HERBA

HERBA
SERINGAN

Monday, December 27, 2010

KL-JAKARTA-BENGKULU









17 disember
Bertolak ke Jakarta..flight delay..1jam..sampai jakarta 8.30 pm.sampai rumah makcik (Jakarta Selatan)10.30 pm..Jakarta terlalu jam (mancet).
18 disember
4 am dah bangun, solat subuh 4.30am(waktu Jakarta lewat 1jam dari malaysia).Bersiap breakfast kuih dan bakso. Bertolak ke Kota Bengkulu. Flight delay 2jam..jam 10.30am baru naik flight. Tiba di Bengkulu jam 11.45am. Sampai kat kg Bengkulu 12.00tgh. Akhirnya aku menjejakki kaki ku di tanah kelahiran ibu dan ayahku. Makan tgh hari.Wah apa yg dicita semua ada..gebung asam undak ikat sungai, tauchu ikan, mask lemak ikan undak bunga unji. Ocong2 pun ada sedap nian..Lepas berehat gi Pantai Panjang..wow..alap nian..ombaknya woi..kuat menghempas pantai. Petang tu sempat gunting gumbak kat Rosella saloon. Malam ramai kunjungan sanak saudara jak kampong2 yag parak2.
19 disember
Kelam2 lah bangun, udem makan bebuak terus menziarahi kuburan atuk Jaar dan cik As, Cik Bariah. Udem melawat rumah kediaman yg pernah Presiden Soekarno tinggal.Udem na terus gi berayak rumah wan mansur dan makan tgh arai kat situ..gulai umbut nyiur ngan dang ati sapi..best nian. Udem tu..berayak gumah wan Dahlan, wan Mamit, cik Ban. Gumah kat situ yg besaq, besaq nian..yang kecik kecik nian. Yang peliknyo..besaq mano gumah o..nidonyo kipas..Petang tu urut ngan Tini kat saloon. Udem na..gi gumah cik Ruhana pulo.
20 disember
Udem makan bebuak..terus gi merayau kat bendang dan ladang sawit..pas tu gi Universitas Bengkulu. Balik terus bae gi Danau Dendam Tak Sudah..alap nian danau na..
Balek gumah..makan ..udem na di terapi,urut dan bekam..nido mahal..berapo bae nak enjuak..Petang makan pempek kat gerai, udem na..ziarah gumah gadis.
21 disember
pagi..gi pasar minggu kat bengkulu. lepas beli tudung makan sate padang..boleh tahan
makan tgh arai..lauk ayam dan botok2..wah dpat jugo makan bebutok..sedap..urang kat situ panggil pendap. Berangkat pulang ke Jakarta..Hem,..delay 3jam..wuh..penatnya...tapi xpe..lion air bagi makan nasi percuma...boleh tahan sedap.
Sampai Jakarta 7 pm dan sampai rumah Mak cik Nani 11.00 pm.
22 disember
Breakfast bakso..Gi Pasar Minggu kat Jakarta Selatan.Beli tudung..boleh tahan harga..
1.00 tgh hari berangkat Ke Jakarta Airport. tiba di airport..dah dipanggil check in..Airport tax 1 kepala RP 150,000.00 dan bag RP 240,000.00. Semua RP840,000.00. Nasib dah spend duit sejuta. Hem.Air Asia kata je..murah bila dah campur semua lebih kurang MAS aje..baik prefer MAS je..next time.berbaloi gak..Asyik berubah2 je..dulu boleh kongsi beg..setiap org xlebih 15 kg percuma. Pas tu lak..setiap orang 1 beg..dan setiap beg xlebih 15 kg..ni..pulak..boleh kongsi..setiap orang dikira 1-15 kg kena bayar RM40.00..klu lebih tambah lagi..tak de free dah..hem..kan sama je ngan MAS..MAS pun ada offer..ada makan..beg percuma xlebih berat yg ditentukan..
OK..tiba kat LCCT jam 6.30 pm..flight clear..selamat tinggal Jakarta-Bengkulu.
..Aku anak Malaysia!
Hidup Malaysia! Malaysia boleh!

Monday, November 15, 2010

Hari Ikhtifal




14 November aku dan suami menghadiri mesyuarat SAR Rhaudatul Ilmi.Selepas mesyuarat diadakan majlis ikhtifal. Fahmi mendapat 3 hadiah. Mendapat tempat kedua dalam kelas, subjek terbaik jawi dan khat serta mencapai markah Mumtaz. Fahmi amat gembira. Apa yang menggembirakan aku sebagai ibu apabila melihat anak gembira..melihat anak berjaya dalam pelajaran, sihat dan menjadi anak yang beriman. Beberapa minggu ini aku agak sibuk dengan tugas harian dan sering melawat anak yang belajar di Johor. 30 oktober menghadiri majlis restu pelajar, sembahyang hajat dan baca yaasin untuk anakku dan murid di MRSM yang akan menduduki SPM bermula 23 November ini. Ya Allah ya tuhanku, aku bermohon ke atasMu agar dipermudahkan anakku menghadapi SPM, sihat dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010.Amin.

Thursday, October 7, 2010

Kenangan Pahit

Hari ini mengingatkan aku peristiwa pahit dalam hidupku..aku bersekolah sesi petang. Masa tu aku baru berumur 13 tahun. Ayahku nampak dah kebah dari sakit. Hari tu hari Jumaat.Dalam pukul 12.00 tgh hari, abangku melaung ayah yang berada tidak jauh dari rumah yang sedang melihat rumah abangnya(bapa saudaraku) sedang di ubah suai..Ha..itu signal tanda makan tu..begitu kata ayahku. Kebetulan tgh hari itu..semua ada kat rumah..Kami pun makan bersama satu family..Entah macamana masa makan, emak bersuara.."bak kaban ni mcm nunggu maso" Ayahku ketawa sambil berkata, kalau ada ubat, apa saja aku telan, asal badan sihat, boleh kerja".Lepas tu aku pergi sekolah jalan kaki sampai ke stesyen bas lebih kurang 2 batu dari rumah. Di sekolah aku rasa macam tidak selesa..Bila balik dari sekolah dalam pukul 6.30 aku dah sampai kat kampong, aku rasa pelik kenapalah semua orang pandang aku bila lalu di hadapan rumah mereka. Bila aku sampai rumah aku lihat..ramainya orang kat rumah aku..selangkah aku masuk ke dalam rumah aku lihat sekujur tubuh sedang baring dengan ditutupi kami batik lepas..siapa dia?..Di kepala aku hanya teringat ayah..tak mungkin tadi ayah sihat je..sama-sama makan dan bergurau..emak mendapatkan aku dan mengatakan ayah telah pergi selepas sembahyang asar..Aku mendapatkan ayah..air mata mengalir ..al-fatihah buat ayah yang telah pergi buat selama2nya. Hari ini telah 33 tahun ayah pergi..

Friday, October 1, 2010

Salam Perantauan Utusan Online

Salam Perantauan Utusan Online

Coretan harian


Sudah sekian lama aku tidak berbicara di dalam blog oleh kerana kesibukan dengan sambutan hari raya dan tugas yg menanti di tempat kerja. Hari ini sudah lebih sebulan anakku berada di luar negara, beberapa hari lalu aku melihat fotonya di salam perantauan dari surat akhbar utusan malaysia. Dan semalam gambarnya berada dalam ruangan salam perantauan utusan malaysi on-line. Terobat rinduku, Yang ku harapkan ia sentiasa sihat, dilindungi Allah dari segala perkara buruk/tidak baik. Ingat pesanan ibubapa, tidsk tinggal sembahyang serta memberi tumpuan pada pelajaran.Bulan November seorang lagi anakku akan menduduki SPM, aku sentiasa berdoa agar dipermudahkannya semasa peperiksaan, sihat semoga mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan..Amin..

Tuesday, September 14, 2010

Kisah Minggu Raya

7 sept.10, konon nak berbuka kat rest. or gerai, sbb stok dah dihabiskan nak balik raya katakan..tapi bila pergi gerai xbuka pun..semua tutup, pergi pasar ramadan makanan semua dah habis..yang ada punya ramai org beratur masa berbuka dah nak masuk. Pergi KFC, MCDonald penuh..xde tempat lagi tu berbaris panjang..mau tak mau beli roti dan apa2 je kat kedai kek, beli air berbuka dlm kereta, pastu cari kedai mamak makan nasi. 8 Sept 10 pukul 4.00 bertolak balik Kampung Kedah. Hujan sangat lebat ari tu. jem lak sampai melepasi KL..adui..terok sgt jem diikuti accident pulak. Tak mau tanggung risiko dan pengajaran dari peristiwa semalam, kami bawa bekal nasi briani gam...suami yang masak..sedap.Nak cari tempat berbuka pun susah..kami berhenti berbuka di tol Tapah. Bila nak makan je.. alamak xbawa pinggan lak..hem..gilir2 makan atas tutup tupperware. Lebih kurang pukul 10.00 pm baru sampai rumah. Dengan kepala pening dan terasa letih sangat, sampai ke esokkannya terlewat bangun sahor. Jadi bagi anak2 mkn, kita mkn saja apa yg ada..
9 sept..keluar ke TESCO dengan anak2 cari hadiah untuk birthday..suami yang jatuh pada hari raya pertama 10 sept. 12 sept pulang semula ke KL. Bertolak pukul 1.00pm tiba kat Serdang 10.30 pm..Jalan tersangatlah jem..dari highway kami bertukar arah ke jalan kampong, tapi keadaan tidak berbeza still jem..gak..dan terdapat beberapa accident
Raya kali ini Ayuni tidak bersama kami krn dia berada di New York belajar..dengan adanya skype kami dapat terus berkomunikasi secara langsung. Sekurang2nya dpt melihat keadaannya di sana.

Wednesday, August 25, 2010

Dairi ku..




Hari ini 24 Ogos 2010, aku cuti..persediaan terakhir sebelum Ayuni berangkat ke USA. Pergi jumpa mak cik yg pernah mengasuhnya, kemudian pergi bank dan pergi klinik UPM ambil ubat, Ayuni kena batuk yg agak terok. Petang jumpa wan, jiran sebelah rumah. Malam tu.. kami sekeluarga kecuali Azeema(ada trial exam SPM) pergi makan2 kat Busro Tom Yam (1.00 pagi). Mlm tidur ngan ayuni, mata tak brp nak tidur, xtau bila masa terlelap..awal pagi dah bangun siapkan makanan untuk sahur. Pagi ni x selera nak makan pun. Suami pun xlalu nak makan cuma minum susu shj. Lepas bersahur semua anak2 tidur kembali, tapi aku dan suami tidak tidur balik. Kami sembahyang hajat mohon keselamatan , kejayaan, dan kebaikan untuk Ayuni yang akan berangkat ke USA hari ini dan Azeema yg akan menghadapi SPM,serta anak2 dan sekeluarga. Pertama kali aku tengok suami ku sebak menahan tangisan dan airmata,beberapa kali doa terhenti, begitu juga dgn aku.Selepas sembahyang subuh, kami dah mula bersiap dan memastikan yng Ayuni tidak tertinggal barang2 keperluannya. Pukul 9.00 pagi Mak ciknya Maslina dtg..Kami bertolak ke KLIA 9.15 pagi dan sampai dalam pukul 10.00pagi. Kami terus sahaja ke kaunter L15, oo..rupanya ada lagi org yang lebih dari kami. Pegawai JPA pun dah sampai. Dah boleh check in. Ada 18 org pelajar nak berangkat ke USA, dan beberapa org lagi dari kolej lain. Mereka semua pakai blazer dan seluar panjang biru hitam. Pakai lencana 1 Malaysia dan Student. Sementara menanti taklimat JPA, kami mengambil peluang bergambar. Dalam pukul 12.45 tgh semua dikehendaki masuk ke tempat berlepas. Masa ni masing2 bersalaman, dan mengalirkan air mata..Ya hari ini baru aku tahu bagaimana perasaan seorg ibu bila berjauhan dengan anak. aku biasa berjauhan dgan anak kerana mereka masuk "boarding school" tapi tidak sama belajar ke oversea, dan tidak menyambut hari raya bersama.Kerana dalam Malaysia ini kita masih boleh dtg melawat mereka. Perasaan kita sebagai anak berjauhan dgan emak tidak sama perasaan emak dgn anak, aku tahu..kerana aku melalui 2 proses ini, memang kita sayang ibu kita..tapi samakah sayang ibu kita kepada kita? Jadi selagi kita ada ibubapa jganlah kecewakan mereka..kalau boleh jengoklah mereka selalu. Sebagai ibu aku bersyukur dikurniakan anak-anak yg sempurna, berjaya insaAllah dan aku akan selalu mendoakan segala kebaikan untuk mereka. Kasih ibu terhadap anak2nya tetap sama. Jadilah anak yg soleh/soleha. Sebagai anak, kita pun kena sentiasa berdoa untuk kedua ibubapa kita yang masih ada atau telah kembali ke rahmatullah. Amin..

Sunday, August 22, 2010

balik kampung

hari sabtu balik kg kedah. sempat singgah rumah kakak kat kg gajah tapi kakak xde kat rumah. sebelum tu singgah kat gombak ziarah emak dan ayah angkat. mereka xsihat.emak kena diabetes baru keluar hospital sth dok 4 bulan. emak xblh jln sgt pakai tongkat je..ayah pun xblh jlan jauh ada sakit buah pinggang. Sedih tgk mereka. klu dgr pengalaman mereka kat hospital mmg sedih bagaimana layanan staf kat situ..yalah jage org tua ni bukan senang..kena banyak sabar..org tua mudah rasa hati.
ok..kat kampung kedah emak buatkan ketupat palas inti daging beriani..memang sedap..si Ayu nak sgt mkn ketupat tu..tu pasal toknya buat sebelum puasa lagi..Cu pulak buat biskut tat nenas dan biskut makmur..Ayahnya gi beli ikan kat kuala dan pulau sayak..ikan baru naik ke darat sedap giller..udang pun besar harga bleh tahan..murah dari kat Serdang ni..Ayu kata sblm gi USA nak mkn puas2 makanan kat sini.Kuih raya..serunding..kat sane xde kot..klu ada pun xsame mcm sini..dan tentu mahal.
Kucing ku..
Anak Jenny..dah mati lagi..dah tinggal Jenny saja..nnt raya nampaknya jenny tinggal sekor je kat rumah..Jennya skg dah semakin manje lak..

balik kampung

Wednesday, August 11, 2010

Anak Jenny mati

11 Ogos, hari pertama puasa, 3 ekor anak kucing dah mati.baru beranak Isnin. Ibunya masih x pandai jaga anak. Ibu kucing nampak sedih bila anaknya yg mati dikeluarkan dari dlm kotak..tempat beranak...

Tuesday, August 10, 2010

Jenny beranak

9 Ogos 10..Jenny beranak. 4 ekor. 3 ekor macam Oggy dan seekor mcm Jenny - Tom kot. Jantina xtau lagi. Cuti ari ni pergi shopping dgn anak persediaan untuk dibawa ke USA.
Agak letih gak..Petang sempat gak gi berurut kat Aleeya SPA. Esok puasa..oo..itu je ...

Tuesday, August 3, 2010

Kucing-kucingku dalam kenangan



Dah 2 minggu Oggy hilang..tak tau hidup atau mati..Malam mlm tadi nampak Tom mcm xsihat..tak mau makan. Muntah2..dan selsema..bgilah ubat ingatkan biasa..esok cadang nak bawa gak gi klinik. Bagi ubat..tgk mulutnya keluar buih lak..biarkan Tom rehat. Dlm 10.30pm balik makan tgk Tom dah mati..leher dah keras..wlpun badan masih panas. Mata Tom pun terbuka..mulut basah..Sedih x tau nak cakap..air mata xdpt nak tahan lagi..Mlm tadi pun mimpi..Tom bangun balik..hidup..oh tidak itu cuma mimpi. Tom memang sudah tiada..kesian Tom.Ya..3 ogos Tom pergi selama2 nya. Umur Tom bulan ni 1 tahun.
Aku sangat sayangkan kucing2 ku..Apa boleh buat memang sudah tiba masanya..Tuhan lebih menyayanginya..Tapi ke mana perginya Oggy? Hanya ada skg Jenny yg sarat bunting.

Kenduri

31 Julai kenduri kat rumahku..ramai gak saudara mara dan penduduk setempat yg dtg..yang dijemput tak dtg pun ramai juga..kebetulan sama tarikh ngan org lain, xde kwn, xsihat, blk kg dll. xpe..semua dah selamat. Kenduri sempena anak ke 2 nak belajar kat USA dan anak ke 3 nak ambil SPM disamping menyambut puasa dan tahlil utk ibubapa dan sedara yg telah pergi. Mlm yg sama anak ke 2 menyambut hari lahir ke 19 thn. Akan berangkat ke USA pada 25 ogos 2010 jam 3.15pm alhamdulillah. Memang penat dari seblm kenduri dan selepas kenduri. Keesokkannya melawat anak ke 3 yg belajar kat MRSM Muar pulak.
3 Ogos terlibat dgn odit kendiri FPSK pulak..lagi penat..Nak jadikan cerita tgh ari pun lepas je hantar anak sekolah blk opis, naik lif kat pej. ke ting 4, terperangkap dlm lif kat ting. 1 selama kira2 45 minit bersama 2 org lagi..Sempat talipon bhg penyelenggaraan..semasa tunggu aduh...letrik xde..aircond xde..kejap2..dan call kwn minta bantuan..bertenang wlupun ada gak rasa takut...Alhamdulillah akhirnya dpt juga lif itu dibuka..kat luar nampak 3 org technician..wuii...cemasnya..tuhan je yg tahu.
Kwn yg sama terperangkap tu..sampai xnak dah naik lift..Bukan sekali aku terperangkap dulu pernah terperangkap tapi bkn dlm lift dalam kepulan asap kesan letupan pyrogen.

Monday, July 26, 2010

Peristiwa dalam seminggu





sambung...
Balik dari Kuching sampai kat rumah 1.00 pagi. Keesokkannya kena bangun awal pula hantar anak ada taklimat kat JPA Putra Jaya. Petang terus gi cari barang kat South City plaza pulak. Kul 6.30 pm baru sampai rumah. Selasa ambil cuti pergi hantar anak yg belajar kat MRSM tu ambil sijil PMR kat MRSM Kuala Klawang, Jelebu, NS. Hari rabu dtg keje dah ada kelas amali..bak kata aku ni jadi segala2nya express...dan minggu ini 31 Julai kami akan mengadakan kenduri 4 dalam 1, kesyukuran anak(AYU) nak belajar kat USA, sempena anak nak periksa SPM(Ema), menyambut puasa dan birthday Ayu.Minggu ni juga aku dan rakan belanja satu jab. pulut kuning dan rendang ayam.Dapat wang ganjaran
cemerlang ..mengalir pun macam air. Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan, syukur ke hadrat Ilahi.

Wednesday, July 21, 2010

Peristiwa dalam seminggu


15 Julai hari Majlis Gemilang Putra, aku penerima perkhidmatan cemerlang APC.Gembira dan..16 Julai aku dan anak ke 2 aku berangkat ke Kuching, tiba di Kuching 4.15pm.Pelajar kat lab aku dan adek serta anak jiran dtg menjemput kami di airport.Tiba di mahligainya sudah ramai saudara maranya, majlis pertunangan akan di adakan pada hari ahad. Pada mlmnya rehat sebentar. keesokkan paginya saya dan anak di hantar melawat ke Perkampongan Budaya Sarawak. Nice..best..Selepas tu ke Waterfront dan melawat bandar Kuching, akhir sekali ke Pasar Satok. Di sini ada berbagai barangan yang dijual. Kami beli t-shirts, tabaloid, sagu, key chains dll. Malam tu di rumah pelajar (Yon) ada karaoke. Seterusnya cite kemudian..

Wednesday, July 7, 2010

Hari Penuh Bermakna







5 Julai, jbt saya mengadakan lawatan ke ladang herba Nasuha, Pagoh, Johor. Byk terdapat pokok herba, antaranya kembang semangkuk, buah keras, buah ajaib dan lain-lain lagi. Luas ladang tersebut 1,200 ekar.. suka sgt tengok pemandangan kat ladang tersebut..challet pun ada..ada restoran herba..jbat kami bercadang nak buat MOU dgn Nasuha. Nak buat kajian herba..Bos saya dan ramai pensyarah serta staf makmal yang pergi..Sesekali keluar dgn jbat best gak..mcm family.
7 Julai..saya terima surat..my god.. saya terpilih penerima anugerah perkhimatan cemerlang universiti 2009 bagi jabatan saya (APC). Memang saya tak sangka, ok..itu namanya rezeki bersyukur terhadap Ilahi yang memberinya, jadi baju apakah yg akan saya pakai pada hari yang bersejarah tersebut ye..15 Julai 2010. Kena tanya anak saya yang akan menjadi tetamu saya nanti. Apa pun terima kasih kpd penilai pertama dan kedua saya.

Wednesday, June 23, 2010

Getang, subang nenek, kapal terbang- apakah bezanya




3 herba yang sering mengelirukan jika tidak diteliti betul2
1. Subang nenek
(Sthenodesme temtanar)digunakan bagi mengurangkan sakit gigi atau gusi bengkak dgn cara munumbuk daunnya dan sapulah di gigi atau gusi, juga berfungsi sbg pengebas(kebas. Pokoknya senang ditemui.
2. Getang- digunakan bagi mengurangkan angin dalam badan dan sesuai sbg makanan ibu2 lepas bersalin- Pucuknya direbus atau dicelur dan dimakan sebagai ulaman terutamanya dicolek dengan sambal belacan..wow..berselera. Pokoknya biasa hidup di tepi pantai
3. Pokok kapal terbang (Eupatorium odoratum)-biasanya digunakan untuk menahan darah luka, tetapi kena ingat ianya juga berbahaya terutamanya kpd kanak2 dan ibu yang mengandung serta janin blh menyebabkan kerosakan pada hati jika termakan.Pokoknya biasa hidup di tepi jalan, semak dan merata-rata.

Monday, June 21, 2010

Bercuti ke Pengkalan Balak dan Kota Melaka








Baru blk dari Pengkalan Balak, pantai yg bersih lagi ctk. 2 mlm kat Impiana Chalet. Sesuai utk bercuti, tidak panas dan nyaman. Segalanya ada di sana. Kebetulan SUKMA perahu layar di adakan di sana. Chalet bersebelahan ngan kontigen SUKMA Sabah. Tempat kami menginap betul2 hadapan laut..
Eh.. kat sini pun ada pokok getang dan tapak kuda. Klu Fahmi dan Aiman apa lagi asyik mandi laut je.. Sebelum balik, kami singgah kat kota Melaka , A Famosa dan round dalam bandar Melaka.. letih juga.. tapi ank2 happy itu dah cukup baik. Ayahnya pula xhabis2 dgn memancing.. dapatlah ikan buat ikan masin
. Ada masa nak dtg lagilah.. sewa chalet tu berpatutan

Wednesday, June 16, 2010

Alahai..


Apalah nak jadi..Saya cuma ada 2 hari utk menyediakan CV bagi Anugerah fellowship NC. HOD calunkan saya, so kena jugaklah saya sediakan walaupun saya rasa belum sedia. Dulu ada saya simpan CV tu.. cuma kena update je sikit. Nak jadi kan cerita semua data dlm CV tu dah di delete olh anak saya.. apo nak dikato.. kenalah saya bermula dari awal korek semua, dokumen2, sijl, surat.. byk gak dah lupa..buat ape yg adelah.. hantar jelah kat HOD. Sempat seblm tarikh tutup. Sesuatu yg mengejutkan saya sebln lepas tu..ada someone call dari HR, CV saya xde cover letter pas tu overdue..hai.. apasal kat office ni.. HR suruh hantar cover letter ari tu juga atau minggu tu..Saya pun bagi tau HOD..ok dah sedia. HOD pun dah bagi kat PA. Ok semua dah beres. Nak jadi kan cite.. cover letter pun org off. xhantar. Tarikh pun tutup.. Alahai..cam ne cite.. ni. Camne org off. wat keje ni..Alasannya PAR cuti..Klu ye pun xleh hantar bagi taulah...saya blh hantar sendiri..geram tu memang geram..susah nak cite..Saya pun fed up dan xnak salahkan sesiapalah..silap saya juga xtanya blk kat budak off.. sbb percayakan depa dan ingat depa tau apa nak buat sbb dah gi tau srt tu urgent. Moralnya nxt tme jgn percaya kat org lain dlm sesuatu benda yg penting. So.. alahai Cik Yatie oi...Minggu tu mmg saya sibuk temankan anak uruskan mcm2 perkara utk ke luar negara.

Thursday, June 10, 2010

Kesibukan

Senjak cuti semester ni setiap minggu ada kursus, bengkel atau seminar. Hari2 ada saja kerja , kalau tak ada meeting hal lain pula. Kata kalau cuti semesta byk masa.. oh.. tidak byk aktiviti lain. Bermula kursus motivasi, kursus keselamatan radiasi, keselamatan biologi, powerlab, diikuti aktiviti persediaan utk pelajar baru dan minggu keselamatan dan kesihatan pekerjaan..Lepastu dengan kenduri kahwin sana sini.jemputan yg bertali arus..dan ada yang xdpt dipenuhi..kerana overlap. Dalam beberapa minggu ni pula menemani anak medical check up. Sekejap ke Pusat kesihatan Komuniti, ke Pusat kesihatan UPM dan Pusat Raw. Az-Zahrah krn ada sja ujian yg xtrdpt di situ. Alhamdulillah dan selesai tinggal tunggu keputusan ujian dan pengesahan Dr. Mcm2 keperluan kena buat seblm anak menyambungkan pelajaran ke USA. Sebagai ibu aku sentiasa berdoa agar anak2 dipelihara dan dilindungi Allah, beriman dan sentiasa mengingat Allah serta menjalankan kewajiban sebagai seorang islam. Sebagai mengucapkan kesyukuran insaAllah sendikit kenduri akan diadakan pada bulan julai ini..Amin..

Thursday, June 3, 2010




Minggu lepas 28 Mei, sebelum balik kg kat Kota Kuala Muda, kedah anak kucing yang baru beranak tu mati..ibunya tak pandai susu kan anak kot..sedih gak... Jalan blk kg agak jem gak..aduh..letih bangat. Hari Sabtu anak sedara suami bertunang. Sebelah petang jalan kat Pantai Merdeka sampai malam. ramai gak org kat pantai. Suami dan Aiman memancing..Kul 11pm baru balik. Xtau badan jadi xbrape nak sihat, agaknya kene angin laut. Kat kg sempat gak ambil gambar pokok herba, belimbing tanah, subang nenek dan getang. Pokok getang dan subang nenek hampir sama cuma beza pada daun atau bentuk bunganya. Dari family yg sama, spesis berbeza kot.Kat lab pelajar buat kajian pasal pokok subang nenek ni. Pucuk getang ni..orang kg kat sini makan daun ni sebagai ulam selepas direbus/celur, rasanya sedap gak, tidak pahit. Aku diberitahu salah satu khasiatnya boleh membuang angin dalam badan, elok utk ibu lepas bersalin. Makan cicah sambal belacan memang best...
Ahad 10 pagi pergi Kuala Muda beli ikan dari nelayan yang baru pulang dari laut. Ikan xbrpe nak banyk jadi harga xbrp nak murah.. tapi lebih murah dari pasar dan memang fresh.. ikan, udang, ketam masih hidup lagi..kenalah makan ikan , ketam, udang segar ngan ulam segar...hui...Tengok bagai mana nelayan dan peraih berurus niaga secara berbisik..siapa yg letak harga termahal dialah dapat.
KETERANGAN GAMBAR:
Sebelah kiri pokok subang nenek, tengah pokok getang dan kanan suasana di tempat hasil laut mendarat

Thursday, May 27, 2010

kitten

Selasa pagi, bila aku bangun terdengar bunyi anak kucing..oh.Jenny dah beranak.anaknye putih mcm kapas. seekor saje.utk keselamatan kitten tu aku letak dalam sangkar. Hari ni barulah dtg ke lab. 3 hari gi kursus..meningkatkan motivasi dan kepuasan bekerja 1 hari 24 mei.. penceramahnya bagus juga..byk info..byk pengetahuan baru dan dpt juga kwn2 baru. ada ujian..untuk melihat kesesuaian kita dengan kerjaya sekarang adakah memenuhi cita rasa ..or sebaliknya..Bagi aku..ada juga berkaitan. Hari selasa 25 dan 26 pula aku mengikuti kursus peraturan dan keselamatan makmal biologi. Penceramahnya bagus..byk benda baru yg aku pelajari dan akan dikongsikan bersama rakan2 yg tidak berpeluang menghadiri kursus ini. Tapi apa pun minat ku dengan pokok tidak dilupakan..telekom malaysia kat KL tu..sewa pokok herba dan bunga yg aku tanam kat rumah..byk juga pokok yg diambil. itulah klu berjasa dgan tanah dan pasu kan ada faedahnya kan..

Friday, May 21, 2010

Pelbagai herba di sekitar rumah

Ketenangan kucing dengan tumbuhan






Tumbuhan dan pet boleh menenangkan fikiran dan merihatkan minda.

Saturday, May 8, 2010

kena gi kerja

pokok pepino






pokok galak kucing

8 Mei..Tengah breakfast.. ada call pelajar nak guna lab.. alamak janji ngan student jam 10.gi gaklah..kita xmau susah kan mereka. Badan pun xberapa nak sihat.. kena selesema pulak..kepala sakit dan rasa sukar nak bernafas.. tapi gagahkan juga diri.. sambil pantau pelajar..aku check fail dan buat kerja pengurusan lab. Kak ngah ikut sekali...kat lab agak sejuk..terpaksa tunggu pelajar hingga jam 5pm..Esok hari ibu..Kak Lang yang berlajar kat MRSM, Johor..call ajak dtg visit dia. Fahmi awal2 lagi bagi kad hari ibu yang dibuatnya di sekolah cina dan satu lagi yang dibuat kat rumah. Kak Ngah ada banyak masa sekarang ni..dia cuma ada class hari Selasa dan Khamis sementara menunggu cuti sebelum fly ke USA. Sikit2 persediaan dah mula dibuat. Aku ni..memang dibesarkan dengan persekitaran tumbuhan. Nenek dan moyang dulu pun bidan dan pandai dalam perubatan tradisional. Dan aku dah biasa dengan tumbuhan herba. Kebetulan aku lama bekerja di unit tumbuhan herba. Seperti yang di tulis dalam coretan sebelum ini aku paparkan gambar pokok galak kucing yang berada di depan rumahku..serta tumbuhan lain yang memang ditanam dipersekitaran rumahku. Tapi pokok tongkat ali tu kat tempat kerja dulu.

Monday, May 3, 2010

Khatam Quran dan Sambutan Hari Pekerja

kilang keropok lekor








29 April, ada majlis khatam quran Aiman yg berlangsung kat rumah Ustazah.
Malam jam 10.30pm bertolak ke Kelantan, tiba kat Rantau panjang dalam kul 10am,
beli brg sikit. Pukul 3.15pm bertolak ke UMT, Kuala Terengganu..sampai dalm kul 6.30pm. Lepas maghrib bertolak ke std ada majlis makan mlm bersama Menteri Besar Terengganu. Bagus gak..ramai juga orang dari satu Malaysia, esok 1 Mel adalah sambutan hari pekerja kat Std.Negeri, Kuala Terengganu. Makanan best ada sata, otak-otak, nasi dagang dan banyak lagi.Selepas sambutan hari pekerja, kami gi pasar payang... shopping sakanlah.. 2 Mei, kami gi tempat proses keropok lekor, tengok macamana keropok dibuat, dimasak.. dapat mkn keropok free.. ramainya orang 2 jam kat situ je....Perjalanan balik gi ke Masjid Kristal..memang menakjubkan..dan kemudian singgah kat kemaman, beli sata dan lain-lain..