Coretan sepanjang 2016
Lamanya tak bersiaran.. Pelbagai suka duka dilalui sepanjang tahun 2016. Bermula dengan kedua anak perempuan di sunting, pernikahan, resepsi dan kejayaan kedua anak perempuan mendapat ijazah dan masternya di universiti. Hujung tahun 2015 anak ke 3ku telah dirisik. Kami menerima kerana itu jodaohnya dan mereka telah kenal lama antara satu sama lain sejak di zaman persekolahnnya hingga ke universiti. Perjanjian dibuat pertunangan selama 1 tahun. 2 bulan berselang kakaknya pula dirisik. Pada awalnya majlis resepsi akan dibuat bersama dengan tarikh nikah yang berbeza. Bila sudah dipersetujui maka saya mula mencari tempat dimana majlis akan dijalankan. Tetapi disebabkan ada perkara yang tidak dapat dielakan maka majlis resepsi dipisahkan antara kakak dengan adek. So kakak bernikah pada 2 Mei 2016 di masjid UPM dan majlis resepsinya dijalankan di Muzium Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden, UPM pada 28 ogos 2016. Dengan package RM20,000.00, majlis dijalankan dengan meriah dan ramai jemputan yang hadir. Alhamdulillah. 16 September juga hari Malaysia adalah hari pernikahan anak perempuan bongsu saya di Masjid Neger, Shah Alam.
24 September, berita sedih apabila pak njangnya menghembuskan nafas terakhir di hospital Selayang dengan berbaki lagi 1 bulan majlis perkahwinan anak perempuan bongsunya. Maka majlis dianjak lewat sebulan ke belakang dari tarikh asal. Kemudian diikuti oleh berita sedih, sebelum berita gembira apabila kedua anak perempuan di anugerahkan dengan Master Sains, UPM 24 Oktober serta adeknya Ijazah Sarjana Muda dengan Anugerah Naib Canselor dari UiTM, Shah Alam 25 Oktober . Dan 26 November pula majlis resepsi puteri bongsu saya di Dewan Banquet, UPM>
YanYatie-Assalamualaikum
*NOTHING AND NOBODY CAN AFFECT ME IN ANY WAY*
HERBA
Sunday, November 20, 2016
Monday, June 29, 2015
Hari ke 3 (1 februari 15)
Sebelah malamnya kami makan di rumah makcik Jakiah , rumah pengantin..Makanan tadisional Bengkulu dijamu.
Hari ketiga merupakan hari kemuncak, hari akad nikah yang dilakukan di Masjida dan majlis resepsi.Upacara akad nikah yang penuh dengan tradisi.
Hari ketiga merupakan hari kemuncak, hari akad nikah yang dilakukan di Masjida dan majlis resepsi.Upacara akad nikah yang penuh dengan tradisi.
selepas akad nikah |
Friday, June 12, 2015
Bengkulu aku datang lagi 29-1 till 2/2/15
Selepas balik bercuti dari Semporna dan Hong Kong aku bersama suami dan anak bongsu berangkat ke Kota Bengkulu, Sumatera, Indonesia. Ini kali ke 3 aku berkunjung ke sana. Pertama kali mencari saudara mara, diiringi oleh ibu saudaraku yang tinggal di Jakarta. Kali kedua bersama adek beradekku, menghadiri kenduri kahwin sepupuku. Kali ini aku membuat keputusan dalam masa seminggu. Mencari tiket pesawat dan memohon kelulusan cuti keluar negara. Aku buat keputusan kerana tiada langsung wakil dari Malaysia yang dapat menghadiri kenduri kahwin anak bongsu ibu saudaraku yang ketiga kecil. Aku mengetuai perjalanan ini kerana my hubby belum pernah sampai ke Bengkulu. So dalam masa seminggu aku uruskan tiket dari KL ke Jakarta menaikki MAS dan dari Jakarta ke Bengkulu aku meminta bantuan saudara dari sana untuk membeli tiket..OK settle. Aku kena study pula bagaimana untuk pergi ke Bengkulu dari Jakarta. Ok aku sudah dapat jawaban kat sini. Dengan menaiki MAS kami sampai ke Jakarta jam 1.00 am. di Terminal 2D.Mudah turun saja terus jalan, ambil bagasi kemudian melalui kastam--keluar. Kerana penerbangan seterusnya jam 6.55am kami lepaklah kat airport tu, Ada bangku di sana, ramai juga orang di sana. Bolehlah anakku tidur sementara aku bersengkang mata..berjaga. Jam 5.00am kami mendapatkan taxi blue bird untuk berpindah ke terminal 1B. Boleh jer naik bas DAMRI percuma..tapi dengan bawa beg banyak ni, naik taxi lagi mudah. Bayaran dikenakan RP40,000.00, tax ada kena dalam berapa ribu jer. Kira oklah kalau naik taxi sapu( gelaran kat Malaysia) kena RP150,000.00. Imagine berapa kali ganda. So terus masuk dengan menunjukkan tiket, scan beg . untuk check in (tunjuk ticket online serta passport). Jalan ke kanan scan lagi dan bayar RP40,000.00 seorang sebelum pergi ke waiting room(gate B7) Muatan luggage 20kg sahaja.,ok tunggulah pesawat apa Srivijaya ke, Lion ke Citylink. Tempat menunggu dah cantik dan selesa. ke ground floor ada tandas dan surau untuk solat klu belum sempat solat subuh. musola campur lelaki dan perempuan, bukan berasingan. Untuk samapai ke Bengkulu dalam masa lebih kurang 1 jam sahaja. Aiport Bengkulu kecil saja. Nama airport tersebut seperti di bawah.Seawal 7.45am kami sampai di Bengkulu.
ok..tunggu sambungan part 2
Di Bengkulu kami dijemput oleh saudara Wan Yuddin, isteri dan anak2. Kami dibawa sekitar Kota Bengkulu. Ternyata dalam masa setahun sudah banyak perubahan di Bengkulu. Cantik dan menarik. Tengok gambar dibawah. Kemudian kami dibawa menikmati bakso urat dan air kelapa muda gula merah. Memang enak.
Oleh kerana kami tiba awal, walaupun dalam keadaan letih dan mengantuk kami dibawa menikmati keindahan kota Bengkulu sebelum dibawa dibawa ke kediaman ibu saudaraku yang akan mengadakan kenduri kahwin untuk anak bongssunya, Dina. Sungguh enak dengan hidangan makanan tradisional Bengkulu, pendap, ocong-ocong, tempoyak, sambal totok dan pelbagai lagi. Keesokkannya kami dibawa menziarahi pusara nenda kami( atok) yang terletak bersebelahan dengan pasar bengkulu. Seterusnya kami dibawa ke tempat bersejarah. Bengkulu sedang membangun kerana 2 tahun yang lepas, tidak seperti ini, ada menara, memorial park dan lain-lain
Sebelah petangnya kami ke Pantai Panjang, mandi manda sambil menikmati makanan laut yang segar, sotong, udang goreng, sate dan air kelapa gula merah , memang power!
ok..tunggu sambungan part 2
Thursday, April 16, 2015
BISA GETAH KULIT BIJI GAJUS
BISA GETAH KULIT BIJI GAJUS
Saya telah membakar biji gajus di dalam oven selama 10 minit dengan suhu 200 C. Bila telah siap masak saya dapati banyak minyak berwarna oren-coklat keluar dari biji gajus tersebut. Saya basuh buah tersebut dan ketuk kulitnya lalu saya makan isinya. Wah memang sedap. Saya makan dalam 4 biji. Kemudian saya rasa bibir dan tapak tangan gatal sedikit. Saya cuci kesan minyak tersebut menggunakan sabun cuci GLO. Saya rasa tangan saya melekit. Lalu saya cuci dengan sabun cuci tadi. Saya dapati kulit dijari saya sebelah telapak tangan saya kecut dan sejuk. Saya bilas tangan. selepas bila dan keringkan tangan saya dapati kulit tangan saya berkedut dan terdapat kesan seperti kena minyak panas iaitu putih2 dikulit. Lalu saya sapukan telapak dan belakang telapak tangan dengn minyak kelapa dara. Tidak lama kemudian saya lihat kesan putih dan kedut dikulit hilang, normal seperti biasa begitu juga di tapak tangan. 2 hari selepas itu, apabila saya bangun tidur disebelah pagi saya dapati kulit di telapak tangan saya berkilat seperti berminyak dan rasa tebal serta keras. Lalu saya cuci dengan sabun namun tidak berubah. Menjelang tengahari saya dapati telapak tangan saya pecah- pecah dan ada seperti bulu2 kulit. Saya serta gambarnya di sini. Walaupun disapu losen namun tetap begitu. Malahan lagi teruk. Bila dibasuh dengan air kulit nampak elok tapi bila kering ia akan menjadi pecah2 dan bersisik semula terutama sebelah siang. Bila malam sisik tetap ada tapi berkurangan. Jadi saya terus menyapu tapak tangan dan sekeliling dengan minyak kelapa dara. Selepas 5 hari saya lihat tapak tangan saya tidak lagi keluar sisik. Saya membersihkan tangan saya dengan menyapu minyak kelapa darah dan mengeluarkan sisik2 tersebut. Sekarang tapak tangan saya sudah pulih dan kelihatan licin dan
selepas 2 hari

Subscribe to:
Posts (Atom)