HERBA

HERBA
SERINGAN

Monday, December 12, 2011

Jenny beranak lagi

Hari ini 11/12/11 Jenny beranak 4 ekor semua warna putih kelabu mata biru macam Jenny juga

Wednesday, November 23, 2011

Bulan November 2011




181111 kursus Pelaburan di Hari Tua: Penuaan Menyokong..dan hari itu juga Majlis Ikhtifal di SAR Raudhatul Ilmi untuk Fahmi. Tahniah buat Fahmi kerana mengungguli 5 kategori terbaik iaitu: Tempat pertama dalam kelas, Tempat pertama keseluruhan kelas tahun 3, Subjek terbaik akhlak dan sirah, subjek terbaik jawi dan mencapai Mumtaz.

191111 ke Perak nak hantar anak pulang ke UiTM, ;langsung ke Dewan Merdeka Tapah menghadiri majlis perkahwinan anak rakan sekolahku. Sudah 30 tahun kami tak berjumpa terujanya...jumpa kawan lama;

Malam tu tidur di Valley View hotel kat Lumut, Perak. Makan malam di restoran..mmg best sbb ikan segar, udang segar, sotong segar!. Tak lupa tonton pertandingan bola sepak sukan sea Malaysia lawan Myanmar...suspennya. Apapun Malaysia dah menang 1-0 Alhamdulillah. Myanmar bolah tahan kuat juga.




Thursday, September 22, 2011

Bercuti di Pasir Salak
menonton movie di bilik
menjala di sungai perak
kawasan challet
16 september aku n family bercuti ke Pasir Salak Resort..Kedengaran tempat ini sangat menarik serta mempunyai kesan sejarah, pembunuhan J.W.W Birch oleh Dato' Maharaja Lela dan 3 orang rakannya. Aku bayangkan tempat yang menarik dan dalam suasana desa yang moden. Mungkin 2 tahun yang lepas memang tempat ini cantik sesuai untuk berehat, bersantai bersama family dengan menghirup udara yang nyaman. Agak jauh juga kediaman ini dari Pekan Seri Iskandar(Tronoh). Apa yang aku dapati dia tidaklah seperti yang aku bayangkan..Tapi Alhamdulillah boleh juga untuk berehat kerana jauh dari bunyi bising. Challet agak sempurna tapi tiada fridge, walaupun kaya dengan aircond. Juga tiada dapur mahupun pinggan mangkuk. Ada disediakan tempat makan. Percuma untuk 2 orang hanya untuk sarapan pagi sahaja. Bagi makan tengahari, petang atau pun malam dikenakan bayaran. Bagi kami yang terdiri dari 5 orang lebih selesa untuk masak atau makan diluar. Kelemahan di sini jauh dari pekan/kedai runcit untuk membeli keperluan asas. Ada terdapat orang menjual makanan seperti keropok lekor, laksa , makanan ringan dan sedikit keperluan asas di luar kawasan penginapan kami. Jadi dapat juga kami makan jajan disebelah malam.Satu lagi perkara yang amat menyukarkan tiada ATM machine yang boleh menerima ATM card di pekan Pasir Salak. Kami terpaksa memandu hingga ke pekan Seri Iskandar bagi membolehkan kami mengeluarkan wang menggunakan kad ATM maybank. WIFI ada disediakan tapi hanya boleh access di sekitar kawasan pendaftaran masuk (pejabat). Challet kami agak jauh dari pejabat jadi kalau nak access internet terpaksalah datang ke kawasan berhampiran office. Padang permainan tidak diselenggara dengan baik, rosak..dengan rumputnya yang panjang..Aku berasa alangkah sayang tempat yang amat menarik dan cantik ini tidak diselenggara dengan baik.. Di sini ada juga tempat seminar/dewan..mungkin boleh diadakan hari keluarga, seminar atau bengkel. Yang menarik perhatian kanak2 di sini adalah kolam renang. Bagi mereka yang suka memancing, menjala ikan boleh datang ke sini. Challet ini memang betul2 tepi sungai Perak. Itulah yang menarik dan menghiburkan hati aku. Aku memang sukakan sungai. Aku sangat berharap suatu hari nanti tempat ini disenggara dengan baik terutama padang permainan dan jambatan di tepi sungai itu, supaya ada tempat untuk kanak2 bermain dan bersukan. Dan pastinya nanti lagi ramai institusi, jabatan yang datang untuk mengadakan seminar , family day .Muzium terowong betul2 bersebelahan penginapan ini, bayaran masuk dewasa RM4.00 dan kanak-kanak RM2.00. Muzium ok mencerita sejarah Perak dan lain-lain yang berkaitan. Buku sejarah negeri, kesultanan dll ada jugadijual di sini , bukunya agak murah. Aku ingin datang kembali ke sini kerana aku sangat sukakan suasana challet ini, suasana desa, agak sunyi dan tepi sungai..ikut suami memancing....Dan kami sudah tahu apa yang di bawa bila berkunjung ke sini lagi.
sekitar challet (di depan challet tu sungai)

Sunday, September 11, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2011


Selamat hari Raya Aidil Fitri...Tahun ni tahun kedua kami beraya tanpa anakku Nur Faseeha(Ayuni). Tahun ini aku tidak pulang beraya di kg halamanmu, kg Paya Lebar. Cuma pulang beraya di kg ibu mertuaku, Kota Kuala Muda Kedah...Memang terasa rindu beraya bersama adek beradekku..abang, kakak dan adek serta anak2 sedaraku(nakan), Apa kan daya..Anak2 ku pula sangat busy kerana habis cuti raya ada exam.Mohon maaf abang2, kakak dan adek kerana tidak dapat bersama. Tidak mengapa, tidak semestinya hari raya saja kita boleh berjumpa..I love all of u my sibling..Tidak juga dapat menziarahi pusara ibubapaku, nenek/datuk..hanya doa yang mampu ku hadiahkan, semoga rohmu dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang2 yg beriman...Beraya bersama keluarga suami memang tidak sama beraya bersama keluarga sendiri..Tapi di sini kami masih ada ibu, selagi ada ibu the best kenalah beraya bersama ibu..Kena ingat bayangkan diri kita di tempat ibu tua itu..Bagaimanakah perasaannya bila anak2 tidak pulang beraya bersamanya?Aku amat memahami perasaan itu keana aku sudah ada anak walaupun anak2 belum berkahwin lagi. Aku dapat rasakan bagaimana anak tidak beraya bersamaku..Tapi aku bersyukur kerana anakku tidak beraya bersamaku kerana menuntut ilmu demi masa depannya..Doa ibu sering mengiringi anak2ku..amin.

Tuesday, August 9, 2011

Salam Aidilfitri berita harian 6 ogos 2011



Hari Sabtu kami memang tak beli paper sbb xkeluar rumah pun. Tak tau pulak hari itu tersiar gambar anak dalam Salam perantau..Salam Aidilfitri berita harian. Aku dapat tahu pun pada hari Isnin bila rakan sekerja beritahu aku tentang perkara itu..Mana nak cari news paper sabtu ni..tanya member semua xbeli. Nasib baik kawan sekerja aku tu tak buang lagi..ha..dialah yang bawa ke pejabat. Inilah gambarnya..sama dengan yang tersiar dalam utusan malaysia..tapi yang ini kecil sikit. Rasa bangga apabila melihat anak, bagi pengubat rindu..

Sunday, August 7, 2011

Salam Perantau Berita Harian online

http://klikkhas.bharian.com.my/salamaidilfitri/Foto2/salam090?display=small
SELAMAT menyambut Ramadan Al-Mubarak dan Salam Aidilfitri kepada ibu bapa, Suhaimi Hasan dan Normayati Sulaiman serta adik-beradik di Seri Kembangan, Selangor. Tidak lupa kepada sanak-saudara, guru di SK Serdang, SAR Raudhatul Ilmi, SMK Seri Serdang, Kolej Tunku Kurshiah, INTEC, rakan-rakan dan penaja JPA di Malaysia. Maaf zahir dan batin daripada Nur Faseeha Suhaimi, Rochester Institute of Technology, New York, Amerika Syarikat.

Thursday, August 4, 2011

SALAM PERANTAU UTUSAN MALAYSIA


1 OGOS birthday anakku Ayuni yang mengikuti pengajian di Amerika Syarikat. Tahun ini tahun kedua anakku tidak berhari raya bersama keluarga di Malaysia. Apapun aku tetap membeli baju raya, tudung dan keperluan lain termasuk dodol dan serunding untuknya. 1 ogos anakku dan rakan2nya yang mengikuti pengajian di RIT menghantar gambar di Utusan Malaysia bagi ruangan Salam Perantau..Rasa bangga melihat anak dan rakan2nya. Walaupun dihati kecilku terasa amat rindu kepadanya. Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Anak dikandung 9 bulan dan dibesarkan dari tapak kaki sebesar dua jari hingga besar seperti sekarang. Hari ini sekali lagi Salam Perantau utusan Malaysia RTM menyiarkan lagi gambar anakku di New York City secara individu..So sweet! Tengoklah gambar yang aku scan dari News paper ini.


Monday, August 1, 2011

Ramadhan

Permulaan puasa tdur pukul 12.00 pukul 5.00am dah bangun..Imsak lambat bolehlah bangun lewat sikit..5.15am semua dah ready..tinggal gerakan anak2 n hubby. Pagi ni simple jer..rendang daging, tom yam , sambal kuas. Air horlic. Petang ni nak buat kerabu sotong..ayam masak sambal. Bulan puasa ni balik awal 4.30 pm..sempatlah untk menyiapkan juadah puasa. Bulan Ramadhan ni rasanya ada banyak masa waktu siang sebab masa minum dan makan tengahari tidak digunakan seperti biasa. Masa ni lah kalau nak beramal, membaca quran atau yaasin. Malam agak padat lepas berbuka akan pergi sembahyang tarawih. Tidur kena awal kerana bangun awal untuk sahur. Persiapan untuk baju raya semua sudah ok.Yang belum lagi nak hantar parcel kepada anak di luar negara.Hari ini bila dah beli ikan bilis bolehlah post.

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan

Esok 1 ramadhan ..dan esok juga birthday anakku yang kedua yang kini menuntut di USA. Bagi menyambut puasa aku menyediakan persiapan untuk anak2 dan hubbyku. Rendang bengkulu yang baru saja aku dapatkan resepinya dari mak cik ruhana, melalui perbualan skype petang tadi..Lebih kurang sama dengan yang ibu ajarkan cuma ada tambahan daun salam. Tidak lupa juga aku memasak sambal kuas yang sangat digemari oleh arwah ibuku. Setiap kali bulan puasa ibu tidak pernah lupa masak sambal ini, kerana sambal itu tahan lama dan boleh membuang angin dalam badan. Ramadhan terakhir sebelum ini menemui yang Maha Esa ibu meminta aku memasak sambal kuas ini. Ya ..aku masak sambal ini. Dan aku meneruskan makanan kegemaran ibuku, memasak sambal ini setiap bulan ramadhan. Suami dan anak2 juga gemarkan sambal ini

Saturday, July 30, 2011

Investment in old age

Terima kepada UPM kerana memberi kursus persediaan sebelum pencen kepada stafnya. Persedaan paling baik adalah lebih dari 10 years before retire. Aku salah seorang terpilih mengikuti kursus bersiri ini, 27 julai adalah siri yang ke 4. siri terakhir dijangka by september. Selain dibei pengetahuan aku dapat berkenalan dan merapatkan diri dengan rakan2 lama daari pelbagai fakulti dan jabatan dalam UPM. Aku dalam group pegawai pengurusan dan professional..so.kursus kami lebih pada presentation. Penceramah yang dijemput memang power2. Bermula dengan siri pertama..merancang ekonomi diikuti kesihatan, perhubungan dan keseimbangan. Aku dan rakan2 memang happy giller. Penceramah pun macam rakan kepada kami..Mereka sangat friendly..banyak info yang kami dapat. Tahu apa nak buat bila pencen nanti, diharap persaraan nanti persaraan sihat, persaraan positif, persaran aktif...alahai sleepylah pulak...tidoq dululah...

Tuesday, June 28, 2011

Bosan

28 jun 2011
Minggu ini dan minggu lepas aku terasa amat bosan..plan utk balik kg beberapa kali tertangguh. Sepanjang hari duduk kat rumah..mood pun xde..satu keje pun xleh buat..cuma keja hakiki jer buat..hem..Sudahnya dok tengok movie NORA ELENA...yang diulang beberapa kali..Best gak..jlan ceritanya...Terasa amat rindunya pada anak2ku yng menuntut di Universiti..

Wednesday, May 18, 2011

Kesibukan kerja masih sempat berkebun dan uruskan anak

18 Mei 2011
Wah..busynya aku 16 Mei bulan paling busy..pagi ada verifikasi..settle pagi juga..nasib aku mengenali peralatan/aset2 di jbt..Problemnya..budak2 skrg dah lama kerja pun masih belum mengenali aset/peralatan..kenapa jadi begitu?.Xnak ambil tau atau xnak belajar..terpulanglah pada mereka yg berkenaan..tepuk dada tanya selera..
OK..dek kesibukan sampai aku terlupa aku dah buat appoinment medical check up!...
Padahnya dtg balik hari Rabu..penuh hingga 25 Mei..padahal 21 Mei kena mendaftar kat UiTM..Tronoh. Lebih terok lagi..motor xleh start bila nak balik..terpaksa cal anak..nasib dia cuti 1minggu. Langsung pergi klinik UPM..Alhamdulillah settle dalm masa 1jam 30 min.
Aksi kucing bila ternampak kucing galak
Haiwan lebih mahir mengenali pokok ubatan dari manusia,,buktinya lihatlah aksi kucingku ini..dalm sibuk2 aku berkebun dia pula mengorek tanah...aduh...habis pokok aku..meow..meow..



Tuesday, May 3, 2011

Gardening

1 Mei 2011
Labour day..cuma cuti kat opis jer but kat rumah i still work. Hard working lagi. Early morning dah wake up.. nak gi kebunlah..Wah..seronok betul berkebun selain sihat badan..ada hasil yang menanti. Hari ini cuma dengan my hubby jer..anak2 xmau pegi..depa kata penat. Hem sempat gak aku ambil gambar kat kebun tu..banyak terdapat pokok herba, ok yang ini namanya keladi murai, dipercayai berkhasiat utk buang angin dan diabetes

yang ini punya pokok kacip fatimah, org pompuan mmg suka ni, khasiatnya istimewa yg lepas bersalin tu, bleh mengecutkan rahim, menguatkan tulang dan memberi tenaga

Di sekitar kita sebenarnya memang banyak pokok herba yang sangat berguna kpd kesihatan, dalam kebun umpamanya kalau luka, ambil saja daun senduduk dikunyah dan tampah pada luka..ha..pasti darah akan berhenti mengalir. Oklah dah sampai kebun tengok..getah ni penuh..boleh tahan banyak juga getah..

ok..ini pula pokok2 yang ditanam di kebun ada lebih kurang 80 jenis herba, contohnya
melada pahit, nam nam, keranji, celaka mertua, asin2 cina, lemba, mertajam, keriang, terong susu kambing, cemamak dan macam2 lagi,
ok itu sebahagian jer pokok ada banyak lagi, dekat kebun kami ada khemah, kami juga memasak di situ..memang menyeronokkan..Hajat dihati suatu hari nanti nak jadikan kebun ini tempat percutian, chalet suasana hutan yg lengkap dengan sungai keindahan flora dan fauna, dengan pelbagai herba serta buah2an nadir. Tengok di bawah ni ada burung enggang yang cantik di kebun kami Tidak berapa jelas gambar kerana diambil dari jauh..hu..hu..sekian jer

Thursday, April 28, 2011

KPLSPM INTERVIEW

Beginilah rupa budak2 tu..byk persoalan?



20 APRIL 2011
Se awal pagi dah bangun siapkan sarapan, selain Fahmi yg mesti sampai before 7am kat SJKC, nak hantar anak gi interview kat IPG, Ilmu Khas, Cheras.Jam 7am bertolak dari rumah..takut jalan jam. Sampai lokasi interview jam 7.20am..ha..ha..kira oklah tu..tapi kenapa lengang jer..adlah dalam 4 keluarga sampai..xlama tu barulah lama. First interview yg aku tgk org xramai..ternyata pemilihan perguruan ini terlalu berhati2, itu pasal peserta interview tidak ramai..brp org yg depa nak ambil yek? Aku tgk yg hadir semua pakat smart belaka..ada tie.., name tag , blazer..pwit....bersemangat betul, klu kat UiTM marin adui..ada pakai selipar..rambut panjang...mcm2 kerenah budak2 ni..
Aku yg menunggu perut dah mula berkeroncong sbb blm breakfast..kepala dah pening, panas.letih berdiri duduk..letih duduk berdiri..suami plak pergi balik rumah ambil gambar passport anak..katanya nak 4 keping, alih2 xpakai pun gambar tu..Ni dijadikan cerita boleh kat form peribadi tu xditamapl gambar..aku lak lupa nak gi tau..nasiblah gambar sekeping ada tuk ditampal kat form tu..itu pun ambil gambar dari sijil taekwan do..hai..budak2 gi interview cam tu lar..Terima kasih kat peserta lain yg ada bawa gam.Tapi aku tenang jer camnilah rupa aku...
tapi bila balik rumah adui..kepala sakit berdenyut..angin dah masuk badan..btw aku berdoa, semoga anakku berjaya dalam interview itu..amin...

Saturday, April 23, 2011

Interview

16 April...
Seawal pagi dah bangun siapkan breakfast, anak nak gi interview kat UiTM bagi kursus Art and Design. Pukul 7.30am bertolak. Jalan agak ok. Tiba di UiTM pukul 8.15 lebih kurang. Masa interview dijangka 9.00 am. Parking punyalah jauh dari Fakulti Seni Lukis dan seni reka ni..UiTM, Parking memang kurang. Tiba di lokasi ramainya orang..berasak2 semak nama kat papan putih. Bila semak.semua peserta temuduga ada 826 orang ni baru kat Shah Alam belum tempat lain lagi.Hampir 12.00pm barulah segalanya selesai. Next interview 20 April di IPG, Ilmu Khas, Cheras

Wednesday, April 13, 2011

Sudah Lama Tak berblog

Wah...lamanya tidak berblog..bukan ape..tersangatlah sibuknya.selepas result SPM anak keluar sampai hari ini sibuk..Sibuk menguruskan anak memohon masuk UPU,IPG dan lain2.Keputusan cemerlang juga..Tahniah buat anakku..walaupun sebelum ini dia sering mengatakan susah..tetapi dia tetap dapat A dalam subjek yang sukar itu. Pagi 12 April aku cuba check permohonan anak untuk pengambilan guru lepasan SPM..tapi tidak berjaya..aku rasa agak kecewa tapi tak apalah..Sebaliknya dia dipanggil interview untuk UiTM - Art and Design..Dia kelihatan gembira..Hari ini 13 April aku terfikir nak berblog. Bila aku buka blog..blog yang aku follow e-putra..mempaparkan..sekian hari menunggu akhirnya jam 10.30 pm (12 April) baru keputusan panggilan temuduga KPlSPM keluar. aku terfikir untuk check semula.sebab ari tu aku check sebelah pagi mungkin ada kesilapan..Yes..aku terkejut..TAHNIAH anda berjaya untuk ditemuduga. Berjaya untuk ditemuduga bagi perguruan cemerlang ke luar negara. Alhamdulillah sekurang2nya sudah melangkah setapak ke hadapan. Semoga berjaya! Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang semoga anakku berjaya dalam temuduga ini, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar rayuan doa hambamu...Amin..

Thursday, February 24, 2011

Tomorrow is my daughter birthday..Happy birthday to my sweet daughter, Nur Azeema. Hopefully long life, healthy,protected from the plague of God and evil world, succeed
in ur studies, as well as any others.

Thursday, February 17, 2011

18 february 2011

Busy
I'm really busy right now..Many thing to do.SKETMA will be back this May..I'm also involve in Physiology and Pharmacology workshop on this May. I felt so tired. My god give energy..
ya Allah berkatilah aku dalam menjalani tugas-tugas harianku
semoga hari ini lebih baik dari semlam, esok lebih baik dari hari ini, lusa lebih baik dari esok

Friday, February 11, 2011

My anniversary

Today is my anniversary..2pm.acara akad nikah diadakan, i still remember the day..Saturday.Baju yang dipakai kurung moden berkain kembang payung warna putih bunga merah dan berlabuci emas. Selepas akad nikah, upacara membatalkan air sembahyang, menyarung cincin.
Petang itu diadakan mandi bunga oleh Mak Andam Azizah. Kemudain bersolek dan apa2 lagi yg disediakan oleh Mak Andam yang dibawa khas dari Cheras Baru, KL. Malam diadakan persandingan dan berinai..Kenduri malam ini istimewa untuk keluarga, orang kampung dan sahabat handai terdekat. Malam memakai songket biru..Sepanjang malam hingga ke pagi paluan rebana yang sangat merdu diadakan oleh orang kampung. Mereka dijamu dengan makanan dan minuman serta dibekalkan juga dengan makanan dan telor. Keesokkan paginya dalam pukul 9.00am diadakan majlis khatam al-quran bersama 2 orang anak saudaraku.
Aku memakai baju kurung putih. Selepas tu menukar kepada gaun warna kuning.Tengahari semasa tetamu hadir, majlis persandingan diadakan. Aku memakai songket petak coklat. songket terbaru pada masa tu. Ramai sungguh tetamu yang datang. Hadiah juga banyak.Ada juga pertunjukkan silat, merenjis air mawar. Selepas merenjis air mawar, majlis makan beradab pula. Begitulah mjlis walimatul urus ku,

Thursday, January 27, 2011

Coretan

Agak lama tidak menulis di blog ni..Sibuk dengan tugas harian di rumah atau di pejabat.
Aku merasa amat berbangga dan bersyukur jadi anak Malaysia negaraku yang tercinta. Malaysia negaraku yang terbaik...Bulan lepas aku melancong dan menziarah saudara di Jakarta dan ke Bengkulu. Jika dibandingkan kedua negara ini Malaysia jauh lebih maju dan baik. Memang aku akui, di Jakarta dan Bengkulu harga barangan agak murah samada pakaian mahupun handphone, tapi dari segi lain mereka banyak kecacatannya. Di mana saja nak parking motorsikal mahu pun kereta dikenakan bayaran..Jika berhenti pam angin kereta pun kena bayar. Keluar dari pasar minggu, ada orang yang akan datang tolong angkatkan barang/beg ke kereta..dan mereka kemudiannya akan meminta bayaran. Kehidupan penduduk di sana agak susah. Ada yang menjual makanan, minuman kepada pemandu dan penumpang kenderaan, mencelah-celah dari kenderaan ke kenderaan lain. Banyak juga rumah di bina bawah jambatan dari kotak-kotak kayu..ditepi-tepi sungai..begitulah..Aku benar-benar bersyukur di lahirkan di Malaysia sebagai anak Malaysia. Ada di satu pekan di Indonesia, aku terasa amat pelik kerana untuk membeli tuala saja pun kena timbang dahulu seperti membeli ikan di pasar. Jadi anda yang tinggal di Malaysia patut bersyukur dengan negara anda..yang diberi macam-macam kemudahan.