HERBA

HERBA
SERINGAN

Thursday, June 3, 2010




Minggu lepas 28 Mei, sebelum balik kg kat Kota Kuala Muda, kedah anak kucing yang baru beranak tu mati..ibunya tak pandai susu kan anak kot..sedih gak... Jalan blk kg agak jem gak..aduh..letih bangat. Hari Sabtu anak sedara suami bertunang. Sebelah petang jalan kat Pantai Merdeka sampai malam. ramai gak org kat pantai. Suami dan Aiman memancing..Kul 11pm baru balik. Xtau badan jadi xbrape nak sihat, agaknya kene angin laut. Kat kg sempat gak ambil gambar pokok herba, belimbing tanah, subang nenek dan getang. Pokok getang dan subang nenek hampir sama cuma beza pada daun atau bentuk bunganya. Dari family yg sama, spesis berbeza kot.Kat lab pelajar buat kajian pasal pokok subang nenek ni. Pucuk getang ni..orang kg kat sini makan daun ni sebagai ulam selepas direbus/celur, rasanya sedap gak, tidak pahit. Aku diberitahu salah satu khasiatnya boleh membuang angin dalam badan, elok utk ibu lepas bersalin. Makan cicah sambal belacan memang best...
Ahad 10 pagi pergi Kuala Muda beli ikan dari nelayan yang baru pulang dari laut. Ikan xbrpe nak banyk jadi harga xbrp nak murah.. tapi lebih murah dari pasar dan memang fresh.. ikan, udang, ketam masih hidup lagi..kenalah makan ikan , ketam, udang segar ngan ulam segar...hui...Tengok bagai mana nelayan dan peraih berurus niaga secara berbisik..siapa yg letak harga termahal dialah dapat.
KETERANGAN GAMBAR:
Sebelah kiri pokok subang nenek, tengah pokok getang dan kanan suasana di tempat hasil laut mendarat

No comments:

Post a Comment