HERBA

HERBA
SERINGAN

Monday, July 8, 2013

Travel 2 USA part 6

Hari ini memang hari ditunggu 18 Mei 13. Hari inilah kemuncaknya  bagi anakku belajar di USA.
Graduation day. Akhirnya anakku berjaya mendapatkan ijazah. Congrats! Seawal 4.00 am kami dah bangun. Solat subuh pukul 4.11am. Pukul 7.30 am kami sudah berada di U dengan menaikki kereta Honda Fiesta yang disewa khas oleh anakku selama aku n suami berada di sana. Tidak banyak foto yg dapat ku letakkan di sini kerana ia di dalam simpanan anakku.
Sempat juga kami mengambil gambar di studio percuma yang dikhaskan kepada pelajar, gambar individu dan gambar family.  Siap disediakan gula2 dan coklat lagi...Sedapnya! Selepas itu menikmati jamuan yang disediakan yang memang halal buah2an, sayauran mentah, jus. Petang itu seperti kebiasaan bak kata anakku pelajar2 mengadakan makan-makan. Kali ni di luar rumah kediaman pelajar lelaki. Wah, not bad..pelajar lelaki pandai masak nasi kerabu. sate pun ada, kuih muih, ayam panggang dan pelbagai. Berhimpunlah pelajar2 dan  family yang datang dari Malaysia meraikan anak2 tamat pengajian.

No comments:

Post a Comment