HERBA

HERBA
SERINGAN

Wednesday, August 25, 2010

Dairi ku..




Hari ini 24 Ogos 2010, aku cuti..persediaan terakhir sebelum Ayuni berangkat ke USA. Pergi jumpa mak cik yg pernah mengasuhnya, kemudian pergi bank dan pergi klinik UPM ambil ubat, Ayuni kena batuk yg agak terok. Petang jumpa wan, jiran sebelah rumah. Malam tu.. kami sekeluarga kecuali Azeema(ada trial exam SPM) pergi makan2 kat Busro Tom Yam (1.00 pagi). Mlm tidur ngan ayuni, mata tak brp nak tidur, xtau bila masa terlelap..awal pagi dah bangun siapkan makanan untuk sahur. Pagi ni x selera nak makan pun. Suami pun xlalu nak makan cuma minum susu shj. Lepas bersahur semua anak2 tidur kembali, tapi aku dan suami tidak tidur balik. Kami sembahyang hajat mohon keselamatan , kejayaan, dan kebaikan untuk Ayuni yang akan berangkat ke USA hari ini dan Azeema yg akan menghadapi SPM,serta anak2 dan sekeluarga. Pertama kali aku tengok suami ku sebak menahan tangisan dan airmata,beberapa kali doa terhenti, begitu juga dgn aku.Selepas sembahyang subuh, kami dah mula bersiap dan memastikan yng Ayuni tidak tertinggal barang2 keperluannya. Pukul 9.00 pagi Mak ciknya Maslina dtg..Kami bertolak ke KLIA 9.15 pagi dan sampai dalam pukul 10.00pagi. Kami terus sahaja ke kaunter L15, oo..rupanya ada lagi org yang lebih dari kami. Pegawai JPA pun dah sampai. Dah boleh check in. Ada 18 org pelajar nak berangkat ke USA, dan beberapa org lagi dari kolej lain. Mereka semua pakai blazer dan seluar panjang biru hitam. Pakai lencana 1 Malaysia dan Student. Sementara menanti taklimat JPA, kami mengambil peluang bergambar. Dalam pukul 12.45 tgh semua dikehendaki masuk ke tempat berlepas. Masa ni masing2 bersalaman, dan mengalirkan air mata..Ya hari ini baru aku tahu bagaimana perasaan seorg ibu bila berjauhan dengan anak. aku biasa berjauhan dgan anak kerana mereka masuk "boarding school" tapi tidak sama belajar ke oversea, dan tidak menyambut hari raya bersama.Kerana dalam Malaysia ini kita masih boleh dtg melawat mereka. Perasaan kita sebagai anak berjauhan dgan emak tidak sama perasaan emak dgn anak, aku tahu..kerana aku melalui 2 proses ini, memang kita sayang ibu kita..tapi samakah sayang ibu kita kepada kita? Jadi selagi kita ada ibubapa jganlah kecewakan mereka..kalau boleh jengoklah mereka selalu. Sebagai ibu aku bersyukur dikurniakan anak-anak yg sempurna, berjaya insaAllah dan aku akan selalu mendoakan segala kebaikan untuk mereka. Kasih ibu terhadap anak2nya tetap sama. Jadilah anak yg soleh/soleha. Sebagai anak, kita pun kena sentiasa berdoa untuk kedua ibubapa kita yang masih ada atau telah kembali ke rahmatullah. Amin..

No comments:

Post a Comment