HERBA

HERBA
SERINGAN

Wednesday, January 6, 2010

First day

4 jan 10 Bermula hari persekolahan anak-anak. Semalam 2 orang anak K.Ngah dan K.Lang pulang ke asrama , INTEC Shah Alam dan MRSM Muar. Ari ni awal pagi dah mendaftar SAR untuk Fahmi, petang hantar ke sekolah SJKC Serdang Baru 2. Memang agak sibuk gak ari. Tengok tahun 1 dekat SJKC ni ramai gak. Tahun 2 dari kelas A-M. Baiklah Aiman mendaftar 30 Disember. Tapi dari kul 8.00am sampai 1.30 pm baru abis. Tingkatan 1 je ada 18 kelas. Agak lega sikit dua-dua depa ni sekolah petang. Lagi pun abang Caq depa dok ada lagi, klu dah balik ke UTP nanti kenalah uruskan sendiri. Abang Caqlah dok hantaq depa sekolah. SJKC ni memang banyak home work, kesian budak-budak ni sepanjang hari gi sekolah mlm pula ada home work. Kat Universiti pun tak kurang, kelas dah bermula jadi bertambah busylah. Tapi terima kasihlah pada Ustazah Sumimi dan suami kerana sudi uruskan Fahmi, dari pulang dari sekolah agama, makan tengahari dan menghantar ke sekolah SJKC sebelum ini(Tahun lepas) dan akan datang(bila abang Caqnya pulang keUTP)

No comments:

Post a Comment