami di pagi hari raya puasa kedua. Semasa ibu menghembuskan nafas terakhir aku tiada di sisi kerana berhariraya di kg mertua. Panggilan talipon pukul 6 am mengejutkan aku, maka segera bersiap pulang ke kg ibu. Walhal ibu memang tinggal bersamaku di serdang. Ibu kelihatan sihat sebelum itu. Sebelum pulang ke kg mertua aku sempat memohon maaf dan air mata ibu bercucuran. Rupanya ibu telah mengemaskan pakaiannya untuk pulang ke rumahku di Serdang. al fatihah buat ibu yang amat ku sayangi.



15 mac 2010 aku bercuti ke Cameron Highland bersama family dan family adek. Kami menginap di apartment puncak arabella. gembira melihat anak-anak dan anak saudara happy dan meriah.