HERBA
Tuesday, July 22, 2014
Korea Selatan 2
Rabu: Seawal 7.00 pagi kami telah meninggalkan hotel dan
mengambil sarapan di Restoran Mentari, sebuah restoran halal melayu. Kemudian,
kami bertolak ke ‘Nami Island’ Pulau Nami yang mengambil masa 2 jam perjalanan dari
Itaewon. Di kesempatan ini saya merakam dan mengambil gambar pemandangan
sekitar, di mana terdapat sawah padi dan padi
huma. Penduduk pedalaman Korea sangat rajin dan gemar bertani. Mereka akan
bercucuk tanam walaupun dibawah talian tali eletrik.
Kagum saya melihat sungai dan
parit yang sangat bersih, langsung tiada sampah. Ternyata penduduk Korea sangat mementingkan
kebersihan dan berdisiplin. Ini dibuktikan apabila
saya melihat sendiri pelajar sekolah membawa beg plastik bersama mereka bagi
membuang sampah atau sisa makanan. Amat sukar untuk melihat adanya sampah di jalan-jalan
atau di tempat-tempat yang kami kunjungi. Untuk ke Pulau Nami kami menaiki feri
yang mengambil masa 10 minit. Pulau Nami sangat cantik, di sinilah penggambaran
drama bersiri Winter Sonata dibuat. Dapat dirasakan seolah-olah kami sedang
menjalani penggambaran pula dengan pokok-pokok maple, berbagai bunga-bungaan
yang harum dan menarik, dihiasi belon-belon di sepanjang laluan pokok maple.
Satu riadah yang bagus secara berjalan kaki dicelah pokok-pokok yang indah. Di sebelah kiri pula terdapat bendera-bendera
dunia berada di sepanjang laluan tersebut. Kami juga dapat menyaksikan
lukisan-lukisan dari pelukis terkenal, serta pelbagai
ukiran yang unik terdapat di sana. Saya berasa sangat
kagum di tempat sebegini masih terdapat surau, ternyata orang Korea sangat
menjaga kebajikan dan tahu keperluan dan kewajipan pelancong Islam. Selepas itu kami pergi ke Mount Sorak National
Park, melihat ‘Kwongumsong Fortress’
melalui kereta kabel. Saya dan beberapa peserta yang berkemampuan melakukan
aktiviti agak lasak dengan mendaki gunung
Sorak, iaitu gunung yang ke-3 tertinggi di Korea Selatan. Alhamdulillah sampai ke puncak, pemandangan
yang sangat menarik dengan suhu yang sejuk. Dari Mount Sorak, kami singgah di
Teddy bear farm. Oleh kerana sebab jarak
Mount Sorak ke tempat penginapan di Itaewon agak jauh, kami bermalam di Hotel Delpino hotel.
Di hotel ini, kami mempunyai pilihan sama ada tidur secara
di atas tilam biasa atau tidur di atas tilam nipis yang dihamparkan di atas lantai seperti cara
orang Korea tidur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment