HERBA

HERBA
SERINGAN

Thursday, August 4, 2011

SALAM PERANTAU UTUSAN MALAYSIA


1 OGOS birthday anakku Ayuni yang mengikuti pengajian di Amerika Syarikat. Tahun ini tahun kedua anakku tidak berhari raya bersama keluarga di Malaysia. Apapun aku tetap membeli baju raya, tudung dan keperluan lain termasuk dodol dan serunding untuknya. 1 ogos anakku dan rakan2nya yang mengikuti pengajian di RIT menghantar gambar di Utusan Malaysia bagi ruangan Salam Perantau..Rasa bangga melihat anak dan rakan2nya. Walaupun dihati kecilku terasa amat rindu kepadanya. Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Anak dikandung 9 bulan dan dibesarkan dari tapak kaki sebesar dua jari hingga besar seperti sekarang. Hari ini sekali lagi Salam Perantau utusan Malaysia RTM menyiarkan lagi gambar anakku di New York City secara individu..So sweet! Tengoklah gambar yang aku scan dari News paper ini.


1 comment: