HERBA

HERBA
SERINGAN

Tuesday, August 13, 2013

Travell 2 USA Part 8
Selepas packing n masukkan barang2 ke dalam kargo untuk dibawa pulang ke Malaysia, malam tu kami dinner di Restaurant Thai. Tidur awal kerana keesokkan harinya akan meneruskan perjalanan ke Washington DC. Perjalanan mengambil masa hampir 7 jam dengan menaiki honda fiesta yang dipandu oleh anakku. Dari Rochester ke Washington kami melalui highway, tiada tol dikenakan. US masih mempunyai hutan yg luas dan ladang gandum yang besar cantik, senang mata memandang. disetiap ladang ada seperti rumah yg dibentuk curve di bahagian atap. Rumah itu dipanggil apa, aku pun lupa tapi dipercayai menyimpan hasil ladang. Disepanjang jalan aku merakamkan keindahan pemandangan dan tasik or sungai yang sangat jernih dan bersih. Kelihatan juga beberapa kali rusa mati kena langgar kenderaan.


Melalui kawasan angin bertiup kuat terdapat beberapa kincir angin yang dibina.. Di Washington kami pergi ke White House, Washington Monument , National World War II Memorial, Abraham Lincoln Temple dan bangunan Duta Malaysia. Di White House kami cuma boleh bergambar dari luar pagar , kawalan agak ketat di sana sini terdapat polis. Tempat yang kami boleh masuk cuma National World War II Memorial dan Abraham Lincoln temple. Manakala Washington Monument sedang diselenggara, so kami cuma melihat dari luar bangunan sahaja.Kemudian kami berangkat ke Virginia ke rumah pegawai JPA bermalam di sana. Layanan baik diberikan dan kami dapat menikmati makanan Malaysia, rindunya! Kami juga berkunjung di rumah pegawai Kedutaan Malaysia. Di Virginia kami berkunjung ke Great Falls Park, menikmati keindahan sungai, air terjun, terusan potomac serta pemandangan yang sangat menarik. Tempat ini bersempadan dengan Maryland, di mana terdapat C & O Canal National Park. Di sini kami menaikki cruise 19th century. Cruise di tarik oleh kuda, dengan pekerja yang memakai pakaian pada abad tersebut, sangat klassik. Kami disaji dengan alat muzik dan nyanyian zaman tersebut serta mendengar captain tersebut bercerita sepanjang kami berada di atas cruise. Kemudian kami berjalan merentasi hutan dengan menggunakan jambatan kayu yang dibina disepanjang hutan tersebut. Kami berada selama 3 hari di sana. Perjalanan sebelum pulang semula ke Rochester, NY state kami singgah di Letchworth State Park, juga dikenali sebagai Grand Canyon Timur. Memang cantik permukaan semulajadi yang terbina dari hakisan menyebabkan bentuk batu yang menarik seperti yang aku postkan di bawah. Seterusnya kami singgah di Pennsylvania, di mana disanalah kami pergi membeli coklat yang mmg ternama Hershey's chocholate world. Nyumm..nyummm. Terdapat theme park di sebelahnya, roller coaster yg sangat tinggi. Tumpuan kami cuma chocholate world! Kami dibawa naik troli mengelilingi tempat bagaimana coklat itu diproses. Dan kejutan terakhir sebaik habis mengelilingi tempat memproses coklat itu tiba2 kami terkejut dengan kilasan cahaya lampu...opp..kamera! Candid!
Grand Canyon Timur



No comments:

Post a Comment