Lawatan sambil belajar ke Korea Selatan 2014 (12-17 Mei).
Episod 1
Lawatan sambil belajar ke luar negara dengan dibiayai universiti. Kumpulan saya yang diberi nama Medic Team terdiri daripada 17 orang dan diketuai oleh Cik Zamzarina bt Ahmad Bajari.Penerbangan ke Korea (Incheon) mengambil masa 6 jam. Waktu di Korea awal 1 jam dari Malaysia. Setibanya di lapangan terbang Incheon, Pemandu pelancong dari Korea telah menanti kami. Kami tiba di Incheon pada pukul 3.00 petang. Kemudian kami terus dibawa ke Central Mosque di Itaewon yang mengambil masa perjalanan selama 1 jam setengah untuk menunaikan solat. Masjid terletak di atas bukit. Di sebelah masjid terdapat sekolah agama. Reka bentuk masjid adalah sangat menarik dan bersih. Kemudian kami dibawa makan malam di Restoran Halal Taj Mahal. Makanan memang lazat. Dari Itaewon kami dibawa melawat Menara Seoul yang terletak di atas bukit, curam dan memang tinggi. Untuk sampai ke sana kami hanya dibenarkan berjalan kaki. Saya dapat melihat begitu ramai orang yang berpusu-pusu mendaki menuju ke menara tersebut. Menara kelihatan sangat cantik dengan warna lampu yang menyinari kegelapan malam. Berhampiran dengan menara terdapat longgokan kunci dan mangga kunci yang tergantung. Tempat ini diberi nama ‘Kunci cinta’. Kunci tersebut ditulis dengan pelbagai perkataan oleh pasangan kekasih. Tidak lupa kami bergambar sebagai kenangan. Kami kemudiannya dibawa menginap di Hotel Crown, Itaewon. Saya diberitahu Itaewon adalah tempat yang didiami oleh ramai orang Islam.
Selasa: Seawal
8.00 pagi kami telah bertolak ke Restoran Taj Palace untuk bersarapan dan seterusnya
mengunjungi universiti, Korea Advanced of Science and Technology (KAIST), salah
satu universiti yang mempunyai struktur binaan berteknologi tinggi dan moden.
Antara jabatan yang kami lawati ialah Biomedical Research Center. Persekitaran
bangunan sangat cantik dan bersih, pokok-pokok bunga terdapat di sekitar
bangunan. Saya melihat pelajar dan staf
di sini gemar berbasikal dan berjalan kaki. Dari sini kami bertolak ke istana
peninggalan sejarah beraja Korea. Terdapat 5 buah istana di Seoul dan
‘Gyeongbokgung Palace’ adalah yang terbesar dan merupakan pusat
pemerintahan zaman king of Sejong. Di luar kawasan istana saya melihat bunga
yang dihias dan dikelilingi reben-reben kuning yang bertulisan. Rupa-rupanya itu memorial bagi memperingati mangsa feri karam
di Pulau Jeju. Seterusnya kami mengunjungi tempat yang diwajibkan oleh kerajaan
Korea untuk dikunjungi iaitu National Ginseng Center, Soeul. Ginseng menjadi
kekuatan penyembuhan dan merupakan sebahagian daripada
tradisi bangsa Korea. Di sini kami diberi penerangan cara penanaman pokok
ginseng. Untuk mendapat hasil yang baik, akar ini perlu
matang dalam tempoh enam tahun. Kami juga diberi penerangan akan khasiat
ginseng ini. Untuk hari ini kami diberi kesempatan menikmati makanan Korea. Terdapat pelbagai jenis kimchi
yang dihidang. Kami mencuba budaya dan cara makan masyarakat Korea. .....ok sambung ke episod 2
No comments:
Post a Comment