Selasa pagi, bila aku bangun terdengar bunyi anak kucing..oh.Jenny dah beranak.anaknye putih mcm kapas. seekor saje.utk keselamatan kitten tu aku letak dalam sangkar. Hari ni barulah dtg ke lab. 3 hari gi kursus..meningkatkan motivasi dan kepuasan bekerja 1 hari 24 mei.. penceramahnya bagus juga..byk info..byk pengetahuan baru dan dpt juga kwn2 baru. ada ujian..untuk melihat kesesuaian kita dengan kerjaya sekarang adakah memenuhi cita rasa ..or sebaliknya..Bagi aku..ada juga berkaitan. Hari selasa 25 dan 26 pula aku mengikuti kursus peraturan dan keselamatan makmal biologi. Penceramahnya bagus..byk benda baru yg aku pelajari dan akan dikongsikan bersama rakan2 yg tidak berpeluang menghadiri kursus ini. Tapi apa pun minat ku dengan pokok tidak dilupakan..telekom malaysia kat KL tu..sewa pokok herba dan bunga yg aku tanam kat rumah..byk juga pokok yg diambil. itulah klu berjasa dgan tanah dan pasu kan ada faedahnya kan..
HERBA

SERINGAN
Thursday, May 27, 2010
Friday, May 21, 2010
Saturday, May 8, 2010
kena gi kerja

pokok galak kucing
8 Mei..Tengah breakfast.. ada call pelajar nak guna lab.. alamak janji ngan student jam 10.gi gaklah..kita xmau susah kan mereka. Badan pun xberapa nak sihat.. kena selesema pulak..kepala sakit dan rasa sukar nak bernafas.. tapi gagahkan juga diri.. sambil pantau pelajar..aku check fail dan buat kerja pengurusan lab. Kak ngah ikut sekali...kat lab agak sejuk..terpaksa tunggu pelajar hingga jam 5pm..Esok hari ibu..Kak Lang yang berlajar kat MRSM, Johor..call ajak dtg visit dia. Fahmi awal2 lagi bagi kad hari ibu yang dibuatnya di sekolah cina dan satu lagi yang dibuat kat rumah. Kak Ngah ada banyak masa sekarang ni..dia cuma ada class hari Selasa dan Khamis sementara menunggu cuti sebelum fly ke USA. Sikit2 persediaan dah mula dibuat. Aku ni..memang dibesarkan dengan persekitaran tumbuhan. Nenek dan moyang dulu pun bidan dan pandai dalam perubatan tradisional. Dan aku dah biasa dengan tumbuhan herba. Kebetulan aku lama bekerja di unit tumbuhan herba. Seperti yang di tulis dalam coretan sebelum ini aku paparkan gambar pokok galak kucing yang berada di depan rumahku..serta tumbuhan lain yang memang ditanam dipersekitaran rumahku. Tapi pokok tongkat ali tu kat tempat kerja dulu.
Monday, May 3, 2010
Khatam Quran dan Sambutan Hari Pekerja
29 April, ada majlis khatam quran Aiman yg berlangsung kat rumah Ustazah.
Malam jam 10.30pm bertolak ke Kelantan, tiba kat Rantau panjang dalam kul 10am,
beli brg sikit. Pukul 3.15pm bertolak ke UMT, Kuala Terengganu..sampai dalm kul 6.30pm. Lepas maghrib bertolak ke std ada majlis makan mlm bersama Menteri Besar Terengganu. Bagus gak..ramai juga orang dari satu Malaysia, esok 1 Mel adalah sambutan hari pekerja kat Std.Negeri, Kuala Terengganu. Makanan best ada sata, otak-otak, nasi dagang dan banyak lagi.Selepas sambutan hari pekerja, kami gi pasar payang... shopping sakanlah.. 2 Mei, kami gi tempat proses keropok lekor, tengok macamana keropok dibuat, dimasak.. dapat mkn keropok free.. ramainya orang 2 jam kat situ je....Perjalanan balik gi ke Masjid Kristal..memang menakjubkan..dan kemudian singgah kat kemaman, beli sata dan lain-lain..
Subscribe to:
Posts (Atom)