HERBA

HERBA
SERINGAN

Wednesday, August 25, 2010

Dairi ku..




Hari ini 24 Ogos 2010, aku cuti..persediaan terakhir sebelum Ayuni berangkat ke USA. Pergi jumpa mak cik yg pernah mengasuhnya, kemudian pergi bank dan pergi klinik UPM ambil ubat, Ayuni kena batuk yg agak terok. Petang jumpa wan, jiran sebelah rumah. Malam tu.. kami sekeluarga kecuali Azeema(ada trial exam SPM) pergi makan2 kat Busro Tom Yam (1.00 pagi). Mlm tidur ngan ayuni, mata tak brp nak tidur, xtau bila masa terlelap..awal pagi dah bangun siapkan makanan untuk sahur. Pagi ni x selera nak makan pun. Suami pun xlalu nak makan cuma minum susu shj. Lepas bersahur semua anak2 tidur kembali, tapi aku dan suami tidak tidur balik. Kami sembahyang hajat mohon keselamatan , kejayaan, dan kebaikan untuk Ayuni yang akan berangkat ke USA hari ini dan Azeema yg akan menghadapi SPM,serta anak2 dan sekeluarga. Pertama kali aku tengok suami ku sebak menahan tangisan dan airmata,beberapa kali doa terhenti, begitu juga dgn aku.Selepas sembahyang subuh, kami dah mula bersiap dan memastikan yng Ayuni tidak tertinggal barang2 keperluannya. Pukul 9.00 pagi Mak ciknya Maslina dtg..Kami bertolak ke KLIA 9.15 pagi dan sampai dalam pukul 10.00pagi. Kami terus sahaja ke kaunter L15, oo..rupanya ada lagi org yang lebih dari kami. Pegawai JPA pun dah sampai. Dah boleh check in. Ada 18 org pelajar nak berangkat ke USA, dan beberapa org lagi dari kolej lain. Mereka semua pakai blazer dan seluar panjang biru hitam. Pakai lencana 1 Malaysia dan Student. Sementara menanti taklimat JPA, kami mengambil peluang bergambar. Dalam pukul 12.45 tgh semua dikehendaki masuk ke tempat berlepas. Masa ni masing2 bersalaman, dan mengalirkan air mata..Ya hari ini baru aku tahu bagaimana perasaan seorg ibu bila berjauhan dengan anak. aku biasa berjauhan dgan anak kerana mereka masuk "boarding school" tapi tidak sama belajar ke oversea, dan tidak menyambut hari raya bersama.Kerana dalam Malaysia ini kita masih boleh dtg melawat mereka. Perasaan kita sebagai anak berjauhan dgan emak tidak sama perasaan emak dgn anak, aku tahu..kerana aku melalui 2 proses ini, memang kita sayang ibu kita..tapi samakah sayang ibu kita kepada kita? Jadi selagi kita ada ibubapa jganlah kecewakan mereka..kalau boleh jengoklah mereka selalu. Sebagai ibu aku bersyukur dikurniakan anak-anak yg sempurna, berjaya insaAllah dan aku akan selalu mendoakan segala kebaikan untuk mereka. Kasih ibu terhadap anak2nya tetap sama. Jadilah anak yg soleh/soleha. Sebagai anak, kita pun kena sentiasa berdoa untuk kedua ibubapa kita yang masih ada atau telah kembali ke rahmatullah. Amin..

Sunday, August 22, 2010

balik kampung

hari sabtu balik kg kedah. sempat singgah rumah kakak kat kg gajah tapi kakak xde kat rumah. sebelum tu singgah kat gombak ziarah emak dan ayah angkat. mereka xsihat.emak kena diabetes baru keluar hospital sth dok 4 bulan. emak xblh jln sgt pakai tongkat je..ayah pun xblh jlan jauh ada sakit buah pinggang. Sedih tgk mereka. klu dgr pengalaman mereka kat hospital mmg sedih bagaimana layanan staf kat situ..yalah jage org tua ni bukan senang..kena banyak sabar..org tua mudah rasa hati.
ok..kat kampung kedah emak buatkan ketupat palas inti daging beriani..memang sedap..si Ayu nak sgt mkn ketupat tu..tu pasal toknya buat sebelum puasa lagi..Cu pulak buat biskut tat nenas dan biskut makmur..Ayahnya gi beli ikan kat kuala dan pulau sayak..ikan baru naik ke darat sedap giller..udang pun besar harga bleh tahan..murah dari kat Serdang ni..Ayu kata sblm gi USA nak mkn puas2 makanan kat sini.Kuih raya..serunding..kat sane xde kot..klu ada pun xsame mcm sini..dan tentu mahal.
Kucing ku..
Anak Jenny..dah mati lagi..dah tinggal Jenny saja..nnt raya nampaknya jenny tinggal sekor je kat rumah..Jennya skg dah semakin manje lak..

balik kampung

Wednesday, August 11, 2010

Anak Jenny mati

11 Ogos, hari pertama puasa, 3 ekor anak kucing dah mati.baru beranak Isnin. Ibunya masih x pandai jaga anak. Ibu kucing nampak sedih bila anaknya yg mati dikeluarkan dari dlm kotak..tempat beranak...

Tuesday, August 10, 2010

Jenny beranak

9 Ogos 10..Jenny beranak. 4 ekor. 3 ekor macam Oggy dan seekor mcm Jenny - Tom kot. Jantina xtau lagi. Cuti ari ni pergi shopping dgn anak persediaan untuk dibawa ke USA.
Agak letih gak..Petang sempat gak gi berurut kat Aleeya SPA. Esok puasa..oo..itu je ...

Tuesday, August 3, 2010

Kucing-kucingku dalam kenangan



Dah 2 minggu Oggy hilang..tak tau hidup atau mati..Malam mlm tadi nampak Tom mcm xsihat..tak mau makan. Muntah2..dan selsema..bgilah ubat ingatkan biasa..esok cadang nak bawa gak gi klinik. Bagi ubat..tgk mulutnya keluar buih lak..biarkan Tom rehat. Dlm 10.30pm balik makan tgk Tom dah mati..leher dah keras..wlpun badan masih panas. Mata Tom pun terbuka..mulut basah..Sedih x tau nak cakap..air mata xdpt nak tahan lagi..Mlm tadi pun mimpi..Tom bangun balik..hidup..oh tidak itu cuma mimpi. Tom memang sudah tiada..kesian Tom.Ya..3 ogos Tom pergi selama2 nya. Umur Tom bulan ni 1 tahun.
Aku sangat sayangkan kucing2 ku..Apa boleh buat memang sudah tiba masanya..Tuhan lebih menyayanginya..Tapi ke mana perginya Oggy? Hanya ada skg Jenny yg sarat bunting.

Kenduri

31 Julai kenduri kat rumahku..ramai gak saudara mara dan penduduk setempat yg dtg..yang dijemput tak dtg pun ramai juga..kebetulan sama tarikh ngan org lain, xde kwn, xsihat, blk kg dll. xpe..semua dah selamat. Kenduri sempena anak ke 2 nak belajar kat USA dan anak ke 3 nak ambil SPM disamping menyambut puasa dan tahlil utk ibubapa dan sedara yg telah pergi. Mlm yg sama anak ke 2 menyambut hari lahir ke 19 thn. Akan berangkat ke USA pada 25 ogos 2010 jam 3.15pm alhamdulillah. Memang penat dari seblm kenduri dan selepas kenduri. Keesokkannya melawat anak ke 3 yg belajar kat MRSM Muar pulak.
3 Ogos terlibat dgn odit kendiri FPSK pulak..lagi penat..Nak jadikan cerita tgh ari pun lepas je hantar anak sekolah blk opis, naik lif kat pej. ke ting 4, terperangkap dlm lif kat ting. 1 selama kira2 45 minit bersama 2 org lagi..Sempat talipon bhg penyelenggaraan..semasa tunggu aduh...letrik xde..aircond xde..kejap2..dan call kwn minta bantuan..bertenang wlupun ada gak rasa takut...Alhamdulillah akhirnya dpt juga lif itu dibuka..kat luar nampak 3 org technician..wuii...cemasnya..tuhan je yg tahu.
Kwn yg sama terperangkap tu..sampai xnak dah naik lift..Bukan sekali aku terperangkap dulu pernah terperangkap tapi bkn dlm lift dalam kepulan asap kesan letupan pyrogen.