HERBA

HERBA
SERINGAN

Wednesday, June 23, 2010

Getang, subang nenek, kapal terbang- apakah bezanya




3 herba yang sering mengelirukan jika tidak diteliti betul2
1. Subang nenek
(Sthenodesme temtanar)digunakan bagi mengurangkan sakit gigi atau gusi bengkak dgn cara munumbuk daunnya dan sapulah di gigi atau gusi, juga berfungsi sbg pengebas(kebas. Pokoknya senang ditemui.
2. Getang- digunakan bagi mengurangkan angin dalam badan dan sesuai sbg makanan ibu2 lepas bersalin- Pucuknya direbus atau dicelur dan dimakan sebagai ulaman terutamanya dicolek dengan sambal belacan..wow..berselera. Pokoknya biasa hidup di tepi pantai
3. Pokok kapal terbang (Eupatorium odoratum)-biasanya digunakan untuk menahan darah luka, tetapi kena ingat ianya juga berbahaya terutamanya kpd kanak2 dan ibu yang mengandung serta janin blh menyebabkan kerosakan pada hati jika termakan.Pokoknya biasa hidup di tepi jalan, semak dan merata-rata.

Monday, June 21, 2010

Bercuti ke Pengkalan Balak dan Kota Melaka








Baru blk dari Pengkalan Balak, pantai yg bersih lagi ctk. 2 mlm kat Impiana Chalet. Sesuai utk bercuti, tidak panas dan nyaman. Segalanya ada di sana. Kebetulan SUKMA perahu layar di adakan di sana. Chalet bersebelahan ngan kontigen SUKMA Sabah. Tempat kami menginap betul2 hadapan laut..
Eh.. kat sini pun ada pokok getang dan tapak kuda. Klu Fahmi dan Aiman apa lagi asyik mandi laut je.. Sebelum balik, kami singgah kat kota Melaka , A Famosa dan round dalam bandar Melaka.. letih juga.. tapi ank2 happy itu dah cukup baik. Ayahnya pula xhabis2 dgn memancing.. dapatlah ikan buat ikan masin
. Ada masa nak dtg lagilah.. sewa chalet tu berpatutan

Wednesday, June 16, 2010

Alahai..


Apalah nak jadi..Saya cuma ada 2 hari utk menyediakan CV bagi Anugerah fellowship NC. HOD calunkan saya, so kena jugaklah saya sediakan walaupun saya rasa belum sedia. Dulu ada saya simpan CV tu.. cuma kena update je sikit. Nak jadi kan cerita semua data dlm CV tu dah di delete olh anak saya.. apo nak dikato.. kenalah saya bermula dari awal korek semua, dokumen2, sijl, surat.. byk gak dah lupa..buat ape yg adelah.. hantar jelah kat HOD. Sempat seblm tarikh tutup. Sesuatu yg mengejutkan saya sebln lepas tu..ada someone call dari HR, CV saya xde cover letter pas tu overdue..hai.. apasal kat office ni.. HR suruh hantar cover letter ari tu juga atau minggu tu..Saya pun bagi tau HOD..ok dah sedia. HOD pun dah bagi kat PA. Ok semua dah beres. Nak jadi kan cite.. cover letter pun org off. xhantar. Tarikh pun tutup.. Alahai..cam ne cite.. ni. Camne org off. wat keje ni..Alasannya PAR cuti..Klu ye pun xleh hantar bagi taulah...saya blh hantar sendiri..geram tu memang geram..susah nak cite..Saya pun fed up dan xnak salahkan sesiapalah..silap saya juga xtanya blk kat budak off.. sbb percayakan depa dan ingat depa tau apa nak buat sbb dah gi tau srt tu urgent. Moralnya nxt tme jgn percaya kat org lain dlm sesuatu benda yg penting. So.. alahai Cik Yatie oi...Minggu tu mmg saya sibuk temankan anak uruskan mcm2 perkara utk ke luar negara.

Thursday, June 10, 2010

Kesibukan

Senjak cuti semester ni setiap minggu ada kursus, bengkel atau seminar. Hari2 ada saja kerja , kalau tak ada meeting hal lain pula. Kata kalau cuti semesta byk masa.. oh.. tidak byk aktiviti lain. Bermula kursus motivasi, kursus keselamatan radiasi, keselamatan biologi, powerlab, diikuti aktiviti persediaan utk pelajar baru dan minggu keselamatan dan kesihatan pekerjaan..Lepastu dengan kenduri kahwin sana sini.jemputan yg bertali arus..dan ada yang xdpt dipenuhi..kerana overlap. Dalam beberapa minggu ni pula menemani anak medical check up. Sekejap ke Pusat kesihatan Komuniti, ke Pusat kesihatan UPM dan Pusat Raw. Az-Zahrah krn ada sja ujian yg xtrdpt di situ. Alhamdulillah dan selesai tinggal tunggu keputusan ujian dan pengesahan Dr. Mcm2 keperluan kena buat seblm anak menyambungkan pelajaran ke USA. Sebagai ibu aku sentiasa berdoa agar anak2 dipelihara dan dilindungi Allah, beriman dan sentiasa mengingat Allah serta menjalankan kewajiban sebagai seorang islam. Sebagai mengucapkan kesyukuran insaAllah sendikit kenduri akan diadakan pada bulan julai ini..Amin..

Thursday, June 3, 2010




Minggu lepas 28 Mei, sebelum balik kg kat Kota Kuala Muda, kedah anak kucing yang baru beranak tu mati..ibunya tak pandai susu kan anak kot..sedih gak... Jalan blk kg agak jem gak..aduh..letih bangat. Hari Sabtu anak sedara suami bertunang. Sebelah petang jalan kat Pantai Merdeka sampai malam. ramai gak org kat pantai. Suami dan Aiman memancing..Kul 11pm baru balik. Xtau badan jadi xbrape nak sihat, agaknya kene angin laut. Kat kg sempat gak ambil gambar pokok herba, belimbing tanah, subang nenek dan getang. Pokok getang dan subang nenek hampir sama cuma beza pada daun atau bentuk bunganya. Dari family yg sama, spesis berbeza kot.Kat lab pelajar buat kajian pasal pokok subang nenek ni. Pucuk getang ni..orang kg kat sini makan daun ni sebagai ulam selepas direbus/celur, rasanya sedap gak, tidak pahit. Aku diberitahu salah satu khasiatnya boleh membuang angin dalam badan, elok utk ibu lepas bersalin. Makan cicah sambal belacan memang best...
Ahad 10 pagi pergi Kuala Muda beli ikan dari nelayan yang baru pulang dari laut. Ikan xbrpe nak banyk jadi harga xbrp nak murah.. tapi lebih murah dari pasar dan memang fresh.. ikan, udang, ketam masih hidup lagi..kenalah makan ikan , ketam, udang segar ngan ulam segar...hui...Tengok bagai mana nelayan dan peraih berurus niaga secara berbisik..siapa yg letak harga termahal dialah dapat.
KETERANGAN GAMBAR:
Sebelah kiri pokok subang nenek, tengah pokok getang dan kanan suasana di tempat hasil laut mendarat