HERBA

HERBA
SERINGAN

Thursday, October 7, 2010

Kenangan Pahit

Hari ini mengingatkan aku peristiwa pahit dalam hidupku..aku bersekolah sesi petang. Masa tu aku baru berumur 13 tahun. Ayahku nampak dah kebah dari sakit. Hari tu hari Jumaat.Dalam pukul 12.00 tgh hari, abangku melaung ayah yang berada tidak jauh dari rumah yang sedang melihat rumah abangnya(bapa saudaraku) sedang di ubah suai..Ha..itu signal tanda makan tu..begitu kata ayahku. Kebetulan tgh hari itu..semua ada kat rumah..Kami pun makan bersama satu family..Entah macamana masa makan, emak bersuara.."bak kaban ni mcm nunggu maso" Ayahku ketawa sambil berkata, kalau ada ubat, apa saja aku telan, asal badan sihat, boleh kerja".Lepas tu aku pergi sekolah jalan kaki sampai ke stesyen bas lebih kurang 2 batu dari rumah. Di sekolah aku rasa macam tidak selesa..Bila balik dari sekolah dalam pukul 6.30 aku dah sampai kat kampong, aku rasa pelik kenapalah semua orang pandang aku bila lalu di hadapan rumah mereka. Bila aku sampai rumah aku lihat..ramainya orang kat rumah aku..selangkah aku masuk ke dalam rumah aku lihat sekujur tubuh sedang baring dengan ditutupi kami batik lepas..siapa dia?..Di kepala aku hanya teringat ayah..tak mungkin tadi ayah sihat je..sama-sama makan dan bergurau..emak mendapatkan aku dan mengatakan ayah telah pergi selepas sembahyang asar..Aku mendapatkan ayah..air mata mengalir ..al-fatihah buat ayah yang telah pergi buat selama2nya. Hari ini telah 33 tahun ayah pergi..

Friday, October 1, 2010

Salam Perantauan Utusan Online

Salam Perantauan Utusan Online

Coretan harian


Sudah sekian lama aku tidak berbicara di dalam blog oleh kerana kesibukan dengan sambutan hari raya dan tugas yg menanti di tempat kerja. Hari ini sudah lebih sebulan anakku berada di luar negara, beberapa hari lalu aku melihat fotonya di salam perantauan dari surat akhbar utusan malaysia. Dan semalam gambarnya berada dalam ruangan salam perantauan utusan malaysi on-line. Terobat rinduku, Yang ku harapkan ia sentiasa sihat, dilindungi Allah dari segala perkara buruk/tidak baik. Ingat pesanan ibubapa, tidsk tinggal sembahyang serta memberi tumpuan pada pelajaran.Bulan November seorang lagi anakku akan menduduki SPM, aku sentiasa berdoa agar dipermudahkannya semasa peperiksaan, sihat semoga mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan..Amin..