HERBA
Friday, October 1, 2010
Coretan harian
Sudah sekian lama aku tidak berbicara di dalam blog oleh kerana kesibukan dengan sambutan hari raya dan tugas yg menanti di tempat kerja. Hari ini sudah lebih sebulan anakku berada di luar negara, beberapa hari lalu aku melihat fotonya di salam perantauan dari surat akhbar utusan malaysia. Dan semalam gambarnya berada dalam ruangan salam perantauan utusan malaysi on-line. Terobat rinduku, Yang ku harapkan ia sentiasa sihat, dilindungi Allah dari segala perkara buruk/tidak baik. Ingat pesanan ibubapa, tidsk tinggal sembahyang serta memberi tumpuan pada pelajaran.Bulan November seorang lagi anakku akan menduduki SPM, aku sentiasa berdoa agar dipermudahkannya semasa peperiksaan, sihat semoga mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan..Amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment